Inspirasi

TOM CRUISE Awet Muda & Kacak Diusia 61 Tahun, Ini Rahsianya!

Share

Sebut sahaja namanya, pasti ramai orang tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita terus terbayang akan wajahnya yang kacak.

TOM CRUISE Awet Muda & Kacak Diusia 61 Tahun, Ini Rahsianya!

Meniti usia 61 tahun, Cruise mengamalkan pemakanan sihat. Menurut portal Mens Health, bekas suami Katie Holmes itu pernah mendedahkan dia gemar melakukan aktiviti luar seperti berkayak, meneroka gua, lawan pedang, berlari, mengangkat beban dan mendaki.

“SAYA MELAKUKAN BANYAK AKTIVITI YANG BERBEZA,” KATA CRUISE.

Menurut saintis sukan Universiti Middlesex, Anne Elliott, kepelbagaian aktiviti dilakukan Cruise membantunya tidak dimamah penuaan.

“Cara bergerak dan beraktiviti membantu kita kekal cergas. Misalnya lakukan aktiviti kardio, lawan pedang atau mendaki sepertinya.

“Ia boleh mengekalkan fleksibiliti dan keseimbangan iaitu dua perkara pertama yang melawan penuaan dan mengekalkan kecergasan,” katanya.

JAGA PEMAKANAN
Selain itu, Times Now News melaporkan aktor itu sangat menitikberatkan pemakanan.

Untuk kulit yang sihat, fizikal yang sentiasa hebat, Cruise mengamalkan empat tabiat pemakanan yang membantunya kekal cergas sejak dulu.

  1. Makan makanan panggang

Cruise mengamalkan pemakanan sihat dengan sajian yang dimasak secara dipanggang. Ini kerana cara memasak menggunakan suhu tinggi boleh meningkatkan risiko keradangan dan penuaan.

2. Makanan ringan yang sihat
Bintang itu memastikan bahawa dia bertenaga sepanjang hari. Justeru, Cruise mengambil snek yang baik seperti kacang organik, bluberi dan kurma yang diisi dengan mentega kacang dengan kelapa.

3. Tiada karbohidrat
Bintang itu juga jarang dilihat makan semangkuk pasta atau menikmati piza. Dia memang mengehadkan pengambilan karbohidrat. Difahamkan Cruise mengekalkan pengambilan 1,200 kalori sehari tanpa karbohidrat kerana percaya karbohidrat boleh mempercepat penuaan dengan meningkatkan tahap insulin.

4. Tanpa gula
Gula tidak pernah dianggap sebagai pilihan diet yang sihat dan menjadi pantang terbesar bintang-bintang mahsyur Hollywood. Ia boleh mencetuskan keradangan, merosakkan kolagen dan dalam masa yang sama mengurangkan kepekaan terhadap insulin. Ini seterusnya meningkatkan risiko diabetes dan pertambahan berat badan.

Hebat bukan figura ini!

BACA LAGI : Lelaki Kelantan Paling Tampan & Lelaki Kedah Paling Lawak. Ini Buktinya!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Nana