Sempena perayaan Hari Krismas 2024, Kerajaan Malaysia sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyantuni rakyat dengan menawarkan tol percuma untuk kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian).
Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan aspirasi “MADANI di hati, Rakyat Disantuni” tetapi juga menonjolkan semangat perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya, dan agama.
Pengecualian tol ini bermula tepat jam 12:01 tengah malam, 23 Disember 2024 (Isnin) dan berakhir pada 11:59 malam, 24 Disember 2024 (Selasa). Ia bertujuan memberi peluang kepada semua rakyat untuk merayakan Krismas dengan lebih gembira, terutamanya mereka yang beragama Kristian.
Dengan anggaran implikasi kewangan RM38 juta untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol, langkah ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan keselesaan dan kebahagiaan rakyat menjadi keutamaan.
Bagi memastikan pengalaman perjalanan lancar dan selamat, berikut adalah beberapa tips penting untuk dimanfaatkan semasa tempoh tol percuma ini:
Penunggang motosikal diingatkan untuk berhenti rehat di tempat teduhan yang telah disediakan di sepanjang lebuh raya.
Keselamatan perlu diutamakan, terutama semasa trafik tinggi dan ketika menghampiri laluan Smart Lane yang diaktifkan.
Tol percuma sempena Hari Krismas ini bukan sahaja memudahkan perjalanan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan taulan.
Selamat memanfaatkan pemberian tol percuma ini. Pandu dengan cermat, patuhi undang-undang jalan raya, dan semoga anda selamat tiba ke destinasi dengan penuh keceriaan Krismas.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: RTM, Lebuhraya Pantai Timur