Pelakon berbakat, Tony Eusoff membuka lembaran pengalaman pahit yang pernah dilaluinya pada tahun 2016 ketika menjalani hukuman penjara di Singapura akibat kesalahan memiliki dadah.
Insiden itu disifatkan sebagai detik paling hitam dalam hidupnya, yang memberikan pengajaran berharga sehingga ke hari ini.
Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman, 48, mengakui bahawa perbuatannya ketika itu adalah hasil daripada tindakan tidak matang dan kelalaian dirinya sendiri.
“Time tu saya muda lagi, buat benda nakal rasa macam bodoh sial,” katanya.
Menurut Tony, keputusan bodohnya itu bukan sahaja menjejaskan dirinya tetapi turut melukakan hati insan yang paling disayanginya, ibunya.
“Itu merupakan satu episod hitam dalam hidup saya. Semasa itu saya rasa sangat takut dan bersalah kepada ibu saya. Waktu mak saya nak balik Malaysia, saya sempat peluk dia buat kali terakhir dan time tu keluar air mata dia. Itu adalah perkara sangat menyakitkan bagi saya sebagai seorang anak,” luahnya penuh emosi.
Tony dihukum penjara selama lima bulan di Penjara Admiralty West, Singapura, bermula April hingga Oktober 2016.
Baginya, pengalaman itu menjadi titik perubahan penting dalam hidup. “Saya juga mengaku ketika itu tiada orang aniaya saya. Itu semua salah sendiri. Kebodohan, kecuaian, dan kenakalan saya pada waktu itu,” tambah Tony.
Belajar Dari Kesilapan
Mengulas isu semasa membabitkan seorang pelawak tempatan yang ditahan di Jeddah akibat kes ganja, Tony menasihati orang ramai agar tidak terburu-buru membuat andaian atau menghukum.
“Tunggu kes selesai baru kita nilai. Tolonglah guna akal sendiri. Semua tindakan yang dibuat mesti ada sebab dan mungkin orang tersebut terdesak,” ujarnya, menggambarkan simpati dan empati terhadap situasi pelawak tersebut.
Tony turut menambah bahawa sesetengah individu mungkin mengambil bahan terlarang kerana ingin melepaskan tekanan akibat pelbagai masalah hidup.
“Kadang-kadang orang ambil sebab nak release tension atau terdesak sebab masalah rumah tangga. Kita tak tahu apa yang mereka lalui, jadi jangan terus menghukum tanpa mengetahui kisah sebenar,” katanya lagi.
BACA LAGI : Amin Idris Dedah Diri Mualaf, Peluk Islam Di Usia 4 Tahun
Pengajaran Hidup
Sebagai individu yang pernah melalui detik hitam, Tony mengingatkan masyarakat untuk sentiasa belajar dari kesilapan orang lain dan menjadikan pengalaman tersebut sebagai peringatan.
“Saya bersyukur kerana episod hitam itu tidak memusnahkan hidup saya sepenuhnya. Hari ini saya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan keputusan,” katanya, menutup bicara dengan penuh keinsafan.
Sumber : Mstar
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Sebagai wakil doktor dalam Who’s Your Bro, Dr. Shazif menyampaikan mesej penting tentang kesihatan dan kecergasan, mengajak kita semua untuk amalkan gaya hidup sihat. Jangan lupa untuk saksikan Whos Your Bro setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Ria! #maskulin #majalahmaskulin #maskulinSiapaBrosSiapaLawan #astroria ♬ The New Opportunity – LEXMusic
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI