Malang memang tak berbau. Kita sebagai manusia memang tak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun jika kesilapan itu sebenarnya boleh dielakkan, pasti ia satu perkara yang cukup mendukacitakan terutamanya bile melibaltkan nyawa.

Pada minggu ini kita dikejutkan sekali lagi dengan kes kematian seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang ditinggalkan di dalam kereta secara tak sengaja. Kelalaian yang sebenarnya boleh dielak mampu menyelamatkan nyawa anak-anak kecil yang perlu dijaga dengan baik.

Bahkan ini bukannya kes asing dan telah berlaku beberapa kali di negara kita. Insiden seperti ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk diri kita sendiri. Namun percayalah ia sebenarnya boleh ditangani dan dielakkan berlaku.

Tips Elak Tragedi Tertinggal Anak Dalam Kereta & Selamatkan Nyawa Mereka
Gambar hiasan

MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada doktor yang cukup terkenal dan berpengaruh di Facebook iaitu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan. Menerusi sebuah entri posting di Facebook beliau berkongsi beberapa tip menarik yang boleh kita semua praktikkan agar tragedi ini tidak berlaku.

Jom kita ikuti tips yantg dikongsikan oleh beliau.


CARA ELAKKAN TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA

Hari ini kita digemparkan lagi dengan berita kes kematian seorang kanak-kanak kerana ditinggalkan di dalam kereta diparkir untuk masa yang lama. Sumber berita: https://goo.gl/DxtWTM

Kes seperti ini kerap berlaku, dan biasanya disebabkan kelalaian ibubapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu tangani kelalaian ini.

Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.

IKLAN

1. KEDUDUKAN CARSEAT

Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). LetLlak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

Tips Elak Tragedi Tertinggal Anak Dalam Kereta & Selamatkan Nyawa Mereka

2. PERIKSA KABIN

Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. PATUNG PERMAINAN

Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

4. BEG DI HADAPAN

Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

IKLAN

5. BARANG PENTING DI BELAKANG

Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut kiri anda di ruangan kaki di belakang jika pandu kereta auto. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

6. GUNA LABEL ATAU TAG

Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

7. PESAN KEPADA SEKOLAH

Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. GUNA APSS REMINDER

Tips Elak Tragedi Tertinggal Anak Dalam Kereta & Selamatkan Nyawa Mereka

Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

IKLAN

9. WAZE

Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Jika anda ada tips lain, boleh kongsikan diruangan komen.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nota : Tak usah membawang. Kita fokus pada penyelesaian. Ikuti saya untuk tips kesihatan dan parenting terkini.


Semoga perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda terutamanya yang memiliki anak atau adik yang masih kecil.

Sama-sama kita mengelak tragedi seperti ini daripada terus berlaku di masa akan datang.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI