Tomato amat terkenal sebagai superfood yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat serta nutrisi yang baik untuk kesihatan.
Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar besar iaitu yang tumbuh menegak dan tumbuh secara menjalar. Ia mempunyai pelbagai saiz seperti 1-2cm hingga 10cm, namun yang paling banyak dijual adalah yang bersaiz diameter 5-6cm.
Tomato antara sayuran yang mudah didapati di mana-mana kedai serbaneka sera runcit. Ia bukan sahaja lazat dimakan mentah malah boleh dimasak dalam pelbagai cara.
MASKULIN senaraikan beberapa khasiat tomato untuk rujukan anda agar lebih mengutamakan hidangan sayuran dalam diet serta hidangan seharian.
BACA: Rahsia Lelaki Awet Muda Adalah Banyak Makan Sayur Bayam, Ini 5 Sebabnya!
Penyakit kardiovaskular, termasuk serangan jantung dan strok, adalah penyebab utama kematian dunia. Satu kajian di kalangan lelaki pertengahan menunjukkan bahawa paras darah rendah lycopene dan beta-carotene dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung dan strok.
Kanser adalah istilah umum untuk pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal yang tidak terkawal yang merebak di luar kebiasaan dan sering menyerang bahagian lain badan. Kajian-kajian pemantauan telah menemui hubungan antara tomato, produk tomato dengan beberapa kes kanser prostat, paru-paru dan perut.
Terdapat satu kajian yang dijalankan dalam kalangan wanita menunjukkan bahawa kepekatan karotenoid yang tinggi yang kaya dalam tomato, boleh melindungi daripada perkembangan kanser payudara.
Tomato adalah sumber yang kaya dengan lycopene, lutein, dan beta-karoten. Ini adalah antioksidan kuat yang bermanfaat untuk melindungi mata terhadap kerosakan yang disebabkan oleh cahaya, perkembangan katarak, dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.
Tomato dianggap sangat efektif untuk kesihatan kulit. Makanan berasaskan tomato yang kaya dengan lycopene dan sebatian tumbuhan lain boleh melindungi kulit daripada serapan sinar matahari. Menurut hasil satu kajian, 40% kesan sunburn berkurang apabila memakan 40 gram pes tomato (mengandungi 16mg lycopene) berbanding dengan minyak zaitun, setiap hari selama 10 minggu.
BACA: Selain Bantu Rendahkan Tahap Kolesterol Dalam Badan, Ini Khasiat Lain Sayur Kangkung
Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang menggunakan diet berserat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah, manakala pesakit diabetes jenis 2 mungkin meningkatkan kadar gula darah, lipid dan insulin. Satu cawan tomato ceri menyediakan kira-kira 2gram serat.