Tonik Motivasi Terbaik Dengan Lakukan Aktiviti Larian

1447

MASKULIN yakin bila habis sahaja bulan puasa nanti pasti semakin ramai yang ada semangat semula untuk berlari.

Apa taknya, selepas berhari raya dengan segala macam makanan, inilah masanya untuk anda semua kembali ke pangkal jalan dan insaf dengan apa yang telah dilakukan sepanjang pesta makan di rumah terbuka.

Bak kata orang sukan larian atau lebih popular di kalangan orang awam sebagai ‘jogging’ boleh dilakukan tanpa menggunakan apa-apa peralatan mahal. Apa yang penting hanyalah sepasang kasut larian yang sesuai dan selesa.

Tapi tahukah anda selain memberikan faedah kesihatan kepada anda aktiviti larian juga mempunyai banyak faedahnya?

Berikut merupakan faedah aktiviti larian yang anda akan dapat!

1) HILANGKAN STRES

Pernahkah anda melihat filem ‘Forest Gump’? Di dalam filem itu karakternya berlari kerana dia tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan stres. Seterusnya menjadi legenda larian yang mendapat liputam. Begitulah antara faedah larian. Ia dapat meringankan stres anda dan membuang segala tenaga berlebihan yang selama ini membebankan anda.

2) KEMBALIKAN TENAGA DALAMAN

Jika mengamalkan aktiviti larian secara konsisten stamina anda akan bertambah. Dan bila stamina bertambah secara tak langsung tenaga dalaman atau batin anda juga akan meningkat. Selain anda pasangan juga akan dapat merasa kelebihan ini, bukan? Jadi teruskan berlari untuk anda terus mantap.

3) KESIHATAN JANTUNG

Antara kelebihan kesihatan yang anda perolehi ialah meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular atau jantung. Dengan setiap aktiviti larian anda akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah dengan baik. Anda secara tak langsung boleh mengurabgkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau strok.

4) TURUNKAN BERAT BADAN

MASKULIN sendiri telah melihat banyak testimoni orang yang berjaya turunkan berat badan dengan berkala dan baik dengan hanya melakukan larian. Pembakarana kalori yang efisien akan berlaku jika anda sentiasa konsisten melakukan aktiviti larian sekali gus membakar lemak yang degil.

5) BINA KEKUATAN TULANG & OTOT

Jika berlari secara konsisten anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Pada masa yang sama tulang akan dirangsang untuk jadi lebih kuat dan tak mudah dimamah usia.

BACA: 10 Tip Untuk Lakukan Aktiviti Jogging Sepanjang Bulan Puasa

6) TIDUR YANG LEBIH NYENYAK

Anda tak percaya? Cuba jogging sejauh kira-kira 5 kilometer anda lihat bagaimana sendiri kualiti tidur anda pada malam tersebut. Disebabkan anda menggunakan tenaga yang banyak tidur anda akan jadi lebih nyenyak. Selain itu anda juga boleh tetapkan tidur yang lebih teratur.

7) ALIRAN DARAH LEBIH BAIK

Semasa anda jogging darah yang kaya sdengan oksigen akan dialirkan dengan baik ke bahagian otak. Lalu menyebabkan bekalan oksigen di bahagian otak mencukupi. Ini akan buat anda jadi lebih segar dan produktif.

8) KEHIDUPAN SOSIAL

Bila anda sudah selesa berlari apa kata cuba masuk pertandingan larian. Jika tak sempat untuk sertai mana-mana pertadingan, jangan risau. Anda boleh sertai cabaran virtual run. Sebagai contohnya cabarabn virtual run MASKULIN DARE yang akan bermula tak lama lagi!

9) KULIT

Kulit yang sihat datang dari aktiviti yang sihat. Dengan aktif berlari anda akan merangsang pengaliran darah dalam badan. Pembuangan sisa toksin menerusi peluh dan kulit juga akan lebih efisyen dan sekali gus menjadikan kulit anda lebih sihat.

10) MOTIVASI DIRI

Berlari juga dapat membawa minda anda untuk mendapat motivasi. Sebagai contoh bila anda letakkan sasaran jaraka larian. Bila ia tercapai pasti anda akan rasa sangat puas hati dan bangga dengan diri sendiri kerana berjaya melakukannya.