Selama ini anda sudah selesa melakukan larian jarak dekat atau sederhana pada 5km atau 10km. Anda merasakan larian pada jarak ini sudah sebati dan terlalu biasa untuk anda. Inilah sebenarnya masa yang terbaik untuk tingkatkan jarak larian dan cabar diri sendiri untuk larian lebih jauh!
Pertambahan jumlah kilometer bukan pada angka semata. Jadi anda harus ingat ia adalah satu cabaran yang cukup rumit dan mencabar. Namun tidak mustahil untuk anda lakukan!
Walaupun anda sudah lama berlari, melakukan larian pada jarak 21km atau 42km memerlukan persediaan yang rapu. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum cuba berlari pada jarak jauh seperti ini.
Anda harus ingat, tanpa persediaan yang baik anda mungkin berdepan kecederaan serius!
JAGA MAKAN
Ambillah makanan sekurang-kurangnya 300 kalori beberapa jam sebelum larian. Untuk beberapa minggu sebelum itu anda boleh cuba beberapa jenis makanan yang boleh memberi tenaga dan bertahan lama. Jika badan anda memerlukan banyak tenaga, makanlah sedikit snek tenaga 30 minit sebelum flag off.
SENTIASA HIDRAT
Mengekalkan kadar hidrasi dalam badan bukan bermula pada awal pagi sebelum larian. Anda sebenarnya boleh mulakan proses hidrasi kira-kira 48 jam sebelum acara bermula. Oleh itu anda juga harus bijak memastikan badan sentiasa terhidrasi sebelum larian. Sebagai contoh anda boleh minum kira-kira 200ml air dua jam sebelum berlari.
PAKAIAN SESUAI
Berlari pada jarak jauh bukanlah sekejap. Badan anda juga akan berpeluh dengan banyak. Dan sepanjang larian juga banyak berlaru pergeseran di antara celah anggota badan dan juga pakaian.
Jangan pakai berlebihan kerana ia boleh tingkatkan dehidrasi. Ingat jangan pakaian stoking, kasut, aksesori dan pakaian baru sebelum larian. Pakailah pakaian yang anda sudah biasa pakai.
PERIKSA LALUAN
Beberapa hari sebelu larian sebaiknya anda periksalah dahulu route larian. Anda perlu tahu bahawa setiap laluan memberikan cabaran berbeza di mana sesetengahnya mempunyai kecuraman berbeza.
Anda juga boleh merancang larian dengan lebih baik bila sudah biasa dengan kondisi laluan.
PANASKAN BADAN
Sebelum flag off, pastikan anda memanaskan badan sekurang-kurangnya 15 minit. Ia diikuti dengan sesi regangan selama 15 minit. Jika anda melakukannya dengan baik badan anda akan lebih bersedia untuk melakukan larian dengan kondisi badan yang sudah alert.
RELAKS & BERNAFAS DENGAN BAIK
Usah terlalu meletakkan tekanan pada diri sendiri. Anda perlu tenang dan kawal degupan jantung agar tidak terlalu berdebar-debar. Perkara terakhir anda ingin lakukan ialah terlalu tergesa-gesa hingga menyebabkan nafas menjadi tercungap-cungap.
JAGA PACING
Kebanyakan orang terutamanya beginner untuk maraton akan berasa sangat teruja. Dan keterujaan itu sebenarnya datang daripada aliran adrenalin yang pantas.
Seperti MASKULIN katakan tadi, apa yang penting ialah melakukan larian yang sesuai dengan pacing sendiri dan tidak terlalu menekan. Letakkan sasaran untuk setiap jarak, sebagai contoh 10 kilometer. Kemudian sambung sasaran seterusnya bagi mengekalkan motivasi diri.
Semoga tip dari MASKULIN kali ini mampu membantu anda mendapatkan larian lebih mantap!
https://www.youtube.com/watch?v=nJdGlV7pSkY
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI