Kebanyakan telefon bimbit mengeluarkan waranti bateri yang dipasang di dalamnya cuma mampu bertahan dengan elok dalam tempoh enam bulan sahaja.

Perkara itu adalah benar namun sebagai pengguna, adalah sesuatu yang merugikan jika anda terlalu kerap mengeluarkan modal tambahan untuk menukar bateri.

Yang penting, anda tahu cara-cara untuk memastikan jangka hayat bateri telefon bimbit anda mampu bertahan lebih lama seperti :

Ads

1. Tutup data internet

Buka data internet anda apabila perlu sahaja. Membiarkan data sentiasa terpasang boleh menyebabkan bateri anda cepat habis. Begitu juga dengan membiarkan lokasi telefon bimbit anda terpasang. Ada baiknya anda matikan juga kerana aplikasinya amat kuat makan bateri.

Ads

2. Matikan plug selepas penuh 100 %

Jika bateri telefon anda sudah mencapai pengecasan penuh sehingga 100 %, terus matikan plug pengecas itu. Membiarkan bateri anda tercas lama-lama selepas penuh memang tidak elok kerana ia mempercepatkan bateri anda cepat rosak.

Ads

3. Tutup telefon sewaktu mengecas

Selain itu, untuk memastikan telefon bimbit anda dapat berfungsi dengan baik dalam tempoh yang lebih lama, tutup telefon anda sewaktu mengecas. Ini kerana ia bukan sahaja dapat merehatkan telefon bimbit anda malah dapat memanjangkan jangka hayat bateri telefon bimbit anda.

4. Gunakan plug berasingan

Selain itu, anda juga digalakkan untuk cas telefon bimbit anda di satu plug yang khas sahaja. Maksudnya, tidak menggunakan extension dan bercampur dengan penggunaan plug yang lain. Tujuannya, untuk mengurangkan risiko lebihan aliran elektrik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI