Minyak wangi berasaskan kayu atau ‘woody’ merupakan rahsia utama lelaki sejati. Ia hadir dengan elemen hangat, memikat, dan kaya aroma bumi.
Tidak terlalu kuat hingga mendominasi, tapi juga tidak terlalu lembut hingga hilang jejaknya. Ia adalah minyak wangi sempurna bagi lelaki yang mahukan haruman dengan karakter tersendiri.
Seperti namanya, haruman woody mengambil inspirasi daripada alam – kayu, daun, akar, malah sentuhan rempah dan mineral yang menyegarkan.
Ia adalah gabungan harmoni antara maskulin dan semula jadi, seksi tapi tetap tenang. Ibarat membawa keharuman hutan ke tengah kota, minyak wangi woody adalah senjata rahsia lelaki yang ingin meninggalkan kesan mendalam tanpa usaha berlebihan.
Walaupun berasaskan aroma kayu, banyak minyak wangi woody terbaik masa kini diolah dengan lapisan nota yang memperkaya haruman, menjadikannya lebih memukau.
Ada woody yang pedas, ada juga yang membawa aroma bumi yang mendalam, malah ada yang memberi sensasi segar bak titisan air.
Sebenarnya, ada haruman woody untuk setiap gaya dan suasana – siang atau malam, berani atau lembut, buah-buahan atau floral, atau mungkin sekadar klasik yang sederhana. Apa pun citarasa anda, cologne woody sentiasa ada untuk menyerlahkan keunikan anda.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 minyak wangi berelemen ‘woody’ terbaik pada masa kini.
Ads
Tom Ford Oud Wood
Wangian ini adalah legenda – dengan nota bumi dari kayu oud yang jarang ditemui, sandalwood yang mewah, dan percikan pedas lada Cina.
Jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia haruman woody, ini adalah pilihan permulaan yang sempurna. Dan jika anda seorang penggemar tegar, anda pasti sudah mengenalinya dan jatuh cinta sejak dulu lagi.
Chanel Bleu de Chanel
Chanel menangkap keindahan aroma kayu bumi dalam botol yang penuh keanggunan dan ketelitian. Haruman ini segar, maskulin, dan memukau, menampilkan aroma cedar yang aromatik dan sandalwood dari New Caledonia yang mewah. Wangian ini adalah simbol gaya dan kehalusan lelaki moden.
Ads
Million Gold by Rabanne
Wangian terbaru untuk lelaki yang memukau, dilancarkan pada tahun 2024. Haruman ini adalah kombinasi sempurna antara kehangatan cedarwood, keharuman segar mandarin orange, kelembutan sandalwood, dan sentuhan rempah yang menggoda.
Hasilnya? Satu aroma yang unik, berkarisma, dan dijamin meninggalkan jejak memori yang tak terlupakan.
Seperti seorang penakluk hutan – penuh kehangatan cedarwood, segar dengan aroma pine needle, dan ditutup dengan sentuhan manis benzoin. Haruman ini bukan sekadar wangian, ia adalah perisai kehebatan anda.
Cartier Pasha Noir Absolu Eau de Parfum
Berani, sensual, dan penuh misteri – ini adalah cologne woody untuk lelaki yang mencari sesuatu di luar kebiasaan.
Haruman ini memikat dengan gabungan unik kayu terbakar dan gula karam, mencipta aroma yang hangat dan menggoda dengan sentuhan pedas yang memukau. Pilihan ini bukan sekadar wangian, ia adalah manifestasi keberanian anda untuk menonjol.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam dunia penjagaan kulit lelaki, terdapat beberapa kesilapan umum yang sering dilakukan, yang boleh memberikan kesan buruk jangka panjang pada kulit wajah. Antara kesilapan paling kerap ialah kebiasaan picit jerawat dan mengabaikan penggunaan krim tabir suria (sunscreen).
Dalam satu temu bual bersama Dr Lim Ing Kien, atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky, beliau mengupas tentang kebiasaan-kebiasaan ini, iaitu picit jerawat dan mengabaikan tabir suria serta kesannya terhadap kesihatan kulit lelaki.
Lelaki sering kali memicit jerawat dengan harapan bahawa tindakan ini dapat membuang kotoran dan mempercepatkan proses pengecutan jerawat. Dr Ingky tidak menafikan pandangan ini, namun beliau juga menegaskan bahawa perbuatan ini boleh mengakibatkan kerosakan lain pada kulit. Kerosakan yang paling ketara adalah masalah parut. Menurut Dr Ingky, inilah sebabnya mengapa ramai lelaki mempunyai wajah yang berparut.
Parut akibat jerawat adalah masalah kulit yang bersifat kekal dan tidak mampu dipulihkan dengan rawatan dan penjagaan kulit biasa. Ini bermakna, tindakan memicit jerawat sebenarnya hanya menambah masalah jangka panjang bagi kulit. Jadi, adalah lebih baik untuk meninggalkan kebiasaan ini dan mencari rawatan yang lebih berkesan dan selamat.
Penuaan
Selain itu, satu lagi kesalahan besar yang dilakukan oleh ramai lelaki adalah mengabaikan penggunaan krim tabir suria. Dr Ingky berkata sesetengah lelaki mungkin menganggap pemakaian tabir suria agak kurang maskulin atau menjejaskan nilai kelelakian mereka. Ada juga lelaki yang beranggapan bahawa mereka tidak memerlukan tabir suria kerana mereka tidak melihat sebarang masalah pada kulit mereka akibat pendedahan cahaya matahari selama ini.
Bagaimanapun, Dr Ingky menegaskan bahawa pemakaian tabir suria adalah penting untuk mengelakkan masalah jangka masa panjang. Selain daripada mengelakkan kulit menjadi lebih sensitif dan selaran matahari (sunburn), tabir suria juga bertujuan untuk melambatkan proses penuaan pada kulit. Pendedahan kepada sinar UV adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan kulit mengalami penuaan pramatang. Oleh itu, penggunaan tabir suria secara konsisten dapat membantu melindungi kulit dari kesan buruk sinar UV.
Rawatan anti-penuaan bukanlah rawatan yang hanya dilakukan apabila proses penuaan sudah bermula. Sebaliknya, ia perlu dimulakan dari usia muda. Langkah yang paling mudah dan asas dalam menjaga kulit dari penuaan adalah dengan pemakaian tabir suria. Melindungi kulit dari muda adalah kunci kepada kulit yang sihat dan awet muda.
Kesimpulannya, lelaki perlu lebih sedar tentang kebiasaan yang boleh merosakkan kulit mereka. Menghentikan kebiasaan memicit jerawat dan mula menggunakan krim tabir suria adalah dua langkah penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bebas dari masalah jangka panjang. Dengan mengambil berat tentang kesihatan kulit dari sekarang, anda boleh mengelakkan pelbagai masalah kulit dan mengekalkan penampilan yang lebih muda dan sihat untuk jangka masa yang lebih lama.
Maskulin kongsikan 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia. Jadi berhati-hatilah pada pandangan pertama!
Trim Bulu hidung, telinga dan kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.
Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu.
Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih
Bulu leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.
Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
Wangian dan pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.