FAHAMI DIRI ANDA SEBELUM BERSENAM
Senaman adalah selamat bagi kebanyakan individu untuk dijadikan amalan harian jika berasaskan prinsip senaman dan mengambil kira aspek keselamatan yang betul. Namun, bagi golongan berisiko, nasihat dan panduan dari mereka yang pakar haruslah diambil kira. Penilaian keselamatan untuk memulakan aktiviti senaman perlu dijalankan oleh semua golongan bagi memastikan manfaat yang maksimum dapat diperoleh dari aktiviti tersebut.
Dalam buku panduan ujian dan preskripsi senaman terbitan AmericanCollegeofSportMedicine edisi ke sembilan, penilaian risiko penyakit jantung oleh mereka yang berkelayakan perlu dibuat sebelum memulakan senaman. Selain itu, pemeriksaan perubatan, termasuk ujian tekanan juga diperlukan bagi memastikan senaman itu tidak membahayakan.
Ini khususnya bagi mereka yang mempunyai risiko seperti penyakit jantung. Namun, bagi mereka yang tidak berpenyakit, sekurangnya-kurangnya penilaian kendiri harus di lakukan. Satu cara menilai aspek keselamatan diri untuk melakukan senaman adalah berdasarkan soal selidik yang dinamakan borang Soal Selidik Kesediaan untuk Beraktiviti Fizikal.
Soal selidik ini bertanyakan jika seseorang itu;
Berdasarkan soalan – soalan tersebut, individu yang menjawab ‘ya’ untuk mana-mana soalan haruslah merujuk kepada pakar perubatan sebelum melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Namun, aktiviti fizikal masih boleh diteruskan secara beransur – ansur dari peringkat rendah atau aktiviti yang selamat mengikut panduan dan nasihat pakar. Jika mereka menjawab tidak bagi semua soalan tersebut, aktiviti fizikal adalah selamat untuk dimulakan.
Health/Fitness Facility Preparticipation Screening Questionniare
Selain soal selidik yang di bina oleh Canadian Society of Exercise Physiology seperti di atas, satu borang soal selidik lain yang sering digunakan untuk tapisan keselamatan bagi individu yang ingin memulakan gaya hidup aktif adalah soal selidik yang di bina oleh American College of Sport Medicine dan American Heart Association.
Soal selidik ini terbahagi kepada beberapa bahagian dengan soalan-soalan yang khusus iaitu sejarah dan latar belakang diri, gejala penyakit jantung, lain-lain isu kesihatan dan faktor risiko masalah jantung.
Dalam bahagian sejarah, individu di tanya sama ada pernah
1.Mengalami serangan jantung
2.Menjalani pembedahan jantung
3.Menjalani prosedur mendiagnosis atau merawat masalah jantung dengan memasukkan tiub halus melalui arteri atau vena.
4.Angioplasti koronari (prosedur membuka salur darah yang tersumbat)
5.Menggunakan pacemaker
6.Mempunyai masalah injap jantung
7.Kegagalan jantung
8.Pemindahan jantung
9.Masalah jantung bawaan
Dalam bahagian gejala pula, soalan yang ditanya adalah berkenaan;
1.Ketidakselesaan bahagian dada apabila menggunakan tenaga
2.Mengalami sesak nafas tanpa sebab yang munasabah
3.Mengalami pening-pening, pengsan dan tidak sedarkan diri
4.Mengalami bengkak di bahagian buku lali
5.Mengalami kadar degupan jantung yang laju dan tidak selesa
6.Mengambil ubat untuk jantung
7.Selain sejarah dan gejala, soal selidik ini turut mengumpulkan maklumat berkenaan masalah kesihatan yang lain seperti
8.Mengalami kencing manis
9.Mempunyai penyakit lelah atau penyakit berkaitan paru-paru
10.Mengalami rasa kejang di bahagian kaki apabila berjalan
11.Mempunyai masalah otot dan tulang yang menghalang dari melakukan aktiviti fizikal
12.mempunyai kebimbangan berkaitan aktiviti fizikal dan senaman
13.Mengambil ubat – ubatan
14.Hamil
Jika seseorang menjawab ‘ya’ untuk mana-mana soalan di atas, nasihat dan panduan dari pakar perubatan harus diperoleh sebelum memulakan aktiviti senaman.
Bahagian terakhir soal selidik Health/Fitness Facility Preparticipation Screening Questionniare ini memberi tumpuan kepada aspek faktor risiko serangan jantung seperti yang di ulas minggu lepas. Ini termasuk,
1.Berumur 45 tahun ke atas,
2.Wanita berumur 55 tahun ke atas,
3.Perokok atau mereka yang baru berhenti merokok dalam tempoh enam bulan,
4.Mempunyai tekanan darah tinggi melebihi atau di tahap 140/90 mm hg yang diukur pada dua masa yang berlainan,
5.Mengambil ubat tekanan darah tinggi,
6.Tahap kolesterol melebihi 5.172 mmol/l,
7.Tidak mengetahui tahap kolesterol diri
8.Mempunyai ahli keluarga dekat lelaki atau wanita yang pernah mengalami serangan jantung atau mati disebabkannya sebelum umur 55 tahun (bapa atau saudara dekat lelaki) dan 65 tahun (ibu atau saudara dekat wanita).
9.Tidak aktif secara fizikal atau mempunyai penglibatan yang kurang dari 30 min sekurang-kurannya tiga hari seminggu
10.Tahap BMI 30 kg/m2 atau lebih
11.Mempunyai pra-diabetes
12.Tidak tahu jika diri mempunyai pra-diabetes
13.Jika individu menjawab ya bagi dua atau lebih perkara–perkara ini, pakar perubatan patut dirujuk sebelum memulakan aktiviti fizikal dan senaman.
Penilaian kendiri berkenaan keupayaan diri dan juga pengetahuan berkenaan perkara–perkara yang boleh mendatangkan bahaya semasa aktiviti senaman dapat membantu individu untuk menjadikan senaman sebagai satu aktiviti yang selamat dan bermanfaat. Dua rujukan ini boleh dijadikan panduan untuk menilai tahap keselamatan untuk melakukan senaman. Namun, perlu ditekankan bahawa jawapan‘ya’ kepada mana-mana soalan di atas tidak bermaksud aktiviti fizikal dan senaman tidak boleh dilakukan.
Sebaliknya, nasihat dan panduan dari pakar yang berkenaan harus diperoleh bagi memastikan senaman adalah selamat untuk di jalankan. Selain itu, walaupun soal-selidik diatasi boleh digunakan untuk penilaian kendiri, nasihat dan panduan dari mereka yang berkelayakan patut dirujuk jika ada kesangsian berkenaan keselamatan diri untuk memulakan senaman.