Suatu ketika dahulu sukan bola sepak boleh dikatakan dimonopoli sepenuhnya oleh golongan lelaki. Namun dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini bola sepak wanita semakin berkembang dengan pesatnya.
Pelbagai kejohohanan di peringkat antarabangsa dan juga kelab profesional berjaya menarik tontonan yang cukup menggalakkan. Dan ia dilaporkan meningkat dari semasa ke semasa. Seiring perkembangan positif ini, pemain bola sepak wanita profesional juga turut mencuri perhatian dengan bakat hat yang dimiliki mereka.
Pemain-pemain profesional ini kini menjadi idola dan isnpirasi bukan sahaja di kalangan anak muda wanita malah juga lelaki. Jika pemain bola sepak lelaki mencuri perhatian dengan rupa paras mereka yang kacak dan menghiasi jenama-jenama terkenal begitu juga dengan pemain bola sepak wanita.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 pemain wanita paling cantik pilihan kami. Semoga sukan bola sepak wanita akan terus berkembang pesat di seluruh dunia.
POPPY PATTINSON
Memulakan kariernya di Sunderland Girls Academy, pemain berusia 20 tahun ini kini berkaksi bersama Everton dan juga pasukan England bawah 21 tahun.
MORGAN REID
Ketika di bangku sekolah Morgan Reid aktif dalam sukan bola sepak dan bola keranjang. Namun dia memilih bola sepak sebagai kerjaya profesionalnya. Pernah mewakili pasukan Orlando Pride di Amerika Syarikat dan turut mewakili pasukan kebangsaan bawah 20 tahun.
Ads
ALISHA LEHMAN
Bintang muda berusia 22 tahun dari Switzerland ini kini bersama pasukan wanita Aston Villa. Dia juga pernah bermain untuk pasukan West Ham pada tahun 2018 dan turut mewakili pasukan kebangsaannya.
NORMA PALAFOX
Merupakan pemain pasukan kebangsaan Mexico yang cukup disegani. Norma Palafox melakukan debut pertama untuk pasukan Guadalajara pada tahun 2017. Kini dia beraksi bersama pasukan Club Pachuca Femenil di Liga MX Femenil.
JACKIE GROENEN
Ads
Jackie Groenen memulakan karier bola sepak profesional di Goirlese Sportvereniging Blauw-Wit. Kini berusia 26 tahun, Jackie beraksi bersama pasukan kelab gergasi England, Manchester United. Selain itu, dia turut menjadi tunjang utama pasukan kebangsaan Belanda.
SOFIA HUERTA
Pemain profesional untuk pasukan kebangsaan Amerika Syarikat ini turut menawakili kelab profesional OL Reign di National Women Soccer League. Memulakan karier profesional bersama Chicago Red Stars, Sofia turut dikenali kerana menjadi pemain bola sepak wanita pertama pernah mewakili Mexico dan Amerika Syarikat.
LAUREN SESSELMANN
Ads
Dianggap sebagai antara pemain legenda untuk pasukan kebangsaan Kanada. Uniknya sepanjang karier dia pernah bermain di posisi penyerang dan juga pertahanan.
BRITTANY ISENHOUR
Penjaga gawang untuk pasukan bola sepakj Angel City FC, Brittany Wilson mula aktif dalam sukan bola sepak pada usia 12 tahun. Membesar di Littleton, Orlando dia juga pernagh menjadi tunjang utama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat bawah 19 dan 20 tahun.
JORDYN HUITEMA
Pemain tunggak utama pasukan Paris Saint-Germain ini merupakan pemain asal Kanada. Jordyn mula dikenali ramai kerana berjaya mewakili pasukan kebangsaan Kanada seawal usia 16 tahun. Malah dia kini menjadi penjaring terbanyak di Liga Juara Eropah untuk negaranya. Hubungan cintanya bersama pemain Bayern Munich, Alphonso Davies juga sentiasa mencuri perhatian ramai.
ALEX MORGAN
Wajah yang paling sinonim dengan dunia bola sepak wanita, nama Alex Morgan mungkin tak perlu lagi diperkenalkan. Memegang cap sebanyak 115 kemunculan bersama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Alex Morgan juga pernah dinama sebagai US Soccer Female Athlete of the Year.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Abang pilih yang mana? Perawan ke Janda? Perasan tak kebelakangan ini, remain lelaki bujang berkahwin dengan janda? Fakta menunjukkan janda lebih laku dari anak dara di Malaysia ni. Ini antara sebab-sebab mengapa Janda lagi popular dikalangan lelaki berbanding anak dara.
1)Penjagaan badan
Biasalah, nama pun janda, mestilah lembik sana sini, terutamanya janda yang sudah mempunyai anak. Namun janda dilihat sebagai wanita yang lebih bijak mengendalikan diri. Ini berbeza dari anak dara melayu terutamanya, mereka menyangkakan lelaki lebih gemar kepada badan mereka yang masih bergetah, jadi mereka kurang menjaga penampilan diri. Kerana itu lelaki lebih tertarik dengan janda berbanding anak dara.
2)Berpengalaman
Janda ni dah ada pengalaman menguruskan suami ketika masih bergelar isteri. Ini bukan saja terletak pada ruang tidur saja, ini juga termasuk dengan makan minum dan pakaian harian suami. Lelaki berasa janda lebih sesuai dijadikan isteri kerana sifat mereka yang sudah tahu semua perkara.
3)Berdikari
Janda dilihat sebagai wanita yang paling bijak menguruskan hal sendiri. Mengapa? Ini kerana ketika ia masih bergelar isteri orang, dia bergantung pada suami. Jadi janda akan lebih bijak menguruskan masa berbanding anak dara kerana mereka menyangkakan tiada sesiapa lagi mahukan mereka. Ini antara faktor yang mecuit hati teruna, melihat wanita yang pandai menguruskan diri, mereka pasti memilih janda sebagai isteri.
4)Mulut manis seperti membuka kilang gula di tepi bibir
Jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Semuanya kerana pengalaman dan situasi. Bezanya anak dara dengan janda, anak dara tiada pengalaman dalam urusan “mulut manis”, jadi potensi untuk mereka di tolak lelaki sangat tinggi. Mereka ini tidak pandai mengendali masalah berkaitan dengan cinta. Manakala janda, mereka tentunya sudah mempunyai pengalaman, jadi untuk mereka membuka kilang gula di tepi bibir itu tiada masalah lah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perkongsian lelaki ini yang berjaya menurunkan 37kg dalam masa 6 bulan mungkin boleh dijadikan rujukan dan inspirasi buat korang di luar sana. Terdapat beberapa tips penting yang kita selalu terlepas pandang dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Kena faham apa itu diet?
Assalamualaikum!
Di atas permintaan ramai (macam ramai sgt ?) untuk pertama kalinya saya share kan tips & cara saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 37 kg selama 6 bulan kepada public setelah hampir 2 tahun memikirkan susunan ayat2 power ?
DIET KALORI : FROM XL TO XS
Pertama sekali kita kena faham apa itu DIET. Ramai yg silap termasuk sy, igt DIET tu bermaksud tak makan. Itu tanggapan yg sgt2 salah. DIET sebenarnye bermaksud PEMAKANAN YANG SIHAT. Selebihnya boleh rujuk dgn pakar pemakanan ye ?
Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT ? ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit ooo so bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu…itu la jadi motivasi kepada saya untuk kurus.
Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yg terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu saya sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.
Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita bole bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!
Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.
Nasi tak menggemukkan cuma…
Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.
Minum banyak air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air. Contoh, kalau berat kita 97kg mcm sy dulu ? kena minum sehari 97/30=3.23L air setiap hari. Bundar kan jadi 3L la, xyah la nk berkira sgt dgn 0.23L tu ?
Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau bole elak menggoreng sayur, rebus ye buat sup sayur.
Ramai org diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan org Malaysia ?? tak boleh tinggalkan nasi ?. So nasi sy makan waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebi sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebi kurang 150 kcal.
So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT ?.
Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yg hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun da 154 kcal.
Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tp jgn dibantai bihun goreng pulak bihun sup ye atau tom yam.
SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan laju (fast food) McD , KFC & sewaktu dgnnya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yg telah diproses spt daging burger, nugget dll. Semua tu feberet tu
PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang2. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh wife buat sup ayam sampai wife pun naik boring . Yang goreng2 elak ye.
DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, bole minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).
SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang.
Ramai yg bertanya, ubat apa yg saya ambil utk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa2 ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.
15 PUASA. Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yg terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramdhan mulalah berazam nak diet utk kurus. Puasa juga bagus utk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau bole buat semua puasa2 sunat yg ada lg bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!
Elakkan stress
INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebi dulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari utk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda bole check di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html
Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yg kita ambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilasn kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Bole install di telefon pintar anda apps MyFitnessPal utk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.
STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress bole jejaskan program diet kita. Macam sy dulu klu sy stress sy suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yg tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristifar, in shaa Allah
Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa2 pun semuanya dengan keizinan dari Nya
Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga mmg kelaut la diet kita tu
Sebagai tips tambahan, adakan 1 hari menipu (cheatday) bukan menipu org ye menipu diet anda. So hari tu kita bole makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.
Diharap dgn sedikit ilmu dan pengalaman yg saya kongsikan ini dapat membantu anda semua untuk mencapai berat badan yg ideal untuk jangka masa yg panjang dan kekal sihat in shaa Allah.
Akhir kata, terima kasih kepada coach online saya iaitu Mr. Kevin Zahri & terima kasih juga kpd anda semua kerana sudi membaca coretan saya.
Kredit : Ahmad Zulzaidi Zulkarnain
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Sememangnya hidup ini akan sentiasa diuji dan diduga. Tak kira samada hidup bersendiri ataupun hidup berumahtangga. Hidup berumahtangga ujiannya lebih mencabar kerana kita perlu memikirkan orang lain berbanding jika kita hidup bersendirian. Orang lain yang asalnya adalah terlalu asing tetapi telah kita terima menjadi sebahagian daripada hidup kita. Orang lain yang asalnya langsung tidak kita kenali tetapi kita sayang dan cinta dengan sepenuh hati.
Melalui facebook Afnan Rosli, lelaki ini berkongsi cara yang dia lakukan dalam melembutkan hati isterinya. Moga perkongsian ini mampu memberi manfaat buat kita semua.
Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tau2 wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.
Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.
Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?
Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing2, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan.
Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik2. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!
Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.
Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!
Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa2 hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua2 ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama2 berdoa ni.
The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran Emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.
Jadi, kalau ada pasangan yang asyik2 nak gaduh, asyik2 tak sependapat, asyik2 suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari2, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.
Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah2. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah2 Allah turun kan InsyaAllah.
Paling bagus pergi masjid bawak anak2 sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing2 dah busy dengan urusan masing2 kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.
Macam kes kami, Alhamdulillah laki bini takyah kerja. So, kami ada plenty of time together.
InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal. �
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...