Muka dah helok tapi bila bercakap mulut berbau. Potong betul la! Member nak tegur takut korang terasa sampai putus sahabat. Jadi langkah selamat, member angkat kaki sebab tak sanggup nak menahan nafas setiap kali berborak dengan korang.
Kalau korang kategori lelaki mulut berbau, cepat-cepatlah atasi masalah ini. Selain boleh buat korang hilang member, masalah mulut berbau ini juga boleh buat korang hilang keyakinan diri. Cuba amalkan 9 tip mudah ini.
Punca Mulut Berbau
1. Bakteria
Bakteria di dalam mulut hidup dan membiak dengan memakan sisa protein makanan yang ada di celah gigi dan gusi. Ia merembeskan asid dan sulfur sehingga menjadi punca mulut korang berbau. Sendawa yang berbau busuk berpunca daripada bakteria jahat ini. Ambil makanan yang kaya dengan probiotik misalnya yogurt bagi tujuan menyingkirkan bakteria jahat yang ada di dalam usus.
2. Air liur
Air liur yang kurang boleh menyebabkan mulut menjadi kering. Misalnya ketika tidur, penghasilan air liur menjadi kurang dan apabila bangun pagi, mulut akan berbau busuk. Air liur mengandungi protein yang dipanggil amilase, berfungsi menukarkan gula kompleks ke dalam bentuk yang mudah. Walaupun gula kompleks tidak rasa manis, amilase akan menukarkannya menjadi gabungan rasa pada lidah.
3. Resdung
Radang di bahagian hidung yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria boleh menghasilkan bau busuk apabila menarik nafas akibat kehadiran mukus atau nanah. Jika korang alami tonsil bengkak, juga boleh menyebabkan masalah mulut dan nafas berbau.
Ads
Tip hilangkan mulut berbau
1. Gosok gigi dua atau tiga kali sehari
Biasanya kita akan mandi dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan malam. Jadi jangan malas menggosok jika selepas mandi. Gosoklah gigi dengan betul dan tidak terlalu kuat untuk mengelakkan pecahan enamel gigi. Ketika menggosok gigi, jangan lupa membersihkan lidah.
2. Amalkan berkumur selepas makan
Biasakan diri berkumur mulut selepas makan atau minum supaya sisa-sisa makanan atau minuman tidak melekatkan di celah-celah gigi. Korang juga digalakkan untuk menggosok gigi setiap kali selepas makan dan sebelum tidur.
3. Gunakan flos dan cecair kumur berflorida
Lakukan flos sekurang-kurangnya sehari sekali terutamanya sebelum tidur. Gunakan cecair kumur yang mengandungi florida (elak yang mengandungi alkohol) supaya dapat mencegah karies gigi pada bahagian gigi yang sukar dicapai oleh berus gigi.
Ads
4. Elak makan makanan berbau
Kurangkan pengambilan makanan manis dan makanan berbau seperti durian, bawang putih atau bawang merah bagi mengelakkan nafas berbau. Makanan masam juga patut korang elakkan kerana ia mengandungi pH rendah yang membuat gigi mudah rapuh dan menjadi ‘lembut’.
Amalkan pengambilan yogurt dan sayur-sayuran berwarna hijau gelap yang kaya dengan kalsium. Kalsium akan menguatkan gigi sekali gus mengurangkan risiko kerosakan gigi yang menyebabkan mulut berbau.
5. Minum banyak air kosong
Air kosong sememangnya banyak manfaat. Selain baik untuk kesihatan, pengambilan air kosong lapan gelas sehari boleh mencegah masalah mulut berbau.
Ads
6. Kerap buat pemeriksaan gigi
Orang dewasa digalakkan membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kanak-kanak pula boleh diperkenalkan dengan rutin pemeriksaan gigi bermula usia dua tahun. Pendedahan tentang penjagaan gigi dan gusi di awal usia adalah lebih baik bagi mencegah gigi rosak.
7. Gigi hanya untuk mengunyah
Elak menggunakan gigi sebagai alat untuk korang membuka bungkusan makanan ringan atau botol. Gigi hanya dikhaskan untuk mengunyah makanan sahaja. Aktiviti seperti mengunyah gula-gula getah juga boleh membantu mengelakkan nafas berbau.
8. Berhenti merokok
Merokok adalah salah satu punca mulut berbau dan gigi di bahagian dalam menjadi kehitaman jika tidak dirawat. Ia juga boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti barah mulut, jangkitan paru-paru atau masalah berkaitan jantung.
9. Amalkan petua tradisi
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang membantu menghilangkan masalah mulut berbau. Caranya, kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Buang hampasnya dan telan airnya. Amalan menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria yang menjadi punca nafas berbau sebanyak 50 peratus berbanding orang yang tidak menghisapnya.
Cara lain, korang boleh minum air teh hijau atau air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bulan puasa bakal meninggalkan kita. Namun bila tiba hari raya pelbagai juadah yang menanti selera.
Inilah cabaran yang cukup besar buat kita semua. Namun jika anda ada disiplin dan pandai membahagikan protion makan ia dapat dielakkan. Anda juga perlu bersedia untuk melakukan senaman selepas raya juga!
Untuk memudahkan anda memberikan fokus senaman yang lebih baik MASKULIN kongsikan 6 tempat lemak badan berkumpul yang mudah untuk anda sikngkirkan apabila melakukan senaman dan berdiet.
1. Lemak Penuh Bahagian Atas Badan
Punca: Lemak ini terkumpul apabila anda mengambil banyak kalori tapi kurang melakukan aktiviti untuk membakarnya. Jadi, punca utama adalah anda terlebih makan tapi tak bersenam atau kurang aktif.
Cara untuk hilangkan
Lakukan senaman aerobik, berjalan, berlari atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Berhenti mengambil gula.
2. Lemak Pada Bahagian Bawah Abdomen
Antara punca lemak berkumpul pada bahagian bawah abadomen adalah kerana tekanan, depresi dan juga kerisauan yang melampau (bahasa saintifiknya anxiety).
Cara nak hilangkan
Elakkan rasa stres dan belajar untuk relaks. Hormon stres membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut, jadi adalah lebih baik kalau anda lakukan medisasi atau buat senaman pernafasan
Minum teh hijau. Tapi bukan teh hijau yang bercampur susu. Teh hijau herba adalah cara terbaik untuk bertenang apabila korang memerlukannya
Punca: Salah satu punca kenapa paha anda besar adalah disebabkan lebihan gluten didalam diet.
Cara nak hilangkan
Berjalan turun naik tangga. Aktiviti tersebut boleh membakar lemak yang terkumpul pada bahagian paha anda.
Jangan skip sarapan pagi. Kalau anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan rasa sangat lapar apabila sampai waktu tengahari atau petang anda akan makan lebih banyak.
4. Perut Buncit
Punca: Pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat melebih boleh membuatkan perut anda membesar.
Cara nak hilangkan
Kurangkan pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat dan lebih baik berhenti terus.
5. Lemak Badan Rendah (termasuk kaki)
Punca: Masalah ini sering dihadapi oleh perempuan yang mempunyai masalah urat atau sewaktu mengandung, apabila ketika itu kaki mereka membengkak.
Cara untuk hilangkan
Kurangkan makanan masin kerana makanan masin boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
Jangan duduk tanpa sebarang gerakan untuk lebih 30 minit. Cuba untuk berdiri dan berjalan secara kerap.
6. Perut Besar dengan Lemak Pada Bahagian Atas/Belakang Badan
Punca: Lemak ini terjadi disebabkan korang kurang aktif. Jadi, tiada cara lain melainkan korang kena start bersenam segera sekiranya perut dan lemak tersebut mengganggu korang.
Cara untuk hilangkan
Dapatkan tidur yang cukup. Kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan perubahan pada hormon dan meningkatkan selera makan dan menyebabkan berat badan korang bertambah
Makan makanan yang kaya dengan fiber
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan terkejut jika sekiranya ramai wanita di luar sana yang tergila-gilakan lelaki berbulu dada. Ramai wanita yang mengatakan lelaki yang berbulu dada ni seksi, menawan dan mempunyai ciri maskulin yang sejati.
#1 Sukar Untuk ‘Berpeluh’
Kenapa lelaki yang berbulu dada sukar untuk berpeluh? Sebenarnya, bulu-bulu di bahagan dada mereka telah menyembunyikan kehadiran peluh supaya tidak jelas kelihatan.
#2 Tidak Dijangkiti Panau & Penyakit Kulit
Kulit yang dilindungi dengan bulu dada menyebabkan peluang untuk lelaki itu dijangkiti oleh apa-apa penyakit kulit sangat berkurangan. Sekirany anda tidak percaya, cuba lihat pada bahagian ketiak anda. Pernahkah bahagian ini dijangkiti penyakit kurap ataupun panau?
# 3 Meningkatkan Hormon Testosteron
Apa benar dakwaan ini?Berdasarkan kajian dari Nida Chammas, perunding endocrinologist di Hospital Churchill menyatakan leleki berbulu dada merupakan penanda aras kepada kesihatan hormon testosteron mereka. Bukanlah bermaksud lelaki yang tidak berbulu dada tidak sihat paras hormonnya. Namun, lelaki berbulu dada reseptor di kulit mereka adalah lebih responsif kepda sentuhan.
#4 Nampak Kejantanan
Mereka yang memiliki bulu dada terbukti adalah lelaki tulen. Ini kerana, bulu dada selalunya hanya dimiliki oleh lelaki sahaja. Jika terdapat perempuan yang memiliki bulu dada selebat bulu dada lelaki, ia bermaksud perempuan itu adalah sotong atapun separa-wanita.
#5 Pelindung Wanita
Lelaki yang memiliki bulu dada dikatakan menjadi pelindung kepada wanita. Banyak perempuan yang suka dengan lelaki yang dadanya berbulu kerana menganggap bulu dada lelaki itu boleh memberi kasih sayang yang diinginkan. Ada juga yang beranggapan bulu dada boleh membawa rezeki kepada pasangan suami isteri itu jika suami berbulu dadanya.
#6 Lebih Bijak
Kajian daripada Dr Aikarakudy Alias, Seorang pakar psikiatri Amerika Syarikat, mendakwa lelaki berbulu dada banyak dijumpai dikalangan doktor berbanding penduduk umum. Dia juga mendapati 45% daripada doktor lelaki adalah ‘berbulu’ berbanding kurang daripada 10 peratus lelaki secara umumnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tauge amat popular rakyat Malaysia dalam penambah rasa dalam masakan kerana tanpanya masakan pasti rasa kurang enak. Banyak sebenarnya kebaikan taugeh ni terutamanya buat golongan lelaki. Tauge, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki.
Ini 6 kebaikan sayur tauge yang ramai tidak tahu!
Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza.
1. Cegah Kanser
Tauge yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Kuatkan Sperma Lelaki
Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian. Saponi di dalam tauge akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Awet Muda
Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
Jadi selepas membaca khasiat tauge ni lepas ni nak tak asingkan lagi tauge ni daripada mee goreng anda? Telan jerklah fikirkan khasiatnya terutama sekali “lebih muda”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.