Pejam celik, tahun 2020 sudah pun memasuki bulan yang terakhir. Inilah tahun di mana ramai di antara kita semua cukup terkesan dengan penularan pandemik yang berlaku. Berlabuhnya tirai tahun ini tidak bermakna segalanya perlu terhenti begitu sahaja. Begitu juga dengan industri automotif yang menjadi salah satu cabang yang menjana ekonomi negara.
Sebagai signifukan berlabuhnya tirai tahun 2020, BMW Malaysia memperkenalkan kempen terbaharu bagi portfolio BMW M berprestasi tinggi. Ia dimulakan dengan pratempahan bagi jentera BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé yang baharu. Kedua-duanya model ikonik yang dinanti-nantikan daripada pengeluar kenderaan premium ini.
Jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, “Sanjungan ke atas M, seperti yang dilihat melalui perungkaian barisan kenderaan M yang terkini, mempamerkan jiwa keterujaan pemanduan yang dikendong oleh para pemilik jenama BMW.
Menerusi pengenalan BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé baharu, kami berhasrat untuk terus memastikan semangat peminat portfolio BMW M terus berkobar di Malaysia. Kedua-dua jentera ini menyerlahkan kepakaran sukan permotoran serta pendekatan kami yang mementingkan praktikaliti dan keselesaan yang bertaraf tertinggi.”
Tahun ini, BMW Malaysia telah memacu gagasan penawaran produk bagi portfolio BMW M meskipun industri automotif negara dilatari situasi yang mencabar. Di samping enam model M Performance baharu yang diperkenalkan sepanjang 10 bulan yang lalu, BMW Malaysia juga telah meraikan Hari Malaysia bersama para pemilik BMW M di Malaysia Day Drive.
Semangat patriotik jelas terpancar menerusi barisan kenderaan BMW M berprestasi tinggi yang meniti susur jalan raya Kuala Lumpur, diterajui oleh jentera BMW M4 yang mengenakan gubahan BMW M4 GT4 oleh Chan Wen Bin.
BMW M Secret Garage di Munich, Jerman yang menjadi sebutan ramai juga dapat disaksikan di Malaysia buat pertama kali ketika acara yang berlangsung di M Town pada tahun ini, yang telah merungkaikan BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé baharu, berserta dengan BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition baharu untuk pasaran tempatan.
Pratempahan kini dibuka bagi BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé.
Kedua-dua model baharu ini boleh dipratempah melalui BMW Shop Online mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 pada harga RM5,000 bagi setiap kenderaan. Pakej Inovasi BMW (BMW Innovation Package) juga sedia sebagai pilihan bagi kedua-dua model untuk menawarkan bakal pemilik Pengalaman Pemilikan Premium yang tersendiri.
BACA: Petanda Aci Pemacu Kereta Anda Sudah Rosak, Antaranya Bergegar Ketika Bergerak
Pelanggan juga berpeluang untuk menikmati harga istimewa dan tawaran bagi BMW M3 Competition serta BMW M4 Competition Coupé – selain menjadi antara pemilik pertama untuk menerima kenderaan ini pada tahun 2021.
Anggaran harga bagi model-model ini (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik gaya hidup lelaki terkini. Tirai 2020 hampir berlalu, teruskan menyokong MASKULIN!