
Selain barisan produk teknologi hijau, Honda Motors Co Ltd turut mempamerkan motor modifikasi bagi pasaran Jepun di Tokyo Motor Show (TMS) 2017.
Salah satu model yang menarik perhatian pengunjung ialah motosikal sport Honda CBR 250RR versi kustom.
Jentera yang didakwa memiliki DNA perlumbaan itu mendapat sentuhan modifikasi yang berbeza daripada versi standard. Bagaimanapun bahagian mekanikal dikatakan masih sama yang mana mempertaruhkan enjin 250cc dengan kuasa 38.7PS dan tork 23.3Nm.
BACA>>>>>SETAHUN DI PASARAN: CBR 250RR TAMPIL DENGAN EDISI KHAS
Pihak Honda memilih warna putih bagi badan CBR 250RR berkenaan. Ia kemudian dipadankan dengan jalur merah di beberapa bahagian bagi menyerlahkan ciri perlumbaan.
Bahagian rim turut menerima semburan cat putih yang kemudian dipadankan dengan tayar perlumbaan. Melengkapkan imej tersebut, Honda memilih ekzos Akrapovic.
CBR250RR kustom itu turut menerima lampu depan LED bersama perincian merah yang menjadikan pandangan depan lebih agresif. Secara keseluruhan, model tersebut sama dengan CBR 250RR di pasaran selain tawaran pad tangki dan kemasan gentian karbon pada fender belakang.
Jentera berkenaan menggunakan suspensi USD di depan dan Pro-Link monoshock di belakangnya.
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Elak Bateri Kereta Jadi ‘Kong’ Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Seperti mana yang kita tahu, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun dilanjutkan sehingga 14 April oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Perjuangan barisan hadapan kita bagi mencegah, membantu dan merawat pesakit wabak Coivd-19 dilihat semakin serius.
Kita sebagai warga bertanggungjawab hanya ada satu perkara sahaja yang boleh dilakukan untuk membantu mereka. Duduk di rumah!
Sepanjang tempoh ini juga menyaksikan anda terutamanya sebagai ketua keluarga pasti akan terpaksa keluar sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membeli barang keperluan.
Bila lama berada di rumah kereta pun pasti lama tidak dihidupkan. Sebenarnya anda usah biarkan kereta tersadai begitu sahaja.
Bagi mengelakkan bateri menjadi ‘kong’ anda perlu menghidupkan kereta sekurang-kurangnya selama 15 hingga 20 minit setiap tujuh hari.
KOMPONEN PENTING
Antara komponen kereta yang kita sangka sangat simple tapi bila ia rosak memang boleh buat kita rasa nak hempuk kepala sendiri adalah bateri.
Bayangkan anda nak cepat tapi bila kereta dihidupkan ia tak mahu hidup. Bila dipulas kunci akan keluar bunyi pelik.
Itu maknanya bateri anda telah kong atau rosak! Sebagai pemilik kenderaan anda harus sentiasa menjaga dan servis bateri kereta setiap masa.
Jadi apa fungsi bateri kereta? Dalam bahasa mudah ia membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Selain itu ia juga menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi.

Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.
Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :
- Sel kering
- Sel basah
Ikuti tip yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta:
Periksa Aras Air Bateri
Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri maintenance free. Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa. Cecair yang kurang dalam bateri dalam masa yang panjang akan mengakibatkan tempoh hayat bateri pendek daripada yang sepatutnya.
Pastikan air bateri mencapai tahap bawah sedikit dari maksimum. Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.
Bersihkan Terminal Bateri
Setiap bateri akan mempunyai terminal postif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan. Ini kerena keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan.
Cara untuk membersihkan terminal bateri;
- Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.
- Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat.
- Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid.
- Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.
Sapukan Gris Tahan Panas
Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat.
Pasang Voltmeter
Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi. Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri.
Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat,namun ianya pasti memudahkan anda.
CIRI-CIRI BATERI KERETA YANG BAIK
- Bateri kereta dicas secukupnya
- Umur bateri bertahan lama
- Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal
- Tiada perlukan kerap menambah air suling
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Stereng Terasa Berat & Berbunyi Bila Membelok, Jangan Biar Lama Itu Boleh Bawa Masalah Besar!

Kita bersyukur kerana rata-rata kereta pada masa kini dilengkapi dengan teknologi power steering. Berbeza dengan kereta lama yang tidak dilengkapi teknologi ini. Lihatlah orang dulu-dulu pandu kereta memang bekerja keras bila nak membelok dalam keadaan pegun.
Kalau kereta lama terasa berat bila membelok itu perkara biasa. Tapi kalau kereta baru yang lengkap dengan power steering terasa berat, itu petanda masalah besar!
Apabila kondisi seperti ini berlaku itu bermakna sistem steering kereta anda mempunyai masalah. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis punca yang menyebabkan stereng terasa berat dan lebuh teruk mengeluarkan bunyi apabila membelok.
KEBOCORAN POWER STERENG PUMP
Kebocoran pada pump atau tersumbat menyebabkan stereng menjadi berat, bunyi bising seperti besi bergeser dan berdengung ketika sedang bergerak
STERENG RACK BERMASALAH
Kedengaran bunyi ‘kelekuk kelekuk’, stereng menjadi lebih berat dari biasa dan kadangkalanya seperti tersangkut sangkut ketika membelok.

TIE ROD END
Bunyi ‘kuk kuk’ sekitar kawasan tayar dan dapat dirasai ketika memegang stereng, biasa akan dengar jelas ketika melalui jalan yg x rata atau berlekuk, juga ketika membelok
RACK END
Stereng menjadi semakin ringan, mudah tersasar ketika bergerak dan allinment tidak sekata walaupun sering lakukan allignment
HOS BOCOR ATAU REPUT
Kebocoran atau mereput (faktor wear & tear)
BUNYI BERDENGUNG
Kekurangan minyak di botol simpanan power stereng
Sebagai pemandu dan pemilik kereta anda perlu tahu akan risiko jika berlakunya kerosakan pada sistem power steering. Kegagalan sistem power stereng ini boleh menyebabkan kemalangan yang serius. Jadi untuk elak perkara ini berlaku, pentingnya untuk lakukan pemeriksaan dan servis power stereng secara ‘Preventive Maintenance’ seperti:
- Tukar minyak dan servis sistem power stereng setiap 40,000km
- Tambahkan penyejuk (oil cooler) pada sistem untuk sesetengah model kereta
- Elakkan kerap memusing stereng sehingga maksimum kecuali perlu supaya tie rod end tahan lama
- Elakkan hentakan mengejut terutama melangar lubang kerana ianya mampu merosakkan tie rod end dan stereng rack
- Tukar hos paip dan o ring setiap 60,000km
- Tukar boot getak rack end setiap 100,000 untuk mengelakkan dari koyak dan dimasuki kotoran bendasing spt pasir yg mampu merosakkan stereng rack
- Lakukan allignment setiap 10,000km dan lakukan pemeriksaan untuk mengelakkan apa apa kerosakan yang tidak disedari
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Kredit: AutoHaus KL Puncank Jalil
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
#TMS2017: KAWASAKI NINJA 250 2018 LEBIH BERKUASA DARIPADA HONDA CBR 250RR

Pendedahan model Kawasaki Ninja 250 2018 di Tokyo Motor Show (TMS) 2017 membawa satu evolusi perubahan dengan imej lebih agresif dan gaya tunggangan yang sporty.
Akhirnya kemunculan model tersebut di reruai Kawasaki menjawab penantian pencinta motosikal segmen berkenaan.
Masih tiada lagi informasi terperinci didedahkan, Ninja 250 tersebut difahamkan lebih besar berbanding model sedia ada, bahkan beratnya juga lebih ringan iaitu 167kg.
Menerusi penglihatan mata kasar, model tersebut menampilkan lampu depan baharu dengan ciri LED bersama penambahan lips spoiler pada bahagian bawah lampu utama.
Tarikan garis tegas mendominasi setiap bahagian badan Ninja 250 bersama lekuk fairing baharu. Seolah diinspirasikan menerusi Ninja H2. Bahkan fender depan juga kini didatangkan dengan lubang di kiri dan kanan.
Pereka Kawasaki juga mengambil langkah bijak menerusi keseimbangan warna. Sebagai contoh paduan warna krom pada varian berwarna hijau dan merah pada varian berwarna hitam.
Sementara, bahagian belakang tampil lebih muda menerusi pelindung ekzos yang meningkatkan imej Ninja 250 bersama lampu berhenti LED.
Sayangnya suspensi depan masih mempertaruhkan teleskopik dan tidak memilih suspensi USD.
Menerusi informasi ringkas dimensi Kawasaki Ninja 250 2018 memiliki panjang 1990 mm, lebar 710 mm dan tinggi 1120 mm serta tangki bersaiz 14 liter.
Soal mekanikal, Ninja 250 2018 menggunakan enjin bersesaran 249 cc twin inline yang mampu menghasilkan tenaga 38.4 hp pada 12,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 10,000 rpm. Enjin itu lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya.
Foto Kredit: Zigwheels
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI