Sudah tentu, bangun tidur sering membuatkan badan terasa lesu, bukan? Biasanya kita akan lebih suka menggeliat untuk memberikan kesegaran pantas kepada tubuh dan otot. Atau mungkin anda terus capai telefon pintar untuk periksa notifikasi di media sosial?
Apa kata kita tukar tabiat ini kepada yang lebih bermanfaat dengan melakukan senaman ringkas selama 5 minit. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, malah membantu kesihatan mental.
Dengan senaman mudah ini, anda boleh rasakan kesegaran badan secara serta-merta!
Sebelum bangun dari katil, cuba mulakan dengan regangan mudah ini. Lunjurkan tangan ke atas kepala dan regangkan kaki ke bawah.
Rasai setiap regangan pada tangan dan kaki anda, sambil menarik nafas perlahan-lahan sebanyak tiga hingga empat kali. Regangan ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan rasa segar sebelum memulakan hari.
Pegang satu kaki dan perlahan-lahan angkat ke atas, kemudian cuba luruskan kaki setegak yang mungkin tanpa memaksa diri.
Pastikan anda tidak berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan. Tarik nafas dalam beberapa kali dan nikmati regangan pada bahagian kaki.
Ulang langkah ini dengan kaki yang sebelah lagi. Regangan ini membantu melonggarkan otot-otot kaki, sekaligus meningkatkan fleksibiliti dan memberikan rasa lega selepas tidur.
Tarik kedua-dua belah lutut ke dada dan perlahan-lahan pegang kaki ke bawah. Sekali lagi diingatkan jangan naikkan kepala. Tarik nafas beberapa kali.
Lakukan senaman ini dengan perlahan dan terkawal. Gerakkan kedua-dua lutut ke kiri dan ke kanan secara bergantian, sambil memastikan badan dan bahu tidak berganjak.
Ulang pergerakan ini beberapa kali dengan nafas yang tenang. Ia membantu meregangkan otot-otot pinggang dan belakang, memberikan kelegaan serta melancarkan peredaran darah setelah tidur.
Sekarang, anda boleh angkat badan perlahan-lahan ke posisi duduk. Pusingkan badan ke kiri dan ke kanan secara bergilir-gilir, sambil memastikan pergerakan ini dilakukan dengan selesa.
Jangan tergesa-gesa; rasakan regangan lembut pada otot-otot belakang dan pinggang. Senaman mudah ini membantu melonggarkan bahagian atas badan dan memberi lebih kesegaran sebelum memulakan hari anda.
Tolak bahu perlahan-lahan ke belakang sejauh yang anda mampu, sambil meletakkan kedua-dua tangan di bahagian pinggang.
Anda akan merasakan regangan pada otot-otot bahu. Pastikan pergerakan ini dilakukan dengan lembut untuk mengelakkan ketegangan. Regangan ini membantu melegakan otot bahu yang tegang dan meningkatkan fleksibiliti, memberi rasa lebih segar pada tubuh.
Genggam kedua-dua belah tangan dan lunjurkan tangan ke depan.Tundukkan kepada ke bawah dan regangkan tangan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.