Suatu ketika dahulu sukan bola sepak hanya dianggap sebagai karier kedua. Ketika era sukan bola sepak belum memasuki era profesional ramai pemain mempunyai pekerjaan lain. Bola sepak pula menjadi karier sampingan dan menjadi minat mereka.
Namun selepas industri bola sepak semakin berkembang dan hak pemain juga terbela, karier sebagai pemain kini boleh menjadikan mereka sebagai jutawan.
Pemain-pemain profesional terutamanya yang bermain di liga-liga utama Eropah kini dianggap antara bintang paling terkenal di dunia. Pengaruh yang dibawa oleh mereka sememangnya luar biasa. Jadi tidak hairanlah rata-rata pemain profesional mampu meraih pendapatan tinggi.
Selain gaji mingguan yang diterima mereka pelbagai tajaan sampingan dan penggunaan hak imej mereka dibayar pada harga cukup tinggi.
Siapakah pemain yang meraih pendapatn paling tinggi sepanjang tahun 2018?
10. ANGEL DI MARIA
Kelab: Paris Siant Germain
USD22.6 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD20.6 juta
Penajaan: USD2 juta
Pemain sayap berasal dari Argentina ini merupakan antara bintang yang pernah menyarung jersi Manchester United. Beraksi bersama pasukan bintang di Perancis, Angel Di Maria menjadi antara watak penting kebangkitan PSG.
9. SERGIO AGUERO
Kelab: Manchester City
USD23 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD17 juta
Penajaan: USD6 juta
Pemain yang kini dianggap legenda hidup buat kelab Manchester City. Sejak beraksi bersama Manchester City pada tahun 2011, dia telah membantu kelabnya menjadi juara liga sebanyak 2 kali.
8. LUIS SUAREZ
Kelab: Barcelona
USD26.9 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD19 juta
Ads
Penajaan: USD7 juta
Pemain yang tak pernah lekang dengan kontroversi. Bermula dari kisah handball menyelamatkan pasukannya di Piala Dunia kepada rentetan kes mengigit pemain lawan, Lusi Suarez kini dilihat sudah banyak berubah. Bekas pemain pujaan Liverpool kini bergelar sebagai antara penyerang paling berbisa dalam dunia bola sepak.
Selepas 13 tahun mencipta nama dan memungut pelbagai gelaran berprestij bersama Manchester United, Rooney kemudian pulan ke kelab boyhood, Everton. Dan kini dia berkelana ke Amerika Syarikat untuk beraksi bersama DC United. Bersama kelab barunya Rooney dibayar USD193,000 seminggu.
6. OSCAR
Kelab: Shanghai SIPG
USD27.4 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD25.9 juta
Ads
Penajaan: USD1.5 juta
Ketika prestasinya berada di puncak sewaktu bersama Chelsea, Oscar mengambil keputusan untuk berpindah ke China dan beraksi bersama kelab gergasi negara tersebut, Shanghai SIPG. Dengan gaji sebanyak USD515,000 seminggu, Oscar menjadi pemain bergaji paling mahal di Chinese Super League. Namun perpindahannya ke China mengakibatkan dia tersisih dari pasukan kebangsaan Brazil.
5. PAUL POGBA
Kelab: Manchester United
USD29.5 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD25 juta
Penajaan: USD4.5 juta
Pernah bergelar pemain termahal di dunia dengan yuran perpindahan USD120 juta, Paul Pogba kini menjadi nadi utama kelab Manchester United. Terkenal dengan pelbagai gaya rambut di atas padang dia menjadi antara wajah penting buat Adidas.
4. GARETH BALE
Kelab: Real Madrid
USD34.6 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD28.6 juta
Penajaan: USD6 juta
Ads
Sehingga kini Gareth Bale bergelar sebagai pemain British paling mahal dalam sejarah. Perpindahannya dari Tottenham Hotspurs ke Real Madrid menyaksikan yuran perpindahan sebanyak USD115 juta telah dilaburkan. Sejak bermain bersama Real Madrid, Gareth Bale telah membantu pasukannya menjuari kejuaraan Eropah sebanyak 4 kali.
3. NEYMAR
Kelab: Paris Saint Germain
USD90 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD73 juta
Penajaan: USD17 juta
Anak emas pasukan Brazil dan juga kelabnya, Paris Saint Germain (PSG), Neymar merupakan antara wajah bintang bola sepak paling dikenali di seluruh dunia. Dengan status itu maka tak hairanlah banyak jenama mengambilnya sebagai duta mereka seperti Red Bull, Gol Airlines, McDonalds, Gillette dan Nike.
2. CRISTIANO RONALDO
Kelab: Juventus
USD108 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD61 juta
Penajaan: USD47 juta
Sebelum berpindah ke Juventus, Ronaldo mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak USD108 juta menerusia gaji dan penajaan. Namun selepas berpindah ke Juventus dia terpaksa menerima sedikit penurunan pendapatan untuk merealisasikan perpindahannya ke kelab gergasi Itali iaitu Juventus. Pemain Terbaik Dunia atau pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali ini juga merupakan duta produk Nike, PanzserGlass, Herbalife dan banyak lagi.
1. LIONEL MESSI
Kelab: Barcelona
USD111 juta
Gaji tahunan dan bonus: USD84 juta
Penajaan: USD27 juta
Dengan jumlah pendpaatan sebanyak USD111 juta setahun, Lionel Messi menjadi pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi di dunia. Juga pemenang lima kali Ballon d’Or, Lionel Messi kini dibayar USD667,000 seminggu oleh Barcelona. Kontrak Lionel Messi bersama Barcelona juga menyaksikan jumlah release clause USD835 juta!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak kebelakangan ini telah banyak kita mendengar kes renjatan elektrik melibatkan telefon pintar yang sedang dicas. Malah pada bulan Disember lalu telah dilaporkan tentang berita seorang remaja lelaki maut akibat renjatan eletrik di Rembau, Negeri Sembilan.
Terbaru, seorang lelaki yang merupakan pekerja kilang telah meninggal dunia dalam keadaan cukup menyayat hati selepas terkena renjatan elektrik. Menurut laporan dari DailyMail, lelaki tersebut sedang menggunakan earphone yang bersambung dengan telefon pintar sedang dicas.
Kes yang berlaku di Thailand tersebut telah tular dan mendapat perhatian ramai pihak di negara tersebut dan juga masyarakat antarabangsa.
Lelaki yang dikenali dengan nama Kritsada Supol ditemui meninggal dunia di atas tilam di kediamannya dalam keadaan dia sedang menggunakan earphone dan telefon pintar bersambung dengan plag elektrik.
Telefon pintar mangsa didapati bersambung dengan pengecas dan kabel murah yang tidak mengikuti piawaian keselamatan.
Siasatan awal mendapati mangsa menggunakan pengecas dan kabel tiruan yang murah. Mayat mangsa ditemui oleh pemilik rumah yang hairan dengan terhidu bau benda terbakar.
Pihak polis dari Balai Polis Daerah Phan Thong, Chonburi tiba di lokasi dan berkata mangsa disahkan meninggal dunia akibat renjatan elektrik.
“Kami percaya telah berlaku liar pintas lalu menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik semasa dia sedang menggunakan telefon pintar atau mendengar lagu menggunakan earphone. Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan pengecas dan wayar kabel yang asli dan mendapat kelulusan piawaian keselamatan,” jelas Kapten Polis, Jaleuk Polthong.
Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jangan kerana nak berjimat anda menggunakan pengecas dan kabel murah yang tak mengikut piawaian keselamatan. Jangan bila sudah berlaku seperti ini barulah nak tergadah.
Stay safe bro!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam keadaan ekonomi sekarang agak mustahil bagi kita untuk menjadi kaya dalam masa terdekat, tapi kita tak sedar ada cara mudah lain yang membolehkan korang jadi senang.
Ini bukanlah ‘jalan pintas’ seperti yang dianggap oleh masyarakat umum, tetapi ini cara ‘tersembunyi’ yang tak terlintas dalam fikiran anda untuk senang.
Pendek kata murah rezeki, mungkin bukan kaya dari segi kewangan tapi ‘kaya’ dari pelbagai sudut.
TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.
1) Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2) Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu
3) Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4) Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5) Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6) Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
7) Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8) Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9) Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10) Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka. Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasangan baru berkahwin akan saling mengejar masa untuk mencipta suasana romantik khususnya di luar rumah. Makan malam berdua-duaan akan muncul sekali-skala pada kalendar kerana kesibukan diri masing-masing. Dengan sedikit kreativiti, cipta suasana romantik di rumah. Lebih mudah apabila ia disalurkan melalui ‘channel’ yang tepat seperti melakukan kerja rumah bersama-sama. Ayuh, cubalah!
1.Kamar Tidur
-Bangun awal pagi. Persiapkan diri lalu alihkan tumpuan anda ke dapur untuk menyiapkan sarapan isteri tercinta. Beberapa keping roti, buah-buahan segar dan telur sudah memadai. Bawakan ke bilik tidur lalu kejutkan si isteri untuk sama-sama menjamah sarapan. Kemaskan katil bersama-sama apabila sudah selesai bersarapan. Anda boleh mengajak isteri melakukan hubungan intim sebelum sama-sama mengemaskan katil.
2.Dapur
-Tanyakan kepada si isteri sama ada dia memerlukan pertolongan. Inilah masanya untuk menunjukkan kehebatan skil anda di dapur. Kerja ‘heavy duty’ untuk kaum wanita di dapur adalah membasuh pinggan. Cecair pencuci pinggan mampu merosakkan tangan dan menyebabkan kulit merekah. Sekurang-kurangnya, basuhlah pinggan mangkuk untuk meringankan beban isteri. Pasangan anda pastinya menghargai tenaga kerja seorang lelaki di dapur.
3.Ruang Tamu
-Tarik dan angkat semua perabot untuk memudahkan isteri anda menyapu atau memvakum bahagian ruang tamu. Apabila dia sudah selesai, usah tunggu lama-lama. Segera mop lantai sehingga bersih. Tanyakan isteri berapa kali lantai perlu dibilas. Pasti kan ruang tamu bersih sehingga isteri berpuas hati. Setelah selesai, pasangkan muzik. Kemudian ajak isteri untuk ‘slow dance’ di ruang tamu.
4.Bilik Mandi
-Bersihkan segala kotoran di dalam bilik mandi. Idea menarik membersihkan bilik mandi bersama isteri adalah mengajaknya mandi bersama selepas selesai membersihkannya. Korbankan sedikit masa anda untuk bermanja serta bermesra dengan isteri di dalam bilik mandi… Jangan lupa untuk membersihkannya terlebih dahulu!
5.Laman Rumah
-Sapu daun kering dan potong rumput. Laman rumah yang bersih membolehkan anda dan isteri bijak menggunakannya sebagai ruang berkelah tanpa perlu pergi taman atau pun kawasan tasik. Ia menjimatkan kos. Bentangkan tikar dan nikmati pemandangan langit di waktu petang mahu pun malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berapa jauh boleh memandu dengan lampu E menyala? Jangan panik lagi Ok! Pernah tak tengah sedap memandu, tiba-tiba lampu minyak E (Empty) dekat dashboard kereta menyala?