Rasanya pada masa kini memang agak jarang untuk kita jumpa individu yang masih setia dengan kereta menggunakan gar manual. Ini terutamanya buat mereka yang tinggal di Lembah Klang atau bandar-bandar utama seluruh negara.
Berhadapan dengan kesesakan jalan raya dengan memandu kereta manual merupakan satu penyeksaan yang pasti membuat sesiapa sahaja boleh jadi baran.
Namun dalam pemanduan kereta auto – walaupun ia lebih mudah dan senang terdapat beberapa langkah dan tip yang boleh anda buat untuk pastikan kondisi enjin dan komponen kereta yang lain mampu bertahan dan tidak rosak dengan mudah.
Maklumlah kos membaiki kereta auto sebenarnya agak tinggi juga. Apatah lagi jika anda memiliki kereta import dari Eropah dan sebagainya.
Sebagai pemilik dan pemandu, anda pastinya ingin yang terbaik untuk kereta. Perkara paling mudah untuk anda lakukan ialah memastikan tabiat pemanduan yang betul.
Berikut MASKULIN kongsikan 8 jenis tabiat tidak elok yang boleh anda elak.
STEP HIDUPKAN ENJIN & TUKAR GEAR
Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,
a) On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
Ads
c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.
d) Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
KENA PEKA & JAGA MINYAK HITAM
Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan (yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AUTO, jika dibiarkan terlalu lama ia boleh memudaratkan kotak gear.
Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Ads
TRIK ‘STEP 2’
Ketika ingin memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dengan step “2” atau step kedua selepas “N”.
Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat.
Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
JAUHI JALAN ROSAK
Elakkan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.
Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan ‘clutch plate’ anda terbakar.
Ads
CUBA ELAK JALAN BERBUKIT
Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland). Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”.
Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
PENGGUNAAN ‘GEAR REVERSE’
Elakkan guna gear reversed kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakannya seminimum yang boleh. Penggunaan gear ‘reversed’ yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
JANGAN AGRESIF & KASAR
Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.
Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’, Inilah salah satu punca ‘timing belt’ putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.
Semoga tip ini boleh memabantu anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Bagi anda yang ingin membeli kereta baru salah satu perkara yang sentiasa diberi penekanan penting ialah nilai kereta tersebut selepas jualan. Dalam erti kata lain nilainya untuk menjadi kereta terpakai selepas beberapa ketika anda menggunakannya.
Di dalam pasaran yang dipenuhi dengan lambakan model dan juga jenama pastinya ia cukup memeningkan bagi sesetengah daripada anda. Dan mungkin bagi sesetengah indvidu faktor ini tidak penting buat mereka.
Namun bagi anda yang ingin menjadikan pembelian kereta sebagai satu pemilikan aset yang ada masih ada nilai baik walaupun susut, inilah jenama kereta yang berbaik buat anda. Atau bagi anda yang ingin beli kereta terpakai, inilah jenama yang cukup ‘reliable’ dan dipercayai kualitinya.
Jadi jenama kereta manakah yang ada nilai pasaran selepas jualan yang baik dan apa menyebabkan ia mampu mengekalkan harga kompetitif dan menarik?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pempengaruh automotif, James Alatin menerusi TokTok beliau. Nak tahu mengapa jenama Toyota menjadi pilihannya? Ikuti perkongsian dio bawah!
————————————————————
Tahukah anda sebab jenapa jenama kereta Toyota ada nilai pasaran selepas jualan atau secondhand yang baik? Ia dikatakan sebagai jenama kereta tahan lasal dan sebab itulah valuenya diatakan lebih hebat berbanding jenama lain.
1.
Toyota merupakan jenama automotif yang gergasi di negara Jepun. Mereka cukup dikenali kerana sentiasa mengamalkan pemprosesan dan penghasilan yang rumit namun dalam masa yang sama sangat berhati-hati semasa membangunkan setiap model.
Jika kereta model baru atau ciri teknologi baru ingin diperkenalkan ia akan direka dari bawah atau kosong dan perlu melalui proses FMEA (failure mode & effect analysis) yang cukup ketat.
2.
‘Kaizen’ atau penambahbaikan adalah perkara yang sentisa dilakukan oleh Toyota dari semasa ke semasa. Ia dilakukan oleh pasukan khas pembangunan teknologi Toyota baik dari segi RND atau aspek pembuatan enjin. Jadi tidak hairanlah Toyota sentiasa menjadi salah satu peneraju teknologi mesra pelanggan.
3.
Hasilkan komponen sendiri. Toyotan menghasilkan komponen sendiri bagi memastikan ia sentiasa menepati ciri dan kualiti tinggi mereka.
4.
Mengamalkan sistem ‘keiretsu’. Ia bemaksud beberapa syarikat yang memiliki hubungan perniagaan dan saham antara satu sama lain. Contohnya Toyota memiliki saham Archi Steel, Aisin Toyota, Toyota Tsusho dan beberapa syarikat lain lagi yang menjadi pembekal utama mereka.
5.
Teknologi mudah, ringkas dan mesra pengguna. Ia juga dikenali sebagai pengeluar yang hanya mengeluarkan teknologi yang sudah matang.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Harley Davidson Softail Fat Boy mula mendapat perhatian dalam kalangan penunggang motosikal apabila ia digunakan dalam filem Terminator pada era 90-an. Sejak itu, model tersebut menerima kemas kini dari masa ke semasa.
Terkini, versi 2018 baru sahaja melakukan kemunculan. Pengeluar model kruiser Amerika Syarikat itu melakukan beberapa kemas kini.
Sebagai permulaan, lampu depan halogen kini digantikan dengan unit LED. Kemudian mentol LED berkenaan dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk oval. Perubahan itu mengukuhkan imej maskulin Fat Boy.
Harley Davidson masih mengekalkan karakteristik Fat Boy yang mana rim 18 inci dikekalkan. Kemudian rekaan rim Lakester itu dipadankan dengan tayar lebih lebar 160mm di depan dan 240mm di belakang.
Pihak Harley Davidson masih mengekalkan penampilan asli Fat Boy dengan sentuhan moden. Bahagian enjin Milwaukee-Eight 8-injap baharu dengan balancer kembar berganda bukan sahaja menyerlahkan getaran utama tetapi juga membuatkan pemasangan enjin lebih kukuh. Sekali gus menambahbaik pengendalian.
Harley-Davidson menyatakan enjin 1745cc V-twin penyejukan minyak itu menghasilkan tork 144Nm pada 3,000rpm iaitu tambahan 12Nm berbanding model sedia ada. Enjin berkenaan juga menjadikan kruiser berkenaan lebih pantas.
Bahagian rangka tiub keluli diubahsuai dan lebih keras 65 peratus. Hasil kemas kini berkenaan menyumbang kepada pengurangan berat badan sebanyak 11kg berbanding versi 2017. Bahkan Harley Davidson mendakwa bahagian hendal lebih ringan dan memberikan pengendalian tepat.
Bahagian suspensi masih mengetengahkan fork Showa Dual Bending Valve (SDBV). Suspensi tersebut dikatakan menawarkan redaman lebih linear untuk keselesaan tunggangan. Suspensi belakang dipertanggungjawabkan kepada penyerap hentak Dyna berkembar. Ciri ABS didatangkan sebagai standard
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan pengenalan model pemasangan tempatan (CKD) bagi model Yamaha MT-09 Tracer. Model touring berkenaan merupakan model sesaran besar keempat yang dipasang di kemudahan HLYM di Sungai Buloh, Selangor selepas XJ6 series, MT07 dan MT-09.
Pengenalan model tersebut akan melengkapkan barisan model terkini iaitu MT-07 dan MT-09. Dijana oleh enjin 847cc penyejukan cecair, 3-silinder dengan pancitan bahan api, MT 09 Tracer hanya seberat 190kg.
Enjin CP3 berkenaan menghasilkan kuasa 115PS pada 10,000rpm dan tork maksimum 87.5Nm pada 8, 500rpm.
Enjin tersebut menawarkan kuasa tork tinggi dan dipadankan dengan Sistem Kawalan Traksi dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) sebagai ciri standard.
Gaya MT-09 Tracer ditingkatkan menerusi lampu berkembar dan penghadang angin yang tinggi bagi memberikan keselesaan tunggangan jauh ketika di lebuh raya.
Akan berada di pusat jualan Yamaha terpilih pada minggu depan, harga seunit MT-09 Tracer CKD ialah RM52, 000 (termasuk GST). Perbezaan harga sekitar RM7, 900 berbanding versi import (CBU). Bakal pemilik boleh memilih dua pilihan warna iaitu biru dan kelabu matt.