Tip Turunkan Berat Badan Cepat Dengan ‘Military Diet’, Seminggu Mampu Lenyapkan 5kg

Share

Bercakap tentang ‘military’ apakah perkara pertama yang anda akan bayangkan selain anggota berbadan uniform gagah menjaga keamanan negara? Pastinya banyak berkisar tentang disiplin luar biasa mereka miliki!

Jadi tidak hairanlah mengapa tabiat dan amalan pemakanan yang dikenali dengan ‘military diet’ juga dianggap sedemikian rupa. Sebenarnya ia merupakan sejenis diet yang menggabungkan pengambilan makanan berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu.

Diet ini dikatakan mampu menurunkan berat sehingga 5kg dalam masa 3 hingga 7 hari jika dilakukan dengan plan dan disipluin yang betul. Walau bagaimanapun, ia juga masih lagi bergantung kepada badan seseorang. Ada orang memang jenis sukar nak turun.

Milirary diet juga dikenali dengan diet ‘3 hari’ kerana sesiapa sahaja yang ingin amalkan harus berdisiplin dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu minggu.

Food photo created by artursafronovvvv – www.freepik.com

Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.

Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang.

Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.

Berikut pelan ‘Military Diet’ yang boleh anda lakukan!

HARI PERTAMA

Food photo created by freepik – www.freepik.com

Sarapan Pagi:
Kopi O, 1/2 Grapefruit, 1 keping roti bakar disapu 2 sudu kecil peanut butter.

Makan Tengah Hari:
Air masak/ kopi O, 1/2 tin tuna air dengan sekeping roti

Makan Malam:
3 aun daging atau ikan, 1 mangkuk sayur-sayuran (mentah). 1 biji kecil Apal, 1/2 pisang dan 1 mangkuk aiskrim Vanilla

HARI KEDUA

Background photo created by topntp26 – www.freepik.com

Sarapan Pagi:
Sebiji Telur (jangan campurkan apa-apa). 1/2 pisang atau mana-mana buah-buahan. Sekeping roti.

Makan Tengahari:
1 mangkuk Cottage Cheese, 5 keping biskut masin, sebiji telur rebus.

Makan Malam:
2 ketul hot dog tanpa roti, 1 mangkuk brokoli, 1/2 mangkuk lobak mereh, 1/2 pisang dan 1 mangkuk aiskrim Vanilla.

HARI KETIGA (PENGAMBILAN KETAT KALORI)

Background photo created by KamranAydinov – www.freepik.com

Sarapan Pagi:


1 keping cheddar cheese, 5 keping biskut masin, sebiji epal kecil

Makan Tengah Hari:
Sebiji telur dan sekeping roti kosong

Makan Malam:
1 mangkuk tuna air, 1/2 pisang, dan 1 mangkuk Vanilla aiskrim

Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.

Semoga pelan diet ini mampu membantu ‘fit journey’ anda kepada gaya hidup yang lebih baik!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim