Tolong Alert! Kalau Nak Bentuk Badan Sasa, Elak Buat 4 Kesalahan Ini Masa Workout

Share

Jangan lakukan kesalahan masa workout jika anda nak dapatkan bentuk badan sasa. Apabila anda melakukan workout dengan teknik yang betul, ia dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan.

Kini ramai anak muda melakukan workout untuk mendapatkan bentuk badan sasa. Workout yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti mendatangkan pelbagai faedah seperti meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan risiko kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan sebagainya.

Workout itu bagus tetapi haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu ketika melakukan latihan. Bukan sekadar melakukan workout, anda juga perlu ketahui langkah yang betul.

Ramai yang melakukan kesalahan ketika workout kerana anda terlepas pandang. Perhatikan 4 kesalahan ini dan jangan sesekali buat. Kalau tak susahlah bentuk badan nak sasa.

1. Tidak belajar teknik asas daripada pakar

Ramai lelaki yang buat workout tidak mengamalkan teknik yang betul. Ini terjadi apabila mereka melakukan latihan tanpa bimbingan daripada pakar kecergasan bertauliah. Workout dengan hanya mendapatkan ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai.

Malah ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan (limitation) dan sebagainya. Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan.

Oleh itu, melakukan workout dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam. Malah jika anda melakukan teknik yang salah, ia akan mengakibatkan berlakunya kecederaan serta membuang masa dan tenaga.

2. Tidak buat pemanasan badan dan regangan

Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan workout bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal.

Manakala regangan pula dilakukan selepas workout bagi tujuan untuk mengembalikan otot dan sendi pada kondisi asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan dan memaksimumkan prestasi workout, selain mengurangkan risiko berlakunya kecederaan.

3. Tak ambil makanan & minuman berkhasiat

Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk workout tidak kira di gym atau taman rekreasi. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum melakukan workout. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak tersebut akan menentukan prestasi kereta anda.

Sama seperti tubuh, anda memerlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi manakala minuman isotonik pula membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa workout.

4. Tidak mempelbagaikan pergerakan

Bagi anda yang inginkan bentuk badan sasa dan solid, amat digalakkan untuk anda mempelbagaikan penggunaan alatan workout. Bagi yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh anda akan lambat terbentuk.

Ini menjadikan tubuh badan kaku terutama bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box. Apabila anda mempelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding lelaki yang hanya melakukan latihan asas dan mengangkat dumbbell sahaja.

Published by
Ruziana Zainal