Image by Freepik

Air merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa air kita pasti tidak berfungsi dengan sempurna apatah lagi untuk melakukan aktiviti harian dengan baik.

Aspek air bersih untuk sumber minuman menjadi perkara yang cukup penting bagi memastikan kita terhidrat dan bebas dari sebarang pencemaran. Jadi tidak hairanlah mengapa mesin water purifier atau penulen air kini menjadi kelengkapan yang cukup penting dalam kehidupan seharian.

Kenapa kita perlu mengambil berat akan sumber air minuman harian kita dengan menggunakan penulen air? Pertama sekali ia boleh menjamin sumber minuman harian bebas dari sebarang kuman, klorin dan juga bahan radikal yang mungkin boleh menjadi punca penyakit kronik seperti kanser.

Menggunakan penulen air bukan sahaja memberikan keyakinan kepada sumber air yang diminum malah ia mampu memberikan rasa dan juga bau air yang lebih sedap untuk diminum.

PERKARA PENTING

Sebelum MASKULIN kongsikan 10 penulen air terbaik di pasaran terlebih dahulu kami ingin kongsi beberapa kriteria penting untuk rujukan anda sebelum mendapatkan sebarang produk ini di pasaran.

1. Harga

Berbelanjalah biar kena dengan bajet. Ingat, penulen air yang anda ingin beli ingin digunakan dalam tempoh jangka masa yang lama. Pilihlah yang terbaik untuk anda dalam lingkungan bajet sendiri.

2. Kos selenggara dan alat ganti

Kos selenggara dan alat ganti berbeza-beza mengikut jenama dan model. Jadi lakukanlah sedikit ‘homework’ untuk anda dapatkan kos sebenar dalam tempoh setahun.

3. Kapasiti storan

Setiap mesin penulen air mempunyai saiz penstoran yang berbeza-beza. Pilihlah yang memiliki tangki atau saiz penstoran yang sesuai dengan penggunaan harian anda.

Berikut merupakan 10 penulen air terbaik pilihan MASKULIN

1. Sterra Y Tank Table Top Water Purifier

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Jenama yang diangkat dan dipercayai sebagai nombor satu di Simgapura ini menawarkan pakej yang cukup lengkap dan ada pada sebuah mesin penulen air atau water purifier. Pertama sekali Sterra Y Tank Table Top Water Purifier hadir menampilkan sistem penapisan dikenali sebagai 4-Stage Water Filtration System.

Sistem penapisan ini dihasilkan secara sistematik untuk menghasilkan kualiti air yang bebas pencemaran. Malah rasa air yang hadir hasil penapisannya juga sangat sedap. Selain itu, ia juga cukup mudah digunakan dengan tiga pilihan air iaitu panas, biasa dan sejuk. Rekaannya juga cukup menarik dengan 3 seleksi warna berbeza iaitu Cool Metallic, Snow White dan Space Black.

Apa yang membuatkan MASKULIN merasakan ia sebagai antara penulen air terbaik ialah harga yang ditawarkan adalah dua atau tiga kali ganda lebih murah daripada jenama lain mengikut spesifikasi sama.

Walaupun Sterra Y Tank Table Top Water Purifier bolehlah dikatakan masih baru di pasaran Malaysia ia telah mendapat sambutan dan prestasi sangat baik.

IKLAN

Jadi tidak hairanlah ia dianggap sebagai ‘Most Value for Money Water Purifier’ yang hadir dengan rekaan lebih ‘sleek’ dan kompak. Kehadirannya di ruang dapur atau di ruang di mana sahaja mampu meningkatkan personaliti kediaman.

Ia kini ditawarkan pada harga promosi pengenalan hanya serendah RM1,299.

Boleh dapatkannya di sini: Sterra Y Tank Table Top Water Purifier

 

2. Cosway Hexagon 8-Stage Water Purifier

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Apa yang menarik tentang mesin penulen air ini ialah ia mempunyai 8 peringkat sistem penapisan bermula dengan penapis seramik yang menyingkirkan elemen bahaya seperti bakteria , virus, partikel mikro, karat dan banyak lagi.

Lapisan kedua pula menampilkan penapisan ion yang melakukan regulasi kalsium dan magnesium bagi menjadikan rasa air lebih baik. Lapisan ketiga pula menyerap klorin bau dan warna. Pada harga berpatutan penulen air ini sesuai untuk keluarga kecil. Tarikannya paling menarik ialah ia tidak menggunakan tenaga elektrik.

Boleh dapatkan di sini: Cosway Hexagon 8-Stage Water Purifier

3. Coway Ombak Water Purifier

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Di antara jenama yang cukup popular di negara kita, Coway Ombak Water Purifier menampilkan fungsi reverse osmosis yang menggunakan 5 peringkat penapisan untuk membersihkan dan menulenkan air.

Selain itu, ia turut menggunakan cahaya UV bagi membantu proses pensterilan menjadikan ia lebih selamat untuk di minum. Ia juga mempunyai kawalan suhu mengikut kemahuan peribadi pengguna.

IKLAN

Boleh dapatkan di sini: Coway Ombak Water Purifier

4. Xiaomi Mijia Smart Water Purifier Dispenser

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Di antara pilihan yang ditawarkan dengan ciri yang premium tetapi pada harga yang berpatutan. Xiaomi Mijia Smart Water Purifier Dispenser tampil dengan rekaan yang lebih minimalis dan ciri yang mudah untuk digunakan. Tampil dengan konsep plug-and-play, ia juga boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi pintar Xiaomi.

Ini bermakna pengguna boleh melakukan kawalan suhu dan melihat kandungan air dari semasa ke semasa secara langsung. Penulen air ini menampilkan 6 peringkat penapisan osmosis berbalik. Selain itu, turut dilengkapi dengan lampu UV anti-bacterial.

Boleh dapatkan di sini: Xiaomi Mijia Smart Water Purifier Dispenser

5. Philips Tap Water Purifier CM-300

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Bagi anda yang inginkan penulen air yang lebih ringkas dan mudah di pasang. Philips Tap Water Purifier CM-300 boleh menjadi pilihan terbaik. Dengan saiznya yang kecil dan senang dipasang penulen air ini juga ditawarkan pada harga cukup murah.

Bagi penggunaan konvensional dan cepat, ia boleh menjadi pilihan yang baik. Menggunakan empat peringkat penapisan ia membantu menyingkirkan bakteria, bahan organik bahaya dan juga klorin. Buat anda yang hanya ada bajet kecil inilah antara pilihan terbaik.

Boleh dapatkan di sini: Philips Tap Water Purifier CM-300

6. Prince Top Cuckoo Water Purifier

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Jika mementingkan estetika gaya dan penampilan, Prince Top Cuckoo Water Purifier mampu menawarkan pilihan sesuai untuk anda. Hadir dengan rekaan minimalis dan warna yang menarik seperti rose gold, penulen air ini merupakan yang pertama seumpamanya tidak memerlukan tangki sejuk.

IKLAN

Ia memanaskan air secara terus dari sumber dan mampu menghasilkan dalam suhu berbeza. Dengan sifat ‘tankless’ tidak hairanlah saiznya nampak lebih kompak dan kecil.

7. Panasonic Water Purifier TK-CS20

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Panasonic Water Purifier TK-CS20 merupakan di antara penulen air yang cukup senang dipasang. Di antara ciri cukup menarik pada mesin penulen air ini ialah ia mempunyai ‘flow rate’ tinggi iaitu sebanyak 6 liter setiap minit.

Selain itu, ia juga menampilkan kombonasi fabrik non-woven dan powdered activated carbon yang menyingkirkan sebanyak 95% klorin dan 90% kekeruhan sumber air asal. Sesuai buat kegunaan kediaman yang menggunakan banyak air dan keluarga yang besar.

8. Snaptec Aurra Plus

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Bagi anda yang inginkan kesederhanaan dan fungsi penulen air yang ringkas, Snaptec Aurra Plus boleh jadi pilihan terbaik. Ia hadir dengan sistem navigasi ringkas dan dalam pada masa yang sama dilengkapi ciri terkini.

Rekaannya menampilkan estetika mesra pengguna dan menawarkan sistem profil anda tersendiri. Sebagai contoh anda ingin setting air pada suhu tertenu untuk kegunaan peribadi.

9. SK Magic JIKSOO Hyper

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Salah satu jenama yang kini mual mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia. Penulen air ini hadir dengan ciri tanpa tangki dan tuut dilengkapi teknologi JIKSOO. Tanpa kewujudan tangki atau penstoran, ia mampu membekalkan air bersih secara terus dengan tahap suhu berbeza.

Bukan itu sahaja ia juga mempunyai fungsi penstrilan air setiap dua jam dengan UV-C menghapuskan 99% mikrob berbahaya. SK Magic JIKSOO Hyper menampilkan sistem 3 penapisan yang bukan sahaja menghapuskan bakteria, virus, mikroplastik dan parasit malah turut menyekat elemen besi seperti lead dan iron.

10. Aqua Kent Coral Table Top Water Purifier

Top 10 Mesin Penulen Air Terbaik Di Malaysia Masa Kini Pilihan MASKULIN

Jangan tertipu dengan saiznya yang mungkin sedikit besar daripada yang lain. Mesin penulen air ini menyedaikan tiga variasi suhu air iaitu panas, biasa dan sejuk. Secara tidak langsug menjadikannya sebagai penulen air yang cukup mesra pengguna dan menawarkan air berih yang bersih dan selamat untuk diminum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan anda informasi berguna dalam memilih mesin penulen air atau water purifier terbaik di pasaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

Jangan lupa subscribe dan follow YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI