Tip Terbaik Penjagaan Cat, Selepas Tiga Tahun Pun Kereta Nampak Macam Baru

Share

Bagi pemilik kereta baharu salah satu perkara yang cukup penting buat mereka ialah penjagaan cat kereta agar ia sentiasa nampak bersinar dan cantik. Tanyalah mana-mana pemilik kereta mereka pastinya mahu kereta baharu mereka akan terus kekal nampak berkilat dan catnya tidak nampak suram atau kedam.

Namun dalam keadaan cuaca di negara kita yang sekejap panas dan sekejap hujan, cat kereta boleh terjejas dari semasa ke semasa. Satu perkara yang perlu anda tahu ialah car baru pada kereta lama berbeza dengan cat pada kereta yang baru keluar dari kilang.

Cat kereta baru anda yang keluar kilang sudah menjalani proses penyembuhan atau ‘curing’. Jadi apakah tip terbaik nak pastikan cat kereta sentiasa dalam kondisi yang baik dan bertahan lama?

JANGAN PARK DI BAWAH POKOK

Ketahuilah bahawa banyak jenis pokok mempunyai getahnya yang tersendiri. Getah itu boleh datang dari dahan, ranting dan juga daun yang mungkin gugur di atas kereta anda. Selain itu, pokok juga menjadi persinggahan kegemaran burung. Najis burung boleh meninggalkan kesan tidak baik kepada cat kereta.

Car detailing photo created by jcomp – www.freepik.com

JAUHI EMBUN

Kalau boleh elakkan letak kereta di kawasan terbuka yang ada embun pada waktu pagi. Jauhkan dari terkena embun kerana embun mengandungi asid dan jika kereta terpaksa berembun bilas dengan air sebelum embun itu kering.

CARA CUCI KERETA

Sebaiknya carilah sabun atau cecair cucian kereta yang berkualiti. Jangan guna yang sembarangan kerana ia boleh menjejaskan kualiti cat. Selain itu, cuba elak cuci kereta di bawah matahari yang terik.

Dirty car photo created by senivpetro – www.freepik.com

KERINGKAN SEGERA

Selepas mencuci kereta pastikan anda mengeringkannya dengan secepat mungkin. Ini kerana jika air dibiarkan kering pada cat baru ianya akan meninggalkan kesan pada cat. Sebab itulah di pusat cucian kereta pun mereka akan lap dengan segera sampai kering.

Car detailing photo created by jcomp – www.freepik.com

WAX & POLISH

Keluarkan sedikit bajet untuk melakukan wax dan juga polish cat kereta anda. Pilih jenis yang berkualiti dan disarankan oleh pakar cat kereta. Barulah ia akan lebih bersinar dan warnanya semakin menonjol. Lakukannya secara rutin kira-kira enam bulan sekali.

Car polish photo created by prostooleh – www.freepik.com

Semoga beberapa tip ini memberikan manfaat untuk anda dan kereta tersayang. Jangan lupa follow Telegram dan subscribe YouTube MASKULIN ya!

Kredit: Bro AutoPaint Garage

Published by
Farizul Izwany Ibrahim