Tiroid Boleh Serang Anda Jika Kerap Makan Makanan Ini

Share

Tiroid merupakan kelenjar berbentuk kupu-kupu kecil di bahagian dalam depan leher anda. Ia mengawal hormon dan metabolisme anda. Masalah yang paling umum adalah hipotiroidisme, dimana tiroid ini tidak aktif yang membawa kepada keletihan yang melampau, kemurungan, dan peningkatan berat badan. Ia juga boleh meningkatkan risiko anda untuk penyakit jantung, diabetes, dan beberapa jenis kanser.

 

Secara keseluruhannya anda tidak dapat mengawal hipotiroidisme dari menghampiri anda, untuk itu ramai pakar mengesyorkan berikutan pemakanan berkhasiat dan memuatkan pelbagai nutrien. Di Malaysia saja sudah ramai pesakit tiroid yang memiliki sakit ini tanpa disedari. Ini berikutan kerana makanan yang anda makan itu tidak sihat dan boleh mengaktifkan fungsi tiroid pada leher anda.

 

Brokoli

Sayur yang boleh dimakan secara rebus seperti brokoli, bayam, -sangat baik untuk anda, tetapi anda tidak boleh makan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan tiroid . Sayuran ini mengandungi goitrogens, yang boleh memburukkan hypothyroidism, menurut Jurnal Penyelidikan Perubatan India, di dalam artikel Eat This Not That.

Lebih dinasihati adalah dengan makan kesemua jenis sayur-sayuran ini secara masak kerana Goitrogen tidak begitu aktif jika ia sudah dimasak. Goitrogen adalah bahan yang mengganggu pengeluaran hormon tiroid dengan mengganggu pengambilan iodin dalam kelenjar tiroid. Ini mencetuskan hipofisis untuk membebaskan hormon tiroid-stimulasi (TSH), yang kemudiannya menggalakkan pertumbuhan tisu tiroid, yang akhirnya menyebabkan goiter. Jadi, hati-hati apabila memilih pemakanan jenis sayur-sayuran. Dalam pada masa yang sama, elak dari makan ulam dengan kerap, kerana ia juga membantu mengaktifkan tiroid .

 

Pencuci mulut

Menjauhkan diri dari makan manisan seperti kek, ais krim mahupun coklat merupakan perkara yang sukar untuk dilakukan jika anda seorang ‘desert lover’. Namun, begitulah kehidupan. Makanan yang sedap dan lazat biasanya tidak mempunyai khasiat yang bagus. Ini kerana mengehadkan pengambilan gula juga boleh membantu mengurangkan keradangan yang menjadi penyebab utama penyakit kronik dalam tubuh. Banyak kajian menunjukkan keradangan mikrobiologi dalam badan anda melemahkan tindak balas imun yang akan penyebaran kanser tiroid secara berleluasa.

 

Roti, Pasta dan bijirin

Anda yang mempunyai penyakit Celiac tidak boleh bertolak ansur dengan gluten yang terdapat di banyak barangan bakar, pasta dan bijirin sering mempunyai tiroiditis Hashimoto, dan sebaliknya. Penyakit Hashimoto adalah autoimun di mana sistem imun anda menyerang tiroid anda. Hashimoto kini menjadi penyakit autoimun yang paling sering dimiliki oleh orang ramai, menurut kajian Mei 2017 dalam jurnal Endocrine Connections.

 

Makanan yang dipanaskan di Plastik

Gemar makan On The Go kan? Berfikirlah dua kali sebelum memanaskan semula mangkuk plastik makan malam yang telah anda beku itu dalam bekas yang anda beli terus dari kedai. Adalah lebih baik jika anda letakkannya di atas pinggan atau dalam mangkuk yang diperbuat daripada seramik seperti tulang china, stoneware, porselin atau tembikar kaca. Tiroid anda adalah sebahagian daripada sistem endokrin anda, dan anda boleh mengaktifkannya dengan memanaskan makanan dalam plastik. Banyak produk plastik sehari-hari, termasuk botol, makanan, dan bekas dengan BPA bertindak untuk mengktifkan fungsi endokrin yang berlaku secara semula jadi dalam badan, seperti hormon tiroid.

 

 

 

Published by
Maiya Deen