Tip Terbaik Dapatkan ‘Running Form’ Dengan Betul, Ini Perkongsian Jurulatih Larian Bertauliah

Share

Running form setiap orang mungkin berbeza. Ia sangat penting bagi mengelak kecederaan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Jadi sebenarnya ramai orang tidak tahu apakah running form yang betul ketika melakukan larian. Jika anda melakukan larian dengan running form yang salah anda mungkin berdepan beberapa masalah seperti kecederaan shin splints, masalah kecederaan lutut, bahagian atas pinggul.

KEPENTINGAN MEMPUNYAI RUNNING FORM YANG BETUL

  • mengurangkan risiko kecederaan kecil dan juga kecederaan serius
  • memperbaiki postur badan agar larian lebih berkualiti dan prestasi menjadi lebih baik
  • boleh lari lebih laju dan jauh
Image by ArthurHidden on Freepik

KESALAHAN BIASA

Kesalahan biasa ialah meletakkan beban di bawah lower body. Ini kerana bila beban terkumpul berat akan lebih dirasai dan mengakibatkan kecederaan.

Untuk melakukan larian yang betul kita perlu mendapatkan heel strike dengan betul. Pastikan kaki anda melangkah dan mendarat dengan betul untuk elak kecederaan.

Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut tip mendapatkan running form yang baik ikuti video perkongsian dari Coach Akashah Izahar, jurulatih Garming Runinng Club Malaysia.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim