Rasanya tak lengkap seorang lelaki keluar daripada rumah tanpa sebarang semburan minyak wangi di badan.

Minyak wangi kini bukan lagi satu pilihan tetapi satu elemen wajib ada dalam koleksi almari lelaki.

Setiap lelaki memiliki jenis-jenis bau badan yang berbeza. Disebabkan itu jugalah tidak semua jenis minyak wangi sesuai dengan anda.

Tapi bagi ramai lelaki antara elemen minyak wangi yang harus ada ialah faktor baunya yang seksi.

Atau dalam erti kata lain mampu menarik perhatian wanita. Sejujurnya anda sebagai lelaki, apakah tujuan anda menggunakan minyak wangi?

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

Ya, mungkin salah satu sebabnya kerana ingin sentiasa tampil segar dan harum tapi usahlah pertikaikan anda juga ingin wanita menyedarinya.

Tak salah jika itu menjadi antara faktor anda memilih minyak wangi. Sebab itu juga merupakan lemen yang sangat dititik beratkan oleh pembikin dan pengeluar minyak wangi terutamanya daripada jenama mewah.

BACA: Cara Pilih Perfume Yang Bau Sedap & Tahan Lama

Perhatikan sahaja iklan minyak wangi mereka. Pasti terdapat model wanita cantik turut mengiringi lelaki di dalam iklan.

Jika anda mencari minyak wangi yang seksi, ikuti 10 cadangan sensasi daripada MASKULIN di bawah.

DIOR SAUVAGE EAU DE TOILETTE

Pilihan terbaik buat anda yang ingin tampil segar dan aroma maskulin.

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

 

VIKTOR & ROLF SPICEBOMB EAU DE TOILETTE

Salah satu minyak wangi yang sering terlepas pandang oleh ramai orang. Dengan aroma spice, kulit dan bergamot ia mempunyai elemen bau unik tersendiri.

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

 

CHANEL BLEU SPRAY

Walaupun lebih sinonim dengan bauan musim panas namun minyak wangi dari Chanel ini menjadi kegilaan wanita dengan aroma kayunya yang cukup halus. Sesuai untuk aktiviti indoor atau outdoor.

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

 

TOM FORD OUD WOOD COLOGNE

Mempunyai definisi minyak wangi old school dengan bau kelelakian aroma kayu dan bumi. Namun ia masih tidak terlalu keras dan cukup mesra di hidung wanita.

IKLAN

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

 

VERSACE MAN EAU FRAICHE

Tidak salah kalau kami katakan inilah antara minyak wangi paling underated tahun ini. Walaupun ia agak lama berada di pasaran namun disebabkan baunya sangat ringan ia sering dipandang sepi kebanyakan lelaki.

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

 

ACQUA DI GIO ‘ABSOLU’ COLOGNE

Tidak dapat dinafikan nama Acqua Di Gio merupakan antara yang paling popular dalam industri minyak wangi. Tapi dalam versi Absolu, ia lebih bersifat maskulin dengan suntikan bau daripada sumber alami.

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

IKLAN

 

ARMANI CODE GIORGIO ARMANI EDT

Kebanyakan wanita lebih suka lelaki yang mempunyai bauan yang segar dan bersih . Jika itulah elemen anda cari makan inilah minyak wangi paling tepat. Baunya mengingatkan anda tentang status, maskuliniti dan kuasa seorang lelaki.

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

 

BAD BOY CAROLINA HERRERA

Sesuai dengan namanya minyak wangi dari Carolina Herrera ini mempunyai aroma bauan yang cukup ‘jahat’. Jika anda berlalu melintas wanita pasti mereka akan menoleh untuk kali kedua!

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

 

DOLCE GABBANA K

Jika anda ingin rencahkan kehidupan dengan sedikit elemen ‘panas’, minyak wagi dari Dolce Gabbana ini mungkin yang paling sesuai. Tampil dengan elemen spicy, kelelakian dan unik ia pasti menjadi ‘senjata’ hebat buat anda.

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

 

HERMES TERRE d’HERMES

Satu lagi minyak wangi yang sesuai untuk aktviti outdoor dengan elemen kayu yang kuat. Bagi lelaki rugged dan aktif inilah jawapan sesuai kepada bau badan yang seksi terutamanya di hidung wanita.

Top 10 Perfume Lelaki Bau Paling Wangi & Menggoda Pada Hidung Wanita

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI