Man photo created by ArthurHidden - www.freepik.com

Menurut saintis yang melaporkan menerusi Journal of Strength and Conditioning Reserach, senaman push up dan bench press memberikan hasil yang lebih kurang sama terhadap aktiviti otot lalu meningkatkan kekuatan yang hampir sama.

Dan seperti senaman yang lain push up juga akan memberikan hasil yang betul-betul berkesan jika anda melakukannya dengan betul.

Kali ini MASKULIN ingin kongsikan bagaimana untuk melakukan push up dengan selamat dan efektif.

SASARAN UTAMA: Dada, tangan dan teras perut.

Push Up Dengan Kedudukan Sempurna

  • Pastikan kedudukan kaki dan tangan berada dalam keadaan lurus. Bermul dari badan terus ke bahagian kepada hingga kaki. Pastikan tangan anda betul-betul selari dengan bahu. Tegapkan baodan dalam posisi ini.
  • Dengan meletakkan siku ke bahagian luar badan dan kepala ke bawah, rendahkan bahagian torso sehingga dada anda berada beberapa inci dari lantai.
  • Berhenti buat seketika kemudian angkat badan kembali ke posisi asal secepat mungkin.
Tip Posisi Badan Betul Ketika Melakukan Push Up, Barulah Hasil Lebih Memuaskan
People photo created by jcomp – www.freepik.com

Teknik push up senang

Letakkan kotak atau bangku kecil atau permukaan lebih tinggi kemudian letakkan tangan anda di situ. Semakin tinggi sudut badan anda berbanding lantai ia menjadi semakin senang

IKLAN

Teknik push up mencabar

Cuba lakukan ‘dead stop push up’ dengan merendahkan dada rapat ke bahagian lantai. Kemudian angkat tangan anda sedikit ke atas dan bertahan. Teknik ini lebih mencabar dan menuntut kekuatan lengan yang lebih besar.

Opsyen lain: Lakukan single-leg push up dengan sebelah kaki diangkat atau decline push up dengan kedua belah kaki diletakkan di atas kerusi atau permukaan lebih tinggi.

IKLAN
Tip Posisi Badan Betul Ketika Melakukan Push Up, Barulah Hasil Lebih Memuaskan
City photo created by freepik – www.freepik.com

Tip bonus

Tolak bahagian belakang badan anda ke atas setiap kali anda mula kembali ke posisi asal. Dengan melakukan teknik ini anda telah meningkatkan kekuatan otot serratus anterior. Mengapa ini penting?

Ini kerana otot tersebut biasanya lemah dan boleh menyebabkan shoulder impingement atau dikenali sebagai weightlifter’s shoulder. Otot serratus anterior yang kuat bukan sahaja membantu anda dapat postur badan yang etul tetapi turut memberi reaksi balas terhadap posisi humpback yang dialami ramai orang ketika berada di pejabat.

IKLAN

Semoga perkongsian ini mampu membantu anda melakukan push up dengan lebih baik dan sempurna! Anda juga boleh rujuk tutorial video di bawah yang dikongsi oleh Calisthenicmovement.

Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout seperti di bawah!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI