Migrain merupakan sakit yang sentiasa akan menyebabkan anda berasa tidak selesa sepanjang sakit itu menyerang. Ada segelintir penghidap penyakit ini akan mengalami sakit yang sangat kronik sehingga seseorang bertindak untuk menghentak kepala di dinding. Sakit kepala ini tidaklah selalu datang, namun sekali ia datang, ia pasti akan menyebabkan anda tidak senang duduk. Antara penyebab anda mendapat migrain adalah disebabkan:
Ada beberapa cara alami yang anda boleh gunakan selain daripada mengambil paracetemol sebagai pengawal migrain. Kandungan dadah di dalam ubat-ubatan ini tidaklah menjamin kelegaan berpanjangan. Juga, jika diambil dengan banyak, sistem imunisasi dalam badan anda akan kebal dan ubat dengan dos yang rendah tidak dapat berfungsi lagi.
Gunakan petua zaman atok nenek kita ketika ubat masih lagi tidak dijual di kedai runcit. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Picit bahagian kepala yang rasa sakit. Jangan anda buang kulit limau itu kerana ia boleh digunakan lagi dengan masukkan ke dalam mangkuk yang terisi air bersih, lalu jiruskan ke atas kepala dan badan setelah habis memicit.
Lumurkan minyak panas di atas kepala, tengkuk dan di belakang telinga.
Jika anda rasakan panas, itu tandanya minyak tersebut sedang menyerap masuk ke dalam kulit kepala anda. Ia mungkin bukan penyembuh segera, namun jika anda tidak berasa sakit yang begitu kuat, gunakan minyak panas daripada mengambil ubat.
Bungkuskan ais yang terdapat dalam peti ais anda dengan kain, atau apa saja bahan yang sejuk beku ke atas kepala anda. Kelegaannya memang membantu! Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.
PEMAKANAN
Salah Satu pemakanan yang seringkali menyebabkan anda sakit kepala adalah MSG yang terlampau banyak dalam makanan anda. Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron.
EPAL DAN CUKA EPAL CIDER (APPLE CIDER VINEGAR)
Dua bahan ini sangat membantu untuk anda kurangkan migrain. Ada yang mengatakan bahawa bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Bangun saja anda di pagi hari dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam kemudian sulamkan dengan air masak.
Tak semua air yang dijual di luar tidak mempunyai khasiat tersendiri. Contohnya seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala. Namun, berhati-hati dalam pengambilan, kerana jumlah air yang banyak akan menyebabkan sakit lain yang menyinggah. Ini kerana kandungan gula dan tenaga dalam minuman tersebut sangat tinggi. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.
Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda dalam air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.
Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Buatlah setelah pulang dari pejabat, jangan buat di pejabat, takut rakan kerja anda jatuh pula sebab lantai licin.