Ramai yang fikir, lagi berat anda pilih dumbbell lagi bagus untuk menaikkan otot. Hakikatnya, pendapat tersebut salah.
Tanpa tunjuk ajar dan panduan yang betul, dumbbell yang tidak sepadan dengan kemampuan boleh memudaratkan dan memberi kesan yang buruk pada tubuh badan.
Untuk itu, ikuti 4 tip memilih dumbbell bergantung pada kemampuan otot.
1. Kenal pasti tujuan
Berat dumbbell bergantung pada tujuan latihan atau senaman yang anda lakukan. Jika ingin mengecilkan lengan, satu ataupun dua kilogram berat sudah memadai.
2. Lakukan ujian terlebih dahulu
Sebelum membeli, lakukan sedikit ujian dengan angkat dumbbell sekurang-kurangnya tanpa henti untuk melihat adakah otot anda letih atau sebaliknya. Sekiranya otot anda letih, itu tandanya dumbbell tersebut tidak sesuai dengan anda.
3. Maksimumkan penggunaan otot
Untuk kaedah terbaik, anda harus memastikan pergerakan anda perlahan agar ia menggunakan kekuatan otot yang sebenar. Jika anda dapat mengangkat danmenurunkan dumbbell dengan cepat, itu tandanya anda menggunakan tenaga kudrat anda, bukannya otot. Jadi, ia hanya akan sia-sia dan memenatkan sahaja.
4. Sesuai untuk kebanyakan tempat
Penggunaan dumbbell bukan hanya di gimmasium sahaja tetapi ia boleh diguna pakai di mana-mana. Di bilik tidur juga boleh asalkan ada ruang yang sesuai untuk anda menyimpannya misalnya di dalam kotak.
Subscribe dan tonton video fitness di Youtube MASKULIN
https://www.youtube.com/watch?v=us_B64a_ZbQ&t=11s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bukan Satu, Rupanya Bisul Pun Ada ‘Ramai Adik-beradik’. Kalau Kena, Makan Antibiotik Segera!
Ingatkan selama ini bisul ada satu jenis sahaja tapi rupa-rupanya bisul ada pelbagai jenis. Tidak dinafikan, jika terkena bisul anda boleh jadi tidak keruan lebih-lebih lagi jika bisul itu terjadi di bahagian yang sensitif seperti punggung.
Menurut Wikipedia, penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya luka tikaman/ tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.
Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling.
Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.
BACA: 7 Petanda Penyakit Yang Kita Boleh Kesan Melalui Tapak Tangan
Menurut perkongsian Doc Abdul Rahim Nor di laman Facebooknya, bisul berbahaya jika kumannya masuk ke dalam aliran darah. Kesannya, boleh mengakibatkan keracunan darah, menyerang jantung, sistem pembuluh darah ke seluruh anggota badan hingga ke otak, seterusnya menyebabkan kematian.
Jadi berwaspadalah jika anda diserang bisul. Segeralah mendapatkan rawatan doktor agar bisul anda sembuh.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
BACA: Lelaki Jangan Ambil Mudah Dengan Penyakit Beguk, Kalau Serius Boleh Sebabkan Mandul!
Bisul pun ada ‘ramai adik-beradik’
Nak tau dak bisul ada RAMAI ADIK-BERADIK? Ni Doc bongkarkan adik-beradik bisul ni kepada anda. Rahsia bocor ni. Share cepat2, takut kena DELETE.
Apa itu bisul?
Semua daripada kita pernah kena BISUL kan? Tau tak apa tu bisul? Bisul adalah sejenis jangkitan kulit yang diserang bakteria/ kuman melalui folikel rambut atau bulu anda. Lepas tu kuman tu tak merancang keluarga, tau beranak & beranak je. Di badan kita yang lemah buat gang dia bermaharajalela le. Kulit Doc/anda jadi kemerah-merahan/ keradangan, bengkak, sakit & bernanah.
Tau dak pasai apa? Ia jadi camtu sebab tu le tempat medan pertempuran antara darah kita/ sel darah putih dengan kuman2 tu. Ni buat kita demam. Ada yang sel kita/ kuman tu hidup & mati dalam pertempuran tu. Maka terbentuk le NANAH. Nanah selalu warna putih atau kuning. Ia terdiri daripada degenerasi leukosit (sel darah putih), serpihan tisu & kuman hidup atau mati. ????
BACA: Bukan Semua Sakit Kepala Itu Migraine, Doktor Jelaskan Ciri-Ciri Sebenar Penyakit Ini!
Jenis-jenis bisul
Kita kan ramai adik beradik. Mai Doc perkenalkan ADIK BERADIK BISUL. Rahsia ni JANGAN habaq kepada geng-geng BISUL tau. Depa cari Doc nanti. Help!
1. Bisul yang ada mata atau tak ada mata/ buta
Bisul tumbuh & membesar seperti Bukit Cameron atau Gunung Kinabalu sebab dalamnya ada nanah. Hihihi. Di puncak benjolan bisul ada titik putih/ kuning disebut Pustule. Bukan salji tau! Orang kata bisul ni ada MATA. Kalau mata satu dipanggil LANUN kut. Hihi. Kalau bisul tu lebih daripada satu mata dipanggil ALIEN kut. Orang kampung Doc kat Penang panggil PERCUT! Hihihi. Kalau bisul tak dak mata dipanggil RABUN ke atau Bisul BUTA kut? Hihihi. Bisul ni pemukaan merah berkilat atau merinin seperti Artikel 718 doc CELLULITIS. Uoll punya bisul ada tak yang BERCERMIN MATA? Hihihi??.
2. Bisul yang masak atau tak masak
Orang kita kata kalau bisul tak dak mata, dia belum masak. Permukaan bisul tu merah berkilat je. Depa kata tunggu masak baru picit. Fahaman di TAK BETUL! Kerana masa ni elok makan ubat antibiotik kasi mampus kuman dalam bisul tu cepat-cepat & bisul tu mengecil & hilang je. Kalau ditunggu, apa lagi kuman biak, berpesta & beranak. Bisul membesar, anda lagi sakit & demam. Kalau bisul tu menggunung tapi TAK MELETUP, apa lagi Doc belah operate/ sembelih je bisul tu. Baru anda rasa lega. Nasihat Doc, kalau ada bisul makan antibiotik awal ye.
3. Bisul yang single atau group gangster
Uoll tau bisul SINGLE/Tunggal (Furunkel) pun Doc & anda tak tahan, apa lagi yang bawa GANG (Karbunkel) lebih daripada satu? Kita surrender je kat Doc untuk operate pancung depa semua je + injeksion antibiotik je.
4. Bisul yang control satu-satu kawasan: Along Kawasan macam Mafia
Mafia ni ada macam-macam nama ikut kawasan yang depa CONTROL:
a. Kalau di punggung, kita panggil BISUL.
b. Bila Mafia ni di mata, Doc orang Penang panggil KETUMBIT.
c. Kalau di ketiak, group Mafia ni digelar BARAH KELAWAR (Lihat Artikel 716 Doc)
d. Kalau bisul di atas kepala, Mafia ni dipanggil SAWAN.
La ni Doc nak tanya BISUL ANDA YANG GANG MANA SATU di atas?
BACA: Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah Tanpa Beli Ubat!
Awas:
Bisul bahaya jika KUMANnya masuk ke dalam aliran darah yang mengakibatkan keracunan darah anda, menyerang jantung & menyerang sistem pembuluh darah ke seluruh anggota badan anda ke otak. MATIlah anda! Waspada tau! Don’t play-play.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Buncit Kurang Handsome
PAKAR KESIHATAN JUGA TURUT MENJELASKAN BAHAWA ADA BANYAK FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN PERUT MENJADI BUNCIT. ANTARANYA IALAH FAKTOR KETURUNAN YANG DIWARISI DARIPADA ORANG TUA, FAKTOR PENUAAN DAN JUGA BERKAITAN DENGAN PENJAGAAN MAKANAN HARIAN DAN DISIPLIN KETIKA MENJAMAH MAKANAN. SELAIN ITU, PENYAKIT JUGA TURUT BERSELINDUNG DI SEBALIK PERUT BUNCIT YANG MANA SAIZNYA TIDAK SEPADAN DENGAN BENTUK TUBUH SESEORANG.
STRES
Keadaan psikologi seseorang seperti stres juga mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadaman. Stres boleh menyebabkan rasa kenyang dan menimbulkan masalah keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya perut anda kelihatan lebih mengembang daripada saiz yang sepatutnya. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu belajar untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan. Golongan wanita kebiasaanya lebih mudah dilanda stres, oleh itu mereka lebih cenderung memiliki lemak berlebihan di bahagian perut.
PERUBAHAN HORMON
Perubahan hormon terutamanya ketika menopaus juga menyebabkan lemak menjadi tidak sekata yang boleh menyebabkan orang bertubuh kecil mengalami perut buncit. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Menurut pakar, keadaan ini juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan yang berasaskan tepung seperti mi dan roti dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepat di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
Perut buncit memang tidak selesa kerana ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan apa-apa pergerakan walaupun sekadar berjalan, bahkan ia turut menjejaskan penampilan seseorang kesan daripada bentuk tubuh yang kelihatan tidak seimbang.
SUKA TIDUR SELEPAS MAKAN
Menurut pakar kesihatan, tabiat suka tidur selepas makan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah perut buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik. Penampakan lemak-lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh dalam diri seseorang.
LEMAK DI SEKELILING PERUT
Menurut pakar kesihatan, lemak yang menyebabkan perut buncit sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Pertama ialah lemak subkutaneus iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit. Kedua ialah lemak viseral iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut. Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal. Lemak viseral nyata lebih berbahaya kerana lemak ini mempunyai kaitan antara metabolisme seperti pertahanan insulin, diabetes dan sistem peredaran darah. Menurut pakar kesihatan, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahan insulin. Keadaan ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah hinggap seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin yang lebih serius ialah kanser.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Teknik Turunkan Berat Badan At Least 10 KG Ramadan Ini
TIP KURANGKAN BERAT BADAN KETIKA BERPUASA
BARANGKALI MENTALITI SESETENGAH MASYARAKAT YANG MENGAMBIL MAKANAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK KETIKA BERSAHUR SUDAH SEBATI DENGAN KEHIDUPAN MEREKA MENJELANGNYA RAMADAN. MUNGKIN BIMBANG AKAN MERASA LETIH DAN LAPAR MENGHERET MEREKA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. SEDANGKAN AMALAN BERIKUT BOLEH MENGUNDANG KEMUDARATAN KEPADA KESIHATAN.
1.KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN GULA, MINYAK SERTA LEMAK
Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit. Di sebalik tuntutan menahan nafsu lapar dan dahaga, ibadah berpuasa membantu meningkatkan keupayaan sistem dalaman dengan berkesan. Usah bebani tubuh anda dengan jumlah makanan yang banyak tetapi tidak diperlukan oleh badan. Sewajarnya, aturlah pelan diet secara bijak dengan memilih makanan yang sesuai.
2.HADKAN PENGAMBILAN AIR MANIS SEPERTI AIR SIRAP ATAU KORDIAL
Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
3.BERI PERHATIAN PADA SAIZ HIDANGAN ANDA
Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
Kekalkan corak pemakanan yang ringkas dan seimbang dalam diet Ramadan anda. Sebagai contoh, ambil makanan yang lambat dihadam atau makanan berserat tinggi yang berupaya menyokong keperluan badan selama 8 hingga 12 jam. Antara makanan yang lambat dihadam seperti barli, gandum, kekacang dan oat yang turut dikenali sebagai karbohidrat kompleks.
4.LEBIHKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda. Banyakkan makanan yang tinggi kandungan seratnya dengan mengambil sayur-sayuran hijau seperti bayam, bijirin, kekacang dan buah-buahan seperti kurma, apricot kering dan prun. Pastikan sajian berbuka anda mengandungi setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan, roti dan produk tenusu.
5.JANGAN LUPA UNTUK MELAKUKAN SENAMAN RINGKAS. BERPUASA BUKAN ALASAN UNTUK ANDA TIDAK MELAKUKAN SENAMAN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI