Top 10 Ketua Pegawai Eksekutif Berpendapatan Paling Tinggi Di Malaysia

4004

Gelaran Ketua Pegawai Eksekutif atau lebih popular dengan istilah CEO merupakan satu jawatan yang cukup dipandang tinggi dalam dunia perniagaan.

Apatah lagi jika seseorang itu menjadi CEO sebuah syarikat ternama dan terkenal. Sesuai dengan namanya, tanggungjawab menjadi seorang CEO sangatlah besar dalam menentukan hala tuju serta kelangsungan syarikat yang dibawa olehnya.

Jadi tidak hairanlah dengan tanggungjawab besar itu berpadanan dengan pendapatan tinggi yang diperolehi mereka. Kali ini MASKULIN ingin berkongsi 10 orang CEO (public listed company) berpendapatan paling tinggi di Malaysia.

BACA: Dulu Dikecam Jadi ‘Pak Andam’, Kini Dato Alha Buktikan Solekan Bukan Langkah Silap!

Seperti yang pernah dilaporkan oleh NST, berikut merupakan 10 orang CEO yang berpendapatan paling tinggi di Malaysia.

1. TAN SRI LIM KOK THAY

Syarikat: Genting Berhad & Genting Berhad Malaysia

Jumlah pendapatan: RM80.6 juta (untuk setiap syarikat)

Umur: 67 tahun

2. DATUK LEE YEOW CHOR

Syarikat: IOI Corp Berhad

Jumlah pendapatan: RM39 juta

Umur: 52 tahun

3. MORTEN LUNDAL

Syarikat: Maxis Berhad (bekas)

Jumlah pendapatan: RM31.8 juta

Umur: 53 tahun

4. TAN SRI TAY AH LEK

Syarikat: Public Bank Berhad

Jumlah pendapatan: RM27.06 juta

Umur: 76 tahun

5. DOMNENICO FUDA

Syarikat: Hong Leong Bank Berhad

Jumlah pendaptan: RM12 juta

Umur: 51 tahun

6. TAN KONG KHOON

Syarikat: Hong Leong Financial Group Berhad

Jumlah pendapatan: RM11.05 juta

Umur: 61 tahun

7. DATUK SERI TENGKU ZAFRUL AZIZ

Syarikat: CIMB Group Holdings Berhad

Jumlah pendapatan: RM9.89 juta

Umur: 45 tahun

8. DATUK FARID ALIAS

Syarikat: Malayan Banking Berhad

Jumlah pendapatan: RM8.73 juta

Umur: 50 tahun

9. TAN SRI MOHD BAKHEE SALLEH

Syarikat: Sime Darby Berhad (bekas)

Jumlah pendapatan: RM7.9 juta

Umur: 64 tahun

10. TAN SRI NGAU BOON KEAT

Syarikat: Dialog Group Berhad

Jumlah pendapatan: RM6.57 juta

Umur: 70 tahun

*kebanyakan data pendapatan diambil daripada tahun 2018 dan 2017

KREDIT: NST & ProspectASEAN