Bagi penggemar sukan lasak, program televisyen seperti ‘Ninja Warrior’ pastinya tidak asing lagi. Program yang menyerlahkan pelbagai aksi fizikal merentasi halangan yang sangat sukar tersebut sebenarnya berasal dari Jepun dan dikenali dengan nama ‘Sasuke’.
Di Jepun sendiri program tersebut telah cukup lama bertahan sejak ia mula diperkenalkan pada tahu 1997. Dan kini ia dkenali sebagai program cabaran lasak paling popular di dunia.
Melengkapkan kesemua peringkat cabaran menerusi program ini bagaikan satu perkara yang mustahil. Hanya segelintir atlet profesional yang mahir dan mempunyai kemampuan serta ketahanan fizikal sahaja pernah berjaya menekan loceng penamat.
Atlet dari pelbagai latar belakang sukan telah menyahut cabaran ‘Ninja Warrior’. Dan kebanyakannya, walaupun semangat penuh berkobar-kobar telah tumpas di pertengahan cabaran.
Foto: Ninja Warrior
Akan tetapi terdapat juga atlet yang mendedikasinya diri mereka sepenuhnya terhadap ‘Ninja Warrior’ dan melakukan persediaan serta senaman yang spesifik untuk melengkapkan kesemua peringkat.
Ingin tahu apakah bentuk senaman yang mereka lakukan? Berikut MASKULIN kongsikan beberapa rutin senaman yang dilakukan oleh atlet Ninja Warrior profesional. Jika anda ingin badan yang berstamuna tinggi dan memiliki ketahanan fizikal luar biasa, boleh cuba lakukan senaman ini!
Ads
Pertama sekali, lakukan rutin ini dalam 4 hingga 6 hari seminggu. Pastikan ada sekurang-kurangnya 1 hari untuk anda berehat.
RUTIN WORKOUT NINJA WARRIOR
Alternate Jump Lunge
Lakukan senaman ini sebanyak 4 set dengan 30 reps untuk setiap kaki. Untuk selang bagi reps, rehat selama kira-kira 30 saat.
Ads
Wide Grip Pull
Senaman menggunakan pullup bar ini dilakukan sebanyak 4 set dengan 12 reps. Rehat selama 30 saat untuk selang masa.
Hanging Leg Raise
Juga senaman yang menggunakan pullup bar. Lakukan sebanyak 4 set dengan setiap satunya 15 reps. Rehat selamg masa selama 30 saat.
Handstand Pushup
Senaman yang agak mencabar dan hanya boleh dilakukan jika anda ada skil keseimbangan badan yang baik. Buat sebanyak 4 set dengan 14 reps. Rehat kira-kira 30 saat.
Ads
Burpee With Tuck Jump
Akhir sekali senaman yang agak mencabar terutamanya di bahagian abdomen. Lakukan sebanyak 4 set dengan 15 reps.
Selamat mencuba.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video senaman menarik seperti di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=LPJ9C_6glZw
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Meskipun sudah berusia 56 tahun, vokalis kumpulan rock Spring, Ameng masih kekal aktif dengan bersenam setiap hari.
Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail beliau mampu menguatkan semangat untuk kekal disiplin bersenam setiap hari demi menjaga kesihatan semampunya.
“Satu hari nanti bila kita dah sakit, bila kita ke hospital, doktor pasti suruh kita bersenam,” katanya kepada Maskulin.
Lambat laun, pasti dirinya juga akan dinasihatkan untuk bersenam sama ada dilakukan sendiri ataupun melalui rawatan fisiologi di hospital, ujarnya.
“Jadi saya fikir sebelum orang suruh, baik saya buat dulu”.
Tambah Ameng, sekurang-kurangnya beliau sendiri sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan diri dari pelbagai sudut kemampuannya.
Jika ditakdirkan ditimpa sebarang penyakit kelak, itu semua di luar batas kemampuannya dan bukannya gara-gara beliau tidak berusaha.
Dahulu Bersenam Bersama Datuk Awie
Ameng yang ditemui Maskulin di sidang media Konsert Rock Legenda Berzaman itu juga berkongsi yang pada awalnya beliau mula aktif bersenam bersama Datuk Awie.
“Masa tu Awie kan membina badan. Saya ikut dia masa itu,” kongsinya.
Bagaimanapun, Datuk Awie tidak meneruskan aktiviti itu selepas mengalami masalah kesihatan.
“Tapi saya masih teruskan. Bersenam ini sudah menjadi rutin hidup saya,” katanya lagi.
@maskulinmyBaru sikit je mereka belanja, dah terikut nak nyanyi sekali. Nak dengar lebih lagi, nantikan Konsert Legenda Rock Berzaman pada 3 Mac hadapan di mana sembilan legenda rock tanah air dihimpunkan di atas satu pentas. #konsertlegendarockberzaman #rockkapak #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman tekan tubi memang banyak manfaatnya. Selain menjadikan lengan mantap, senaman tekan tubi juga boleh membentuk otot dada tegap tanpa anda perlu menggunakan sebarang alatan senaman.
Senaman ini merupakan antara senaman yang boleh anda lakukan di mana saja. Dengan bantuan senaman tekan tubi membuatkan penampilan anda nampak lebih macho apabila miliki otot dada tegap.
Ingin dapatkan otot dada tegap, pastikan anda buat 5 senaman tekan tubi ini.
Trik pertama dapatkan otot dada bidang adalah melakukan gerakan wide grip push-ups secara rutin. Gerakan yang memfokuskan latihan pada keseluruhan otot dada ini mampu dilakukan dengan cara memposisikan badan seperti akan melakukan push-ups biasa. Kemudian gerakkan telapak tangan ke arah tepi hingga lebih lebar dari bahu.
2. Clap push-ups
Gerakan ini bukan sahaja boleh jadikan menjadikan dada nampak bidang, ia juga membantu menambahkan otot lengan. Untuk melakukan gerakan ini, mulai dengan posisi push-ups seperti biasa. Ketika tubuh berada pada posisi push, lakukan ups dengan tekanan kuat ke lantai sehingga tangan terlepas dari lantai, lalu tepukan tangan sebelum kembali pada posisi asal.
3. Spiderman push-ups
Tidak hanya pada dada bidang, gerakan push-ups ini jika dilakukan secara rutin mampu menjadikan otot perut terbentuk dengan rapi. Posisikan tubuh dalam struktur push-ups seperti biasa. Ketika anda berada pada posisi push, bengkokkan sebelah kaki ke tepi perut sehingga lutut sejajar dengan paha. Lakukan gerakan ini secara rutin dengan 30 kiraan untuk permulaan. Anda boleh lakukan 100 kiraan bagi yang sudah pro.
Jika anda inginkan dada bidang tanpa perlu ke gym, lakukan gerakan push-ups ini secara rutin. Gerakan ini turut membantu pembentukan otot perut. Mulakan dengan gerakan push-ups seperti biasa. Ketika anda berada dalam posisi push, bengkokkan lutut hingga mendekati dada.
5. Single leg raised push-ups
Terakhir adalah gerakan single leg raised push-ups. Gerakan ini membantu anda membentuk dada dan otot di bahagian atas tubuh dengan baik tanpa perlu ke gym. Cara melakukan gerakan ini sangat mudah. Posisikan tubuh anda seperti anda melakukan push-ups normal. Setelah itu, lakukan push-ups sambil sebelah kaki diangkat ke atas. Lakukan gerakan ini secara rutin setiap hari agar anda mendapatkan otot dada tegap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melakukan larian jarak jauh seperti half-maraton atau maraton penuh merupakan satu cabaran paling tinggi seseorang yang aktif berlari boleh lakukan.
Ia bukanlah satu perkara yang senang dan mudah untuk dilakukan. Malah ia bolehlah dianggap mustahil kepada sesiapa yang tiada latihan, stamina dan tahap kecergasan yang cemerlang.
Namun ia tidaklah mustahil untuk dilakukan!
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 tip bagaimana untuk melakukan larian jarak jauh atau maraton dengan berjaya.
Latihan Konsisten
Pastikan anda berlatih secara konsisten. Jangan cuba terus melompat atau berpindah melakukan latihan intensif jika anda tidak melakukannya selama beberapa bulan.
Pemakanan Sihat
Pastikan anda makan makanan yang sihat dan bernutrisi untuk memberi tenaga untuk membantu melakukan latihan sempurna serta menjaga kesihatan diri.
Air Mencukupi
Minum air yang cukup sepanjang hari, dan juga sebelum dan semasa larian untuk mengelakkan dehidrasi.
Jangan lupakan kepentingan tidur yang cukup, kerana ia dapat membantu tubuh anda pulih dan memulihkan diri selepas latihan.
Kenal Pasti Matlamat
Ada baiknya untuk menetapkan matlamat yang jelas dan realistik dalam larian marathon anda.
Konsentrasi Pernafasan
Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa berlari, ini akan membantu anda mengawal nafas anda dan mengekalkan keseimbangan semasa larian.
Pemanasan dan Penyejukan
Pastikan anda mengambil masa yang mencukupi untuk memanaskan dan menyejukkan badan sebelum dan selepas larian.
Pilihan Pakaian
Uji pakaian anda semasa latihan untuk memastikan keselesaan dan meminimumkan kemungkinan ketidakselesaan pada hari larian.
Jangan Terlalu Bersemangat
Jangan terlalu cepat memulakan larian anda, bermula dengan laju yang sederhana dan konsisten untuk mengelakkan keletihan awal.
Konsisten & Kekalkan Semangat
Larian jarak jauh dan marathon adalah cabaran yang besar. Jadi kesabaran itu sangat penting dan menjadi kunci kejayaan. Ingat bahawa hasil yang baik memerlukan usaha yang berterusan dan ketabahan.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.