Bercakap tentang ‘military’ apakah perkara pertama yang anda akan bayangkan selain anggota berbadan uniform gagah menjaga keamanan negara? Pastinya banyak berkisar tentang disiplin luar biasa mereka miliki!
Jadi tidak hairanlah mengapa tabiat dan amalan pemakanan yang dikenali dengan ‘military diet’ juga dianggap sedemikian rupa. Sebenarnya ia merupakan sejenis diet yang menggabungkan pengambilan makanan berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu.
Diet ini dikatakan mampu menurunkan berat sehingga 5kg dalam masa 3 hingga 7 hari jika dilakukan dengan plan dan disipluin yang betul. Walau bagaimanapun, ia juga masih lagi bergantung kepada badan seseorang. Ada orang memang jenis sukar nak turun.
Milirary diet juga dikenali dengan diet ‘3 hari’ kerana sesiapa sahaja yang ingin amalkan harus berdisiplin dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu minggu.
Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.
Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang.
Ads
Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.
Berikut pelan ‘Military Diet’ yang boleh anda lakukan!
HARI PERTAMA
Sarapan Pagi:
Kopi O, 1/2 Grapefruit, 1 keping roti bakar disapu 2 sudu kecil peanut butter.
Makan Tengah Hari:
Air masak/ kopi O, 1/2 tin tuna air dengan sekeping roti
Makan Malam:
3 aun daging atau ikan, 1 mangkuk sayur-sayuran (mentah). 1 biji kecil Apal, 1/2 pisang dan 1 mangkuk aiskrim Vanilla
Ads
HARI KEDUA
Sarapan Pagi:
Sebiji Telur (jangan campurkan apa-apa). 1/2 pisang atau mana-mana buah-buahan. Sekeping roti.
Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.
Semoga pelan diet ini mampu membantu ‘fit journey’ anda kepada gaya hidup yang lebih baik!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Penyakit resdung atau sinusitis adalah masalah yang lazim di seluruh dunia. Di Malaysia dianggarkan 60-65 peratus penduduk mengalami resdung.
Antara faktor yang menjadi penyumbang adalah dari segi iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. Kita seharusnya lebih peka dengan keadaan kesihatan serta perubahan pada badan diri sendiri.
Berikut adalah beberapa petanda anda sudah mula diserang penyakit resdung namun ia sering diabaikan kerana mungkin merasakan ia adalah tindak balas normal badan.
Tidak kira masa dan keadaan, hidung anda tidak henti-henti mengalir dari pagi hingga ke malam. Kejadian ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur dengan lena. Jika anda kurang peka dengan keadaan kesihatan sendiri, ia akan berlarutan hingga anda betul-betul jatuh sakit.
2. Gatal pada kelopak mata
Ia bukan gatal biasa. Kegatalan yang dimaksudkan adalah anda akan menggosok mata hingga terdapat kemerahan pada kelopak mata.
3. Nafas & mulut berbau
Kebiasaannya, bagi penghidap resdung nafas & mulut sedikit berbau. Walaupun anda sudah membersihkan mulut dengan memberus gigi atau berkumur guna mouthwash, bau busuk masih ada di mulut anda hingga menganggu orang lain.
4. Batuk yang teruk pada waktu malam
Ada kalanya ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Ia juga akan memberikan kesan kepada tekak anda akibat resdung yang mengeluarkan lendir yang begitu banyak. Akhirnya anda akan batuk dengan teruk pada waktu malam.
Antara tanda lain resdung adalah kerap kali bersin terutamanya ketika waktu pagi ataupun keadaan persekitaran yang sejuk. Teruknya bersin anda hingga membuatkan hidung warna kemerahan.
6. Hilang deria bau
Anda tidak dapat mengenalpasti sesuatu bau dengan baik. Di peringkat ini anda sudah memasuki fasa resdung yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Kalau tidak keadaan akan bertambah teruk jika tidak dirawat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perut boroi dan paha bergesel merupakan antara perkara yang setiap orang ingin elakkan. Selain senaman, pemakanan juga harus dijaga. Barulah anda boleh jauhi berlakunya perut boroi dan paha bergesel.
Bukan sahaja demi kesihatan, anda juga pasti tidak selesa miliki perut boroi sehingga sendat untuk memakai baju. Apatah lagi bila paha bergesel, akan menyukarkan pergerakan harian anda.
Selain melakukan senaman secara rutin, pemakanan juga harus dijaga jika anda ingin elak masalah perut boroi dan paha bergesel. Ini merupakan antara 8 jenis makanan dan minuman yang anda perlu elak dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
1. Produk kaya tepung
Roti putih dan produk dengan kandungan tepung yang diperkaya adalah antara makanan yang perlu anda elak. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, belilah roti penuh gandum dan pasta.
2. Minuman di kedai kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan harian mereka dengan minum kopi. Sama ada kopi o atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan minuman kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesanlah kopi o kosong dan tambahkan dengan sedikit susu, krimer atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
3. Minuman berkarbonat
Minuman berkarbonat manis dan bersifat ketagih. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagihan terhadap air ini.
Anda perlu tahu bahawa, minuman berkarbonat hampir tidak mempunyai khasiat pun. Jadi ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Ambillah air masak dan jus buah-buahan segar jika anda memerlukan gula.
4. Makanan atau minuman pek segera (instant)
Kebanyakan makanan pek segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi dan sangat tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula dan krimer ke dalam badan anda, sekali gus boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, penting untuk anda elak kerana kebanyakannya mengandungi kalori yang tinggi. Atau setidak-tidaknya kawal pengambilan makanan dan minuman ini.
5. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan kandungan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
6. Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng menggunakan mentega atau telur yang banyak. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, goreng sendiri makanan tersebut agar anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikannya dengan resipi anda.
7. Makanan segera
Siapa yang tak suka makan burger dan kentang goreng kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak, malah jarang-jarang ia mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1-2 kali sahaja setiap bulan.
8. Snek buah-buahan
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah-buahan yang segar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambahkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan, namun snek seperti ini mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semula jadi dan segar daripada anda ambil snek buah-buahan ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi.
Berusia 37 tahun dan merupakan bapa kepada tiga cahaya mata, Messi meraih semula status sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia oleh barisan panel pakar The Guardian.
Terkenal Di Seluruh Dunia & Kaya- Raya, Lionel Messi Ikon Lelaki Setia!
Selain kemahiran bermain bola sepaknya yang luar biasa, masyarakat dunia mengagumi Messi kerana sifat kebapaan dan setia kepada pasangan.
Dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah lebih RM2.5 billion sebagai pemain bola sepak profesional, duta produk, usahawan dan social media influencer, Messi memilih untuk berbahagia dengan kehidupan berkeluarga.
Pada saat kepercayaan wanita kian terhakis terhadap kesetiaan lelaki, Messi bangkit membuktikan bahawa suami yang hebat itu masih ada.
Sentiasa disampingnya, sosok isteri Antonela Roccuzzo sering menjadi perhatian kamera kerana kejelitaan dan ‘kisah cinta’ pasangan hebat itu.
Bayangkan mereka saling mengenali sejak zaman kanak-kanak. Messi jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya ketika usia mereka sembilan tahun, dan sejak itu mula kerap berhubung melalui surat dan panggilan telefon apabila meningkat remaja.
Selepas menjalin hubungan serius dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Thiago dan Mateo, pasangan ini akhirnya memeterai cinta mereka dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2017.
Sehingga kini biarpun Messi amat terkenal di seluruh dunia, keluarga itu selesa memilih gaya hidup low profile bersama anak-anak kesayangan mereka – Thiago, Mateo dan Ciro.
Moga Messi terus berjaya dan bahagia bersama keluarga dan kariernya.