Sudah tentu, bangun tidur sering membuatkan badan terasa lesu, bukan? Biasanya kita akan lebih suka menggeliat untuk memberikan kesegaran pantas kepada tubuh dan otot. Atau mungkin anda terus capai telefon pintar untuk periksa notifikasi di media sosial?
Apa kata kita tukar tabiat ini kepada yang lebih bermanfaat dengan melakukan senaman ringkas selama 5 minit. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, malah membantu kesihatan mental.
Dengan senaman mudah ini, anda boleh rasakan kesegaran badan secara serta-merta!
Regangan atas
Sebelum bangun dari katil, cuba mulakan dengan regangan mudah ini. Lunjurkan tangan ke atas kepala dan regangkan kaki ke bawah.
Rasai setiap regangan pada tangan dan kaki anda, sambil menarik nafas perlahan-lahan sebanyak tiga hingga empat kali. Regangan ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan rasa segar sebelum memulakan hari.
Regangan lutut ke dada
Angkat satu kaki perlahan-lahan dan pegang bahagian lutut, tarik ke arah dada. Pastikan kaki dibengkokkan secara semula jadi tanpa memberi tekanan yang menyakitkan.
Elakkan mengangkat kepala, kerana ia boleh menyebabkan leher terasa kejang. Tarik nafas dalam beberapa kali, dan ulang langkah ini dengan kaki yang sebelah lagi.
Regangan ini membantu melonggarkan otot-otot pinggang dan kaki, sambil memberi rasa lebih selesa pada badan.
Ads
Regangan hamstring
Pegang satu kaki dan perlahan-lahan angkat ke atas, kemudian cuba luruskan kaki setegak yang mungkin tanpa memaksa diri.
Pastikan anda tidak berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan. Tarik nafas dalam beberapa kali dan nikmati regangan pada bahagian kaki.
Ulang langkah ini dengan kaki yang sebelah lagi. Regangan ini membantu melonggarkan otot-otot kaki, sekaligus meningkatkan fleksibiliti dan memberikan rasa lega selepas tidur.
Dada ke lutut
Tarik kedua-dua belah lutut ke dada dan perlahan-lahan pegang kaki ke bawah. Sekali lagi diingatkan jangan naikkan kepala. Tarik nafas beberapa kali.
Ads
Pusingan lutut
Lakukan senaman ini dengan perlahan dan terkawal. Gerakkan kedua-dua lutut ke kiri dan ke kanan secara bergantian, sambil memastikan badan dan bahu tidak berganjak.
Ulang pergerakan ini beberapa kali dengan nafas yang tenang. Ia membantu meregangkan otot-otot pinggang dan belakang, memberikan kelegaan serta melancarkan peredaran darah setelah tidur.
Pusingan badan
Sekarang, anda boleh angkat badan perlahan-lahan ke posisi duduk. Pusingkan badan ke kiri dan ke kanan secara bergilir-gilir, sambil memastikan pergerakan ini dilakukan dengan selesa.
Jangan tergesa-gesa; rasakan regangan lembut pada otot-otot belakang dan pinggang. Senaman mudah ini membantu melonggarkan bahagian atas badan dan memberi lebih kesegaran sebelum memulakan hari anda.
Ads
Regangan dada
Tolak bahu perlahan-lahan ke belakang sejauh yang anda mampu, sambil meletakkan kedua-dua tangan di bahagian pinggang.
Anda akan merasakan regangan pada otot-otot bahu. Pastikan pergerakan ini dilakukan dengan lembut untuk mengelakkan ketegangan. Regangan ini membantu melegakan otot bahu yang tegang dan meningkatkan fleksibiliti, memberi rasa lebih segar pada tubuh.
Regangan bahagian belakang
Genggam kedua-dua belah tangan dan lunjurkan tangan ke depan.Tundukkan kepada ke bawah dan regangkan tangan.
Regangan duduk hamstring
Luruskan kedua-dua belah kaki anda. Kemudian, perlahan-lahan bengkokkan badan ke arah kaki, dengan tangan mencapai sejauh mungkin ke arah jari kaki. Ulangi pergerakan ini beberapa kali, diselangi dengan menarik nafas dalam-dalam. Rasakan regangan di bahagian belakang dan kaki anda.
Semoga senaman ringkas selama 5 minit ini memberikan manfaat yang besar kepada anda semua. Mulakan hari anda dengan tubuh yang lebih segar dan sihat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru mendaftar jadi ahli gym? Jangan lakukan kesilapan-kesilapan ini.
Leka Dengan Smartphone
Anda nak workout untuk sihat, atau sekadar mahu show off di Instagram? Tak salah sesekali nak buat mirror selfie, cuma seelok-eloknya lakukanlah di penghujung sesi supaya tak mengganggu flow workout anda. Ingat, bentuk tubuh yang anda impikan itu memerlukan fokus dan kerja keras. Jika anda terus leka dengan samrtphone, produktiviti anda akan merudum dan workout anda juga lambat menunjukkan hasil.
Warm Up Terlalu Lama
Menurut Istvan Jarovek, seorang jurulatih sukan terkenal Romania, warm up atau melakukan pemanasan badan sebelum workout adalah mengarut. Beberapa kajian turut mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya hanya membuang masa. Apa pun pendirian anda tentang warming up ini, buatlah berpada-pada dan tumpukan kepada kualiti, bukannya kuantiti regangan.
Tak Tahu Kelemahan Diri
Lain orang, lain kemampuan. Bukan semua jenis senaman dan peralatan perlu anda cuba. Sesetengah senaman bukan sahaja tidak sesuai dengan tahap kemampuan anda, malah boleh mennyebabkan kecederaan serius. Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan kesesuaian jenis workout, bukannya semberono mengikut apa saja yang dilakukan orang lain.
Ponteng leg day
Badan sado, kaki ranting? Ha… anda tentunya tak mahu kaki anda kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Godaan untuk skip senaman kaki memang besar, lebih-lebih lagi untuk newbie seperti anda. Tapi anda tak boleh mengalah. Pain today, strength tomorrow.
Jadi Hamba Gym
Sesetengah individu beranggapan hanya alatan boleh membantu anda mencapai matlamat tubuh sasa dan sanggup menghabiskan berjam-jam di gym. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di pun untuk workout, cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting ialah disiplin dan kualiti workout anda itu.
Menggunakan Alat Senaman Sama
Menggunakan alat senaman yang sama akan menyebabkan anda menjadi bosan dan hilang motivasi. Lagipun, setiap otot dan bahagian tubuh anda mempunyai keperluan dan intensiti yang berbeza-beza. Bertukar-tukar rutin workout akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Rujuk pendapat tenaga pengajar atau rakan-rakan gym yang berpengalaman untuk merancang jadual workout anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rasanya zaman sekarang telefon bimbit pasti menjadi rakan akrab anda kan? Melekat je tak kira masa, tempat dan situasi. Tapi tahukah anda, amalan tengok telefon bimbit dalam ruangan yang gelap sangat membahayakan kesihatan dan boleh memudaratkan mata?
Banyak kes individu kehilangan penglihatan di bahagian mata sebelah kanan akibat terlalu fokus pada telefon bimbit ketika dalam gelap. Selain itu, ada juga yang hilang penglihatan selama 15 minit setiap hari setiap kali bangun dari tidur.
Menurut kajian, insiden ini berlaku disebabkan tabiat individu yang suka fokus pada telefon bimbit ketika dalam gelap. Kebiasannya ia berlaku pada waktu malam sebelum seseorang itu masuk tidur.
Selain itu, mereka yang mempunyai tabiat selalu bermain telefon sebelum tidur juga lebih berisiko untuk:
1. Otak menjadi lebih penat
2. Risiko Menjadi Obsesiti
3. Ganguan saraf
4. Depresi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Malu kalau orang kata perut tu asyik ke depan, macam setiap tahun puka mengandung, walhal perut anda hanya mengandungi lemak. Hmm ini 7 cara elak buncit yang patut anda semua patuhi.
AIR KOSONG MEMPUNYAI BANYAK MANFAAT UNTUK TUBUH
Walaupun perut sudah buncit, jangan bimbang untuk minum banyak air, tapi pastikan air kosong, bukan air berperisa atau berwarna. Air kosong tiada kalori. Air kosong akan membantu proses perkumuhan, sekali gus membantu proses penyingkiran toksin. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Jangan risau jadi gemuk air pula. Air sebenarnya yang membantu mencairkan sodium (garam) dalam tubuh sekali gus meningkatkan lagi penyingkiran cecair daripada badan. Gemuk air ni kes lain pula sebenarnya.
TIDUR SELEPAS MAKAN
Tidur sejurus sahaja selepas makan boleh mengakibatkan kebuncitan melampau! Sia-sialah usaha untuk menghilangkan perut buncit kalau anda masih kekal dengan tabiat suka tidur selepas makan. Sebaik-baiknya tidur 3-4 jam selepas makan.
KURANGKAN MAKANAN BERGORENG & BERLEMAK SERTA MAKANAN SEGERA
Sebaik-baiknya elakkan makanan bergoreng dan berlemak kerana akan menambahkan lagi jumlah lemak yang sedia ada di dalam tubuh terutamanya bahagian perut yang buncit. Makanan segera dan juga makanan yang diproses wajar dielakkan juga kerana makanan jenis ini mempunyai kandungan garam, gula serta pengawet yang tinggi. Sebaik-baiknya anda mengambil makanan yang disediakan secara kukus, rebus atau panggang.
JANGAN MANDI SESUDAH MAKAN
Sebaik-baiknya anda rehatkan perut selama 30 minit terlebih dahulu sebelum mandi. Amalan ini boleh mengelakkan daripada perut terus menjadi buncit.
JANGAN MAKAN SAMBIL MINUM AIR
Salah satu cara untuk mengelakkan perut buncit ialah elakkan makan berulamkan air. Maksudnya, jangan makan 2-3 suap, lepas tu minum air. Seelok-eloknya tunggu 10 minit dahulu, baru minum air. Cuba anda amalkan selama sebulan, pasti anda akan nampak buncit di bahagian perut anda akan mulai hilang.
KURANGKAN GARAM BERLEBIHAN
Garam (sodium), walaupun sangat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk keseimbangan elektrolit, namun pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan berlakunya retensi air. Retensi air yang lebih dikenali sebagai gemuk air ini berpunca akibat pengambilan sodium yang berlebihan sekali gus menjadi punca badan menyimpan terlalu banyak air. Keadaan ini juga menjadi punca bahagian perut terus membuncit.
TINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT
Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat tinggi dengan serat. Serat yang kaya dengan kalsium dan magnesium bantu mengawal jumlah kandungan air yang diperlukan di dalam badan. Selain daripada itu, serat juga boleh mengelakkan anda daripada terkena sembelit. Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar daripada saiz yang sepatutnya. Anda juga sangat digalakkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin B kerana makanan jenis ini akan membantu tubuh anda menyingkirkan air yang berlebihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.