Tip Singkir Blackhead Dari Kulit Wajah

2853

Ketika di usia remaja, musuh utama penampilan wajah kacak anda ialah tak lain tak bukan jerawat!

Malah ramai jejaka kacak pada masa kini yang sudah dewasa berdepan masalah jerawat yangs angat teruk ketika usia belasan tahun.

Biasalah, itulah tempoh di mana hormon sedang galak berperang antara satu sama lain. Yang jadi mangsanya ialah wajah dan juga bau badan anda!

Bila meningkat dewasa jerawat bukan lagi masalah utama yang anda hadapi. Akan tetapi dengan kepelbagaian aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian, wajag terdedah kepada bermacam kotoran.

BACA: Muka Naik Jerawat? Guna 3 Petua Melayu Tradisional

Jika ia tak dikawal masalah blackhead ini boleh menjejaskan penampilan kacak anda. Apabila liang wajah anda tersumbat dengan kotoran, sel mati serta minyak maka sakanlah blackhead dan whitehead muncul.

Jangan biarkan ia berlarutan walaupun ia tak menyakitkan namun blackhead boleh menyebabkan kulit wajah menjadi semakin kusam.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi 4 cara terbaik bagaimana anda boleh hapuskan blackhead pada wajah.

GUNA PENCUCI MENGANDUNGI ASID SALISILIK

Antara contoh produk yang mengandungi asid salisilik.

Rejimen penjagaan kulit wajah biasanya mempunyai tiga langkah; mencucui, exfoliating dan pelembapan. Namun anda boleh jadikan ia sebagai satu langkah sahaja dengan menggunakan pencuci wajah mengandungi asid salisilik. Ia berfungsi menghakis blackhead yang tersumbat pada liang.

MELEMBAP WAJAH DUA KALI SEHARI

Ini andata amalan yang boleh anda lakukan tapi susah untuk dilakukan setiap hari. Dengan menggunakan pelembap mengandungi SPF yang kaya dengan pelbagai nutrien anda boleh mengekalkan kesihatan kulit wajah. Malah ia boleh menghalang segala jenis kotoran untuk melekat.

SAPU TREINOIN SEBELUM TIDUR

Menurut pakar, retinoid dianggap sebagai salah satu langkah terbaik untuk mengecilkan liang roma, menghalang jerawat dan melambatkan proses penuaan wajah. Walau bagaimanapun silalah rujuk doktor atau pakar dematologi sebelum anda menggunakan mana-mana produk yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah anda.

PAKAI MASK SEMINGGU SEKALI

Cuba tengok orang Korea, tak kira lelaki atau perempuan mereka sentiasa mengamalkan penggunaan mask dalam kehidupan harian. Sebab itulah ramai di antara mereka mempunyai kulit wajah yang licin dan polos. Menggunakan mask seminggu sekali boleh menghalang berlakunya kotoran tersumbat dalam liang wajah. Pakai selama 10 hingga 15 minit pun sudah mencukupi.