Dalam kesibukan mengurus kerjaya sebagai anak seni dan sebagai bapa, Tomok tidak jadikan itu alasan untuk tidak mengutamakan aspek pelajaran.
Tanggal 23 November 2023 pastinya akan kekal menjadi detik manis buat Tomok apabila akhirnya, jejaka berusia 39 tahun itu sekali lagi bergelar graduan universiti. Kali ini, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan kepujian daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ini berkat usaha Tomok sendiri bersama rakan-rakan selebriti lain yang mengikuti kursus pengajian tersebut secara pengajian jarak jauh (PJJ selama sembilan semester bermula 2015 hingga 2020.
Pemilik 3 Outlet Francais!
Difahamkan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mula menceburi perniagaan francais Chatime pada tahun 2017. Cawangan pertama yang dibuka Tomok waktu itu ialah di AEON Mall Shah Alam, Selangor.
Melihat bisnes makin kukuh, bekas penyanyi kumpulan New Boyz ini berjaya membuka satu lagi cawangan Chatime pada Oktober 2022 di Setia Alam City Mall, Selangor.
Tidak cukup itu, Tomok mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka satu lagi cawangan Chatime di Setia City Mall, Shah Alam.
Melimpah ruah rezeki pasangan suami isteri ini. Makin rancak nampaknya Tomok dan Ayu merencana masa depan keluarga mereka.
Selain mengusahakan perniagaan francais Chatime, mereka turut menjadi pemilik satu lagi jenama francais pemanis mulut popular iaitu Street Churros. Tomok dan isteri tercinta memiliki cawangan tersebut di AEON Mall Seremban 2.
Sebelum menceburi kedua-dua perniagaan berkenaan, mereka pernah menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra. Namun perniagaan yang sudah lima tahun diusahakan tersebut terpaksa dihentikan pada tahun 2020.
Syabas Tomok kerana jadi anak seni versatil!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan Instagram MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.