Kita sudah memasuki hari ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sepanjang tempoh ini kita semua dinasihatkand untuk sentiasa berada di rumah. Malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merayu secara live di kaca televisyen memohon agar rakyat Malaysia untuk tinggal di rumah.
Ya, tiada siapa pun yang boleh membantu negara kita membendung krisis luar biasa ini kecuali sesama kita. Dalam tempoh ini bukannya kita tidak boleh keluar. Tapi biarlah atas sebab yang sangat penting.
Penulis contohnya baru keluar sekali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Itu pun kerana ingin membeli stok makanan dan barang dapur. Bagi mengelakkan untuk keluar banyak kali ke pasaraya, di sini MASKULIN kongsikan sedikit tip merancang pembelian barang keperluan.
USAH TERLALU FANCY
Dalam tempoh dua minggu usahlah memasak masakan yang memerlukan bahan yang bukan-bukan dan sangat ‘fancy’. Rancang menu yang menyihatkan dan simple buat anda sekeluarga.
PILIH MAKANAN BERNUTRISI
Dua minggu di rumah pastinya nafsu makan itu akan sedikit bertambah. Jadi anda perlu merancang untuk mengambil sumber yang bernutrisi. Pecahkan barang makanan kepada beberapa kategori:
- Protein: ikan, ayam, telur, daging
- Sayuran
- Makanan kekacang
- Buah-buahan
- Minuman seperti jus
- Makanan tin dan botol seperti sardin, rempah, minyak masak dan rempah ratus.
LIHAT TARIKH LUPUT
Sesetengah pasaraya melakukan jualan murah dan harga runtuh. Namun harus perhatikan tarikh luputnya. Elak membeli produk yang sudah hampir dengan tarikh luput. Kemungkinan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan itu ada. Jadi anda tidak mahu stok makanan yang luput.
MAKANAN TAHAN LAMA
Beli bahan makanan yang boleh disimpan dalam peti ais atau tahan lama. Makanan seperti ikan kering boleh memberikan variasi rasa dalam menu harian anda.
JANGAN IKUT NAFSU
Sehari sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kita telah saksikan ramai orang yang membeli-belah secara panik. Sekarang sudah terbukti bekalan makanan sememangnya mencukupi seperti yang dijanjikan oleh kerajaan, Oleh itu usahlah terlalu mengikutkan nafsu membeli stok makanan. Biarlah beli untuk maksimum stok selama seminggu sahaja.
BERJIMAT-CERMAT
Gunalah wang yang ada sebaiknya. Kita perlu berdepan dengan segala kemungkinan. Berbelanjalah kepada barangan yang penting sahaja. Usah dihabiskan kepada makanan yang tidak berkhasiat.
Akhir kata, teruskan tabah berdepan situasi krisis ini. Stay home!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI