Malang tidak berbau. Tanpa sebarang amaran bateri kereta boleh ‘kong’ tatkala anda ingin menghidupkan kereta. Lebih mengharukan apabila ia berlaku ketika anda berhenti dalam perjalanan ke sesuatu destinasi atau pada waktu malam.
Perkara ini sebenarnya boleh dielakkan jika anda menjaga dengan betul servis bateri atau menukarnya apabila sudah tiba masanya. Namun biasalah kita bukan manusia sempurna dan pastinya kadang-kadang terlupa akan hal seperti ini.
Bila bateri ‘kong’ antara solusi untuk hidupkan kereta sebelum anda pergi ke bengkel atau tukar bateri baru ialah dengan melakukan ‘jumper’. Ia kelihatan seperti mudah tapi ramai orang tidak tahu atau tersilap melakukannya dengan betul. MASKLULIN ingin kongsi dengan anda cara melakukan ‘jumper’ dengan betul.
Jika tersilap langkah ia boleh menyebabkan kerosakan seperti litar pintas pada komponen penting kereta seperti TCU (unit kawalan transmisi) atau risiko bahaya lain.
Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. MATIKAN ENJIN & PERALATAN KERETA
Pertama sekali bila berdepan situasi ini anda memerlukan jumper bateri kereta dengan bantuan kereta ‘penderma’. Sebelum itu anda harus pastikan peralatan dan sistem elektrik kedua-dua kereta seperti lampu hadapan, radio dan sebagainya dimatikan terlebih dahulu.
Ads
2. LETAK KERETA SECARA DEKAT
Apabila sudah ada kereta ‘penderma’, anda harus pastikan ia diletakkan secara sedekat yang mungkin. Ini untuk membolehkan kabel jumper kereta dicapai terminal negatif dan positif kedua-dua kereta. Tapi harus ingat janga pula terlalu dekat sehingga kereta bersentuhan antara satu sama lain.
3. KUNCI DICABUT DAHULU
Selepas anda pastikan kedua-kedua enjin kereta dimatikan, cabut dahulu kunci. Kemudian buka bonet hadapan.
4. SAMBUNG KABEL JUMPER – KLIP POSITIF
Mula-mula, sambungkan klip kabel jumper dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta ‘penderma’. Kebiasaannya terminal positif mempunyai penutup plastik berwarna merah dengan simbol tambah (+). Kemudian, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan terminal positif bateri kereta yang rosak.
Ads
5. SAMBUNG KABEL JUMPER KERETA – KLIP NEGATIF
Selepas itu, anda sambungkan klip kabel jumper kereta berwarna hitam (negatif) pada terminal negatif bateri kereta ‘penderma’. Ia diikuti dengan sambungan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan benda logam yang tidak bercat pada kereta yang rosak seperti batang besi bonet hadapan.
6. HIDUPKAN ENJIN
Apabila sambungan dipastikan baik, hidupkan enjin kereta ‘penderma’.
7. TUNGGU BEBERAPA MINIT
Ambil masa beberapa minit dan tunggu terlebih dahulu. Teruskan dengan cuba hidupkan enjin kereta yang rosak. Andai ia masih belum boleh dihidupkan selepas beberapa cubaan, itu bernakna kereta anda mungkin ada masalah lain selain daripada masalah bateri.
Ads
8. BIARKAN IA HIDUP
Jika proses jumper anda berjaya, biarkan kedua-dua enjin kereta hidup selama lima sehingga sepuluh minit.
9. CARA CABUT
Untuk mencabut kabel jumper kereta, anda hanya perlu membuka sambungan kabel mengikut urutan berlawanan. Cabut kabel hitam pada kereta yang rosak. Kemudian diikuti dengan kabel hitam pada kereta ‘penderma’, kabel merah pada kereta yang rosak dan kabel merah pada kereta ‘penderma’.
10. TEST DRIVE
Apabila selesa, anda boleh cuba test drive dalam keadaan normal selama kira-kira 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri. Jika tidak yakin teruslah ke bengkel berhampiran segera.
https://www.youtube.com/watch?v=I4uVqnrby1I&t=25s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Beberapa bulan lalu kita telah mendengar beberapa kes yang melibatkan kematian akibat tidur dalam kereta yang memasang penghawa dingin.
Tapi sebelum anda mula panik terlebih dahulu kami ingin tegaskan di sini ia hanya melibatkan kematian jika berlakunya kebocoran gas beracun yang masuk ke dalam ruang kereta.
Sebagai contoh kes yang berlaku di Sabah apabila dua orang remaja ditemui meninggal dunia di dalam kereta.
Menurut laporan ketika pihak polis tiba di lokasi enjin kereta mereka masih hidup. Cubaan untuk mengejutkan mereka pada awalnya gagal kerana disangka masih tidur dan mereka tidak memberikan apa-apa tindak balas.
Polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan segera dikejarkan ke tempat kejadian. Setelah usaha membuka pintu gagal, pihak Bomba dan Penyelamat tiba untuk memberikan bantuan.
Selepas pintu berjaya dibuka mereka didapati masih tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kinabatangan.
Punca kematian dipercayai berlaku akibat kekurangan oksigen dan keracunan gas karbon monoksida.
Sebenarnya sudah banyak kes yang melibatkan kejadian kematian seperti ini berlaku. Jadi bagaimanakah ia berlaku?
Seseorang boleh berdepan kematian jika terus bernafas dengan udara sama yang dikitar di dalam kereta. Selain itu jika berlaku kebocoran asap kereta yang masuk ke dalam juga boleh membunuh secara senyap.
Dalam kebanyakan kes, kebocoran beginilah yang menjadi punca kematian utama yang melibatkan tidur dalam kereta dengan penghawa dingin terpasang. Bila karbon monoksida masuk ke dalam kereta kandungan oksigen akan turun dengan mendadak.
Apa yang membuatkan karbon monoksida sangat bahaya ialah ia tidak mempunyai apa-apa bau lalu menyebabkan mangsa tidak mengetahui bahawa udara yang mereka sedut itu cukup bahaya.
Ia betul-betul bertindak seperti silent killer!
Anda mungkin tertanya bagaimana gas karbon monoksida boleh membunuh?
Apabila kita menyedut karbon monoksida ia akan menurunkan kemampuan darah untuk membawa oksigen di dalam sel, lalu menyebabkan ia mati kerana kekurangan oksigen.
Selain keracunan gas karbon monoksida, kerosakan penghawa dingin juga boleh menjadi penyebab. Apabila rosak ia tidak dapat mengitar udara segar di dalam kereta lalu menyebabkan kandungan karbon dioksida meningkat.
Oleh itu periksa dan servis mengikut masa penghawa dingin kereta korang jika ingin mengelak perkara begini berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun menggunakan kereta dengan gear automatik kini lebih popular namun penggunaan kereta dengan klac manual masih lagi popular terutamanya di kalangan lelaki.
Buat peminat modifikasi kereta terutamanya mereka lebih cenderung memilih kereta menggunakan gear dengan klac. Mungkin untuk ‘feel’ yang lebih hebat ketika memandu serta keupayaan mengawal sendiri pertukaran gear.
Bak kata peminatnya, memandu kereta manual ini lebih berseni dan menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan. Malah jika pandai memandu dan menggunakan gear manual dengan baik, penggunaan minyak juga lebih efisien.
Akan tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda elak jika memiliki dan memandu keretra manual. Apakah tabiat itu? Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
LETAK KAKI PADA PEDAL KLAC
Elakkan melakukan tabiat sentiasa meletakkan kaki di pedal klac. Tabiat ini boleh mengakibatkan kaki anda tekan klac pada sebahagiannya. Lalu boleh menyebabkan gelinciran yang mana boleh menjejaskan tahap efisien penggunaan bahan api.
Sebaliknya letakkanlah kaki anda pada foot rest yang biasanya ada terletak di kiri lantai kokpit pemandu kereta.
TEKAN MINYAK DENGAN KUAT KETIKA RPM RENDAH
Kita akan menekan minyak dengan kuat apabila ingin memecut atau bergerak laju. Jadi apabila ia berlaku enjin akan memerlukan lebih petrol dan turutan gear yang sempurna.
Tabiat menekan minyak seaktu putaran enjin rendah tidak membantu dan tidak elok untuk kereta. Jadi turunkanlah gear dan naikkannya dengan cara baik.
LETAK TANGAN DI TOMBOL GEAR
Walaupun dalam keadaan statik dan anda meluncur bergeral lancar, elakkan meletak tangan di tombol gear. Ia bagi mengelakkan rotating collar dan gear bersentuhan antara satu sama lain. Di mana jika diamalkan berterusan akan menyebabkan selector fork menjadi haus.
GUNA GEAR YANG BETUL
Memanu kereta manual, kita perlu bijak menggunakan gear sesuai dalam pelbagai kondisi jalan raya atau permukaan. Sebagai contoh, jangan turunkan gear ketika anda sedang bergerak laju hinhgakan putaran enjin mencecah garisan merah.
SENTIASA NEUTRAL BILA DI LAMPU ISYARAT
Bila berhenti di lampu isyarat merah, amalkan untuk meletakkan gear dalam kondisi neutral atau ‘N’. Tukar gear apabila lampu bertukar hijau dan pandulah seperti biasa. Amalan ini akan kurangkan tekanan pada enjin kereta.
Anda mungkin sudah tahu bahawa klac berfungsi memutuskan enjin daripada kotak gear setiap kali pedal ditekan. Cakera klac berfungsi menyalurkan kuasa daripada enjin ke bahagian kotak gear. Jadi setiap kali anda ingin menukar gear, anda mesti memutuskan hubungan antara enjin dan kotak gear supaya tukaran boleh dilakukan.
Andai kata anda cuba tukar gear tanpa klac, ia bukan akan merosakkan sistem transmisi saja malah enjin kereta anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Episod yang cukup mendukacitakan telah dilaporkan dengan cukup meluas dalam beberapa hari ini. Tragedi bencana banjir yang kini bukan hanya telah menyebabkan kerugian bernilai jutaan ringgit malah turut sehingga kini turut meragut seramai 34 nyawa.
Banjir kini dilaporkan semakin surut di beberapa kawasan di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat. Namun di beberapa lokasi di negeri lain seperti di Temerloh, Mentakab dan Kuatan air masih lagi tinggi. Apabila air surut maka kelihatanlah deretan kenderaan seperti kereta, motosikal, van dan sebagainya tersadai dipenuhi dengan selut.
Luluh hati melihat kondisi kenderaan dan juga kediaman mangsa banjir. Proses untuk membantu mereka untuk membersihkan kini sedang giat berjalan lancar.
Buat pemilik motoiskal, MASKULIN ingin kogsikan beberapa tip bagaimana anda boleh cuba untuk membaiki dan menyelamatkannya sebelum melakukan overhaul. Ikuti perkongsian tersebut di bawah.
Selepas air surut segera periksa kondisi secara keseluruhan motosikal.
1) Cabut bateri atau tanggalkan sambungan terminal. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah elektrik pada motosikal terutamanya yang menggunakan ECU.
2) Jangan hidupkan atau on suis/kunci motoikal. Kemungkinan besar air telah memasuki bahagian enjin dan jika dihidupkan ia boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk. Air berkemungkinan telah memasuki bahagian sentisitf seperti sistem elektrik, ekzos, karburetor, enjin dan sistem brek,
3) Tanggalkan palam pencucuh. Jika dibiarkan ia boleh menyebabkan berlakunya kakisan. Malah jika lumpur memasuki bahagian tersebut ia akan boleh menyebabkan palam pencucuh sukar dicabut kerana melekat dan padat.
4) Buang air yang terdapat pada bahagian pada setiap komponen motosikal. Buka setiap bahagian dan keluarkan air sebanyak yang boleh.
5) Bawa ke bengkel untuk baiki komponen dalaman. Ingat yam jangan hidupkan enjin. Bawalah motosikal anda menggunakan lori atau trak dengan selamat ke bengkel. Berbincanglah dengan mekanik untuk lakukan diagnosis sebelu memulakan pembaikan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak boleh memberikan manfaat untuk anda.
Kredit: ebitmotor.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...