Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa cuaca kering terutamanya di Utara negeri Semenanjung Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Perak serta Kelantan dan Terengganu.
Menurut kenyataan itu, keadaan hujan mulai berkurangan di utara Kedah dan Perlis apabila beberapa kawasan tidak menerima hujan selama dua minggu. Dua negeri tersebut dijangka menerima defisit hujan antara 20 hingga 40 peratus berbanding jumlah biasa.
MET Malaysia menerima maklumat bahawa jumlah paras air di empangan tertentu mengalami penurunan berbanding kebiasaan. Pada penghujung Monsun Timur Laut juga kebiasaannya negara akan mengalami cuaca yang agak panas di kawasan tertentu.
Jadi bersedialah untuk hadapi cuaca panas dengan mengekalkan tahap hidrasi anda. Ikuti tip MASKULIN bagaimana anda boleh mengawal dan berdepan dengan situasi cuaca panas ini.
Ads
1. Banyakkan minum air
Anda digalakkan minum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan tubuh anda terhidrasi. Ini kerana jika kekurangan air, tubuh anda boleh menjadi lemah.
2. Jangan kerap keluar
Kalau sebelum ini anda suka berjalan pada hujung minggu, apa kata buat masa ini rehat sahaja di rumah. Selain dapat mengelakkan diri daripada terkena sinaran matahari yang melampau di samping bahang panas bumi, banyak risiko keselamatan diri dapat dijaga.
Ads
3. Buka tingkap untuk peredaran udara
Buka tingkap untuk udara mengalir masuk ke dalam bahagian rumah anda. Jika tidak, udara yang terperap dalam rumah menyebabkan suhu dalam rumah itu sendiri semakin bertambah dan anda akan berpeluh setiap masa.
Ads
4. Guna penghawa dingin
Ketika dalam keadaan kritikal sebegini, tidak salah untuk menggunakan penghawa dingin kerana alat tersebut mampu menyejuk suhu dan menghilangkan rasa panas yang melampau.
5. Kerap mandi
Kerap basahkan badan anda dengan mandi. Mandi dapat sejukkan diri anda selain mengelakkan anda terkena migrain atau hidung berdarah secara tiba-tiba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Paru-paru adalah antara organ utama yang penting dalam tubuh manusia untuk fungsi pernafasan. Manusia bernafas sekurang-kurangnya 20,000 kali dalam sehari dan bekerja 24 jam tanpa henti.
Ia bertugas menyedut masuk udara bersih untuk mencerna oksigen dan mengeluarkan kembali sisa gas yang tidak diperlukan ke ruangan atmosfera dalam kitaran proses respirasi. Umpama penapis udara di dalam enjin kenderaan, ia perlu selalu dijaga bersih. Semakin banyak enapan gas kotor atau bendasing, semakin kurang efisien prestasi enjin.
Tapi 7 fakta menarik ni mungkin korang tak tahu lagi.
1. Penyelam bebas mampu menahan nafas selama lebih dari 20 minit.
Rata-rata orang dewasa berkebolehan untuk menahan nafas mereka selama 30 hingga 60 saat. Tapi penyelam bebas mampu untuk menguasai berbagai teknik, seperti hiperventilasi, untuk mengurangkan konsentrasi karbon dioksida di dalam darah, yang membolehkan mereka untuk menahan nafas untuk waktu yang sangat lama.
2. Paru-paru satu-satunya organ mampu terapung di atas air.
Setiap paru-paru manusia mengandung sekitar 300 juta struktur seperti belon yang dikenali sebagai alveoli, yang menggantikan karbon dioksida di dalam darah dengan oksigen. Ketika alveoli dipenuhi dengan udara, paru-paru anda akan dapat terapung di atas air.
3. Bersin mempunyai kekuatan yang hebat.
Bersin adalah refleks involunter yang tidak mudah untuk dihentikan dan terjadi begitu saja. Pergerakan bersin dapat mencapai lebih dari 150 kilometer sejam serta mampu menjangkau jarak hingga lima meter. Bahkan, sekali anda bersin, ada sekitar 100.000 kuman bakal dilepaskan seorang manusia itu ke udara.
4. Barah paru-paru merupakan pembunuh yang berbahaya.
Menurut sebuah penelitian, barah paru-paru boleh menjadi pembunuh yang lebih ganas dibandingkan beberapa jenis barah yang lainnya, seperti barah payudara, usus besar, dan barah prostat. Adapun penderita barah paru-paru 81 peratus ada diantaranya yang berusia di atas 60 tahun.
5. Wow! Orang normal dalam keadaan rileks mempunyai sekitar 16 nafas per minit.
Manusia secara umumnya akan bernafas sekitar 960 kali setiap jam, 23.040 kali sehari, dan 8.409.600 kali setahun. Seseorang yang hidup sehingga mencapai usia 80 akan bernafas pada sekitar 672.768.000 kali dalam seumur hidup mereka.
6. Manusia boleh hidup dengan hanya ada satu paru-paru
Manusia masih mampu untuk hidup walaupun salah satu paru-parunya dikeluarkan. Ketika salah satu paru-paru dikeluarkan, paru-paru di sebelahnya akan mengembang untuk mengambil beberapa ruang yang kosong. Namun begitu orang yang memiliki satu paru-paru tidak akan mampu bersenam sekeras orang dengan dua paru-paru yang berfungsi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ikut saranan yang diberikan oleh saudara Jazli Hassan ini. Beliau yang berjaya mengurangkan berat badannya dari super size kepada saiz yang sangat ideal. Nak tahu teknik yang diamalkannya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
Dengan ikhlas dan hati terbuka hati mudahan info ini berguna base on pengalaman. Untuk mereka yang ingin turunkan berat badan khas buat super obesiti 100 kg keatas. Antara LARI dan BERBASIKAL mana lebih baik? Baca dan hadamkan tak baca bukan saya yang rugi.
1. Berlari dan berbasikal saya katakan lebih baik anda berbasikal.
Jangan menyeksakan lutut anda. Dalam lutut ada ligament yang bertangungjawab melindungi kepala lutut. Bila kita berlari impak sangat-sangat kuat lagi orang gemuk. kalau berbasikal beban bukan pada lutut tapi kekuatan betis dan peha. Saya dah lalui bukan cerita nak dapat banyak like.
2. Bila anda gemuk lebih baik berbasikal dari berlari sebab berbasikal akan lindungi tapak kaki dari kecederaan.
Kalau berlari impak dia lagi tinggi lagi-lagi kalau tiada knowledge cari membeli kasut lari. Main beli je tanpa melihat structure kaki, lari macam mana, gaya larian. Boleh menyebabkan risiko slip disc, ACL, bileteral knee off dan sakit tumit terlalu tinggi.
3. Berlari dan berbasikal yang paling banyak membakar lemak adalah berbasikal kalau level 100kg keatas.
Sebab kita boleh konsiten jenis latihan lebih lama. Bergantung pada fitness seseorang. Cuba kalau berlari tak sampai 5 minit first lutut akan terasa sakit, tumit, pergelangan kaki dan macam-macam lagi. Last-last give up. Berbasikal just kayuh, berat boleh tukar gear, nak burn more boleh tukar cara kayuhan sambil lindungi aset-aset kaki kita.
4. Nak mudah faham berbasikal dengan berlari mana satu yang baik untuk orang big size.
Kita ada guni 25 kg satu kita angkat dan pikul tengok sejauh mana kita mampu bawa pastu satu lagi kita angkat guni tu berat 25kg juga tolak dengan troli. Dua memenatkan tapi kita bandingkan dari segi jarak kita mampu bawa guni tu dan kesakitan badan kita mana lagi satu pilihan hati. Kalau saya pilih pakai troli.
5. Berbasikal memberikan impak besar lagi proses penurunan berat berbanding kita berlari.
Kerana berbasikal lebih banyak otot-otot berfungsi tapi selamat untuk mereka yang berisiko tinggi. Nak belari boleh tunggu berat kita ringan sikit.
6. Berbasikal lebih tenang dari berlari
Untuk orang size super ni jangan teruskan dengan berlari sebab daya fokus anda tak tinggi. Inilah punca-punca utama lari sehari tu je la 5 km pastu hangat-hangat tahi ayam. Sebab salah percaturan. Buat apa ikut orang kalau ilmu tak cukup di dada.
7. Jangan kelirudengan berlari dan berjalan.
Ramai kondem saya katanya saya tak support mereka event lari tak berikan semangat untuk mereka uji diri mampukah habis 10km. Baca baik-baik sini. Ada apa dengan medal finisher kalau seksakan badan. Kita turunkan berat ke tahap sepatutnya kita mampu berlari kita aim target time, buat apa masuk event lari kalau banyak berjalan dari berlari. Balik tuam ais sana sini tu baru fun run. Apa yang awak buat saya dah lalui..ibarat nak mendaki Everest kena cukup ilmu di dada dan cukup semuanya. Berbasikal lain bila funride kita enjoy distance pun banyak jalan pelbagai berbukit dan sure kita nk kayuh lagi. Yang penting konsisten.
8. Cara penafasan salah, kasut salah, gaya larian salah punca berat tak turun.
Cara penafasan salah, kasut salah, gaya larian salah yang paling kesian bila dia tak mampu berlari give up. Mulalah lari tak sampai 5km pun air macam minum coca cola la, 100 plus la. Sia-sia je lari. Bukan lari jalan lagi banyak. Kalau berbasikal sure dalam botol air tu air sejuk. Penat angkat botol minum pastu kayuh balik. Pendek kata berbasikal ini melatih mental kita.
9. Berbasikal pelaburan anda ke tahap kesihatan untuk jangka masa panjang
Dan berbasikal adalah platform untuk anda sampai ke tahap seorang pelari. Doktor pun tak galakkan yang big size berlari impak tinggi. Memang tak nampak hari ni. Tunggu lagi beberapa tahu. Masalah sendi pasti.
10. Berbasikal mengeratkan silaturahim
Dan ini merupakan suntikan moral anda untuk menurunkan berat badan dan mendidik keluarga kita gaya hidup sihat..
Apa saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya menurunkan berat dari 183kg hingga 73kg. Hari ini saya mampu berlari dan berbasikal dalam masa sama. Terima kasih kerana membaca mudahan perkongsian kecil ini berikan kebaikan buat komuniti.
Sumber : Jazli Hassan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak salah untuk berdiet malah perkara ini juga boleh meningkatkan kesihatan badan dan buat korang kembali kacak. Tapi yang membimbangkan ialah apabila korang berdiet sesuka hati.
Awas ya! Dalam mencapai usaha untuk kurus ramai tidak tahu kesan diet mungkin merosakkan kesihatan tanpa kita sedari. Jadikan pedoman di bawah ini sebagai peringatan supaya berwaspada ketika berdiet.
Ini perkongsian dari Dr. Hafiz Sulaiman berkenaan perkara ini:
1) MENINGKATKAN STRES DALAMAN.
Kaedah yang menyebabkan badan stres ialah menghadkan makan sampai ada yang limit kalori bawah 1000kcal berminggu-minggu. Contoh diet yang pernah saya cuba amalkan seketika dulu, HCG diet. Diet tu tak salah, badan kita boleh adaptasi dengan kalori rendah (kebanyakan orang). Silapnya ada pengamal tak ikut protokol betul-betul. Badan akan jadi terbeban kerana peningkatan radikal bebas (peroxyl radical). Ini kerana badan kekurangan gula dan mula pecahkan lemak untuk tenaga (ketosis). Stres dalaman (radikal bebas) berpotensi merosakkan organ dalaman.
SOLUSI : Perbanyakkan makanan tinggi antioksida dan antiradang bagi mengurangkan keradangan dan stres dalaman. Jika perlu, ambil suplemen tambahan.
2) MENYEBABKAN KEKURANGAN ZAT.
Diet dengan kalori sangat rendah WAJIB PADAT NUTRISI. Bukan diet dengan biskut dan roti sekeping dua yang sangat rendah nilai nutrisi.
Bila kurang makan, bebanan stres dalaman meningkat dan badan memerlukan lebih banyak nutrien untuk adaptasi dengan stres yang meningkat. Zat seperti protein diperlukan untuk membaiki kerosakan akibat stres yang meningkat. Antioksida luaran melalui pemakanan diperlukan untuk menyokong antioksida badan mengurangkan kerosakan disebabkan radikal bebas yang meningkat. Banyak zat dan mineral penting perlu untuk menyokong detoksifikasi di organ hati terutamanya fasa1.
SOLUSI: Pelbagaikan makanan yang semulajadi. Fokus kepada makanan padat nutrisi. Suplemen dengan multivitamin jika perlu.
.
3) MENYEBABKAN BERAT SUSAH TURUN.
Stres dalaman yang tidak terkawal akibat menghadkan kalori boleh meningkatkan stres dalaman. Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat dan badan akan mula menyimpan lemak dan air. Berat badan akan susah turun (plateau).
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Jika tidak berjaya, kemungkinan kalori perlu dihadkan secara beransur.
.
4) RISIKO KEINGINAN MAKAN MEMUNCAK (CRAVING).
Hormon stres iaitu kortisol juga menyebabkan kita merasa “craving”. Selain daripada itu, hormon yang meningkatkan keinginan makan iaitu GHRELIN juga meningkat ketika stres.
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Oleh kerana jika penghadan kalori sudah tentu meningkatkan stres dalaman, elakkan stres boleh cegah lain seperti jaga kitaran tidur, stres daripada toksin persekitaran dan stres daripada emosi toksik.
Kesimpulannya jika ingin berdiet terutamanya dengan menghadkan kalori, sebaiknya buat pemeriksaan kesihatan dahulu. Pemeriksaan darah penting terutamanya bagi mereka yang berumur lebih 30 tahun bagi memastikan organ badan sihat dan mampu berfungsi dengan baik ketika berdiet. Kurangkan bebanan toksin dan stres dalaman berlebihan.
Semoga perjalanan ke arah kurus yang lebih sihat menjadi lebih mudah insha Allah 🙂