Kepada anda yang mungkin sering atau pernah menaiki penerbangan Air Asia pastinya sudah tidak asing dengan keenakan sajian makanan ‘di udara’ yang dihidangkan buat penumpang.

Pelbagai sajian istimewa dibawakan oleh Air Asia ini dikenali sebagai Santan, Flavor or Asean menampilkan menu menyelerakan. Di antara menu yang paling digemari penumpang mereka ialah Pak Nasser’s Nasi Lemak. Uncle Chin’s Chicken Rice, Nasi Padang with Prawn Crackers dan banyak lagi.

Berikutan dengan keenakan makanan tersebut ramai pengguna seakan rindu untuk merasai semula juadah makanan istimewa itu. Malah keinginan penggemarnya sering diutarakan kepada CEO Kumpulan Air Asia, Tony Fernandes.

Ads
Tony Fernandes Buka Restoran Pertama, Kini Makin Mudah Nak Nikmati Nasi Lemak Popular AirAsia!
Pegumuman dari Tony Fernandes itu pasti menggembirakan penggemar makanan SANTAN!

Selepas mendengar keluh kesah dan pelbagai ragam permintaan, Tony Fernandes akhirnya menyampaikan sebuah berita gembira buat penggemar SANTAN.

Menerusi akauan Instagram, beliau mengumumkan tentang pembukaan cawangan pertama SANTAN yang akan dibuka di pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur iaitu MidValley.

Ads

Namun buat masa sekarang masih belum diumumkan bilakan tarikh sebenar ia akan beroperasi. Tapi peminat SANTAN boleh menarik nafas lega dengan foto yang dikongsi oleh Tony Fernandes kerana ia dijangka siap dalam masa terdekat.

Ads

Difahamkan juga cawangan kedua SANTAN pula akan dibuka di Sunway Pyramid pada bulan Disember nanti. Lebih menarik, Tony juga berkata permohonan untuk usahawan tempatan mendapatkan francais SANTAN akan dibukan tidak lama lagi.

Jadi selepas ini anda tidak lagi perlu terbang ke udara untuk menikmati juadah dihidangkan oleh SANTAN!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI