Tip Turunkan Berat Badan Sepanjang PKPB, Tak Perlu Pening-Pening Kepala

Share

Mahu diet tetapi susah kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Tak ada masalah, anda boleh juga turunkan berat badan sepanjang PKP ni, cuma janganlah kerap makan sahaja.

Ada banyak lagi aktiviti yang boleh di buat. Keluarkan peluh anda, kerana peluh yang dihasikan juga mampu mengeluarkan toksin dari badan.

Okaylah, tak perlu cakap banyak. Ini beberapa cara anda turunkan berat badan dan boleh diguna pakai sepanjang PKP.

  1. Mulakan dengan mengambil jenis sayur terlebih dahulu kemudian baru lauk. Akhir sekali baru ambil nasi.
  2. Hadkan pengambilan air manis setiap hari. Jika mahu ambil juga, pastikan sebelum pukul 12 tengahari.
  3. Mesti minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  4. Lastly, amalkan makan malam sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur.
  5. Target 10,000 langkah sehari seperti naik tangga dan sebagainya. Jika ingin lebih accurate boleh jugakan apps atau jam tanggan yang boleh detect berepa langkah yang kita ambil seharian.

Cuba kawal diri, jangan terlalu kerap memasuki dapur. Kerana anda akan lebih kerap buka peti ais dan ambil makanan. Namun jika anda benar-benar lapar dan perlukan sesuatu di mulut, ambil lah kekacang atau makanan sihat.

Tahukah anda setiap makanan yang anda ambil itu boleh di bakar dengan pengunaan tenaga?

1 burger = 538 Kalori

2 jam 30 minit berjalan

1 jam 20 minit berlari

English Big Breakfast = 522 kalori

2 jam 30 minit berjalan

1 Jam 15 minit berlari

Ayam goreng 2-3 ketul = 350

1 jam 40 minit berjalan

0 Jam 50 minit berlari

Aiskrim Sunday Chocolate = 457 kalori

2 jam 10 minit berjalan

1 Jam 00 minit berlari

Mee goreng (sepinggan) = 580 kalori

2 jam 45 minit berjalan

1 Jam 20 minit berlari

Nasi lemak dan ayam goreng = 690 kalori

3 jam 30 minit berjalan

1 Jam 40 minit berlari

Roti Canai (Sekeping) = 420 kalori

2 jam 00 minit berjalan

1 Jam 00 minit berlari

Mee rebus = 450 kalori

2 jam 10 minit berjalan

1 Jam 05 minit berlari

Air sirap bandung = 139 kalori

0 jam 40 minit berjalan

0 Jam 20 minit berlari

 

Teh Tarik = 121 kalori

0 jam 35 minit berjalan

0 Jam 20 minit berlari

Kopi = 63 kalori

0 jam 20 minit berjalan

0 Jam 10 minit berlari

Minuman bertin / soda = 137 kalori

0 jam 40 minit berjalan

0 Jam 20 minit berlari

Published by
lany