Ramai yang fikir, lagi berat anda pilih dumbbell lagi bagus untuk menaikkan otot. Hakikatnya, pendapat tersebut salah.
Tanpa tunjuk ajar dan panduan yang betul, dumbbell yang tidak sepadan dengan kemampuan boleh memudaratkan dan memberi kesan yang buruk pada tubuh badan.
Untuk itu, ikuti 4 tip memilih dumbbell bergantung pada kemampuan otot.
1. Kenal pasti tujuan
Berat dumbbell bergantung pada tujuan latihan atau senaman yang anda lakukan. Jika ingin mengecilkan lengan, satu ataupun dua kilogram berat sudah memadai.
Ads
2. Lakukan ujian terlebih dahulu
Sebelum membeli, lakukan sedikit ujian dengan angkat dumbbell sekurang-kurangnya tanpa henti untuk melihat adakah otot anda letih atau sebaliknya. Sekiranya otot anda letih, itu tandanya dumbbell tersebut tidak sesuai dengan anda.
Ads
3. Maksimumkan penggunaan otot
Untuk kaedah terbaik, anda harus memastikan pergerakan anda perlahan agar ia menggunakan kekuatan otot yang sebenar. Jika anda dapat mengangkat danmenurunkan dumbbell dengan cepat, itu tandanya anda menggunakan tenaga kudrat anda, bukannya otot. Jadi, ia hanya akan sia-sia dan memenatkan sahaja.
Ads
4. Sesuai untuk kebanyakan tempat
Penggunaan dumbbell bukan hanya di gimmasium sahaja tetapi ia boleh diguna pakai di mana-mana. Di bilik tidur juga boleh asalkan ada ruang yang sesuai untuk anda menyimpannya misalnya di dalam kotak.
Ramai orang mahu menurunkan berat badan dari digelar gemuk hingga kurus. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang berbadan kurus hingga sukar untuk dia menaikkan berat badan ke tahap yang ideal sepertimana lelaki sihat yang lain.
Kita kena tahu bahawa, jika terlalu gemuk anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan namun, jika terlalu kurus sama juga anda tidak sihat kerana badan kekurangan zat.
Dalam badan manusia, terdapat 2 jenis lemak, iaitu lemak sihat dan lemak tidak sihat serta merbahaya kepada manusia. Lemak yang baik memainkan peranan yang penting untuk perkembangan otak untuk mencegah inflamasi serta pembekuan darah.
Terpanggil dengan isu tersebut, seorang pengguna twitter Syam berkongsi melalui twitter thread bagaimana untuk menambahkan berat badan dengan ideal & sihat. Posting tersebut mendapat 6540 ulang kicau, serta 7769 tanda suka.
Populariti sukan bola keranjang kini semakin meningkat terutamanya di kalangan lelaki urban. Ini kerana semakin banyak gelanggang tertutup bola keranjang boleh di dapati di sekitar Lembah Klang.
Sukan yang memberi impak tinggi ini mampu membakar kalori badan dengan kadar cukup tinggi. Lihat sajalah badan dan fizikal atlet-atlet profesional bintang bola keranjang NBA. Kebanyakan daripada mereka memiliki badan yang lean dan mempunyai muscle kuat terutamanya di bahagian perut, kaki dan tangan.
Bermain boleh keranjang tak memerlukan banyak alat. Anda hanya perlu gelanggang, bola dan juga kasut yang sesuai. Bagi mengelakkan kecederaan pemilihan kasut yang sesuai sangatlah penting. Antara jenama yang sering menampilkan kasut bola keranjang yang selesa ialah Under Armour.
Dua pemain bola keranjang negara, Kuek and Ivan turut hadir pada majlis pelancarannya.
Kolaborasi mereka dengan pemain profesional NBA, Stephen Curry telah diketahui umum dan ia kini memasuki siri yang keenam. Terbaru Under Armour memperkenalkan Curry 6 yang menampilkan ciri-ciri keselesaan, keselamatan dan kemampuan menyerap tekanan.
MASKULIN baru-baru ini turut serta dalam majlis pelancaran Curry 6 yang turut dihadiri oleh selebriti terkenal seperti Yasmin Hani, Atilia Haron, Theeban Gonvindasamy (atlet MMA), Shawn Lee (personaliti YouTube), Jeff Lau (pelari maraton) dan juga dua pemain bola keranjang negara Kuek Tian Yuan dan Ivan Yeo.
Koleksi terbaru dari Under Armour, Curry 6 dan Spawn Low.
Selain Curry 6, Under Armour turut memperkenalkan Spawn Low yang rekaannya dipelopori oleh Joel Embid. Apa yang menarik kedua-dua kasut ini dihasilkan dengan menggunakan data biometrik pemain NBA tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan pandang mudah dengan bahaya kanser tekak. Jika rasa tidak selesa pada tekak berlarutan, mungkin itu antara tanda serangan kanser tekak bermula.
Walaupun kanser tekak ini lebih banyak menyerang lelaki, namun wanita juga tidak boleh mengabaikan risiko kanser tekak ni.
Ikuti perkongsian Muhamad Firdaus Rahim menerusi page hello Doktor untuk mengetahui info lanjut tentang kanser tekak yang lebih ramai menyerang lelaki.
Jadi selepas ini jika ada enam tanda yang dinyatakan ini dan berlaku secara berlarutan, jangan berlengah. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bimbang jika dibiarkan makin serius seterusnya membawa pada kanser tekak.
Kanser tekak berbunyi seperti sangat menakutkan dan menyeksakan. Mana tidaknya, fungsi penting seperti bercakap, bernafas, makan dilakukan oleh bahagian badan ini. Jika terjejas, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan semua itu.
Menurut World Cancer Research Fund, kanser tekak mencatatkan hampir 500,000 kes di seluruh dunia pada tahun 2018. Daripada angka tersebut, lebih 80% adalah dalam kalangan lelaki (390,361) manakala baki kurang daripada 20% melibatkan wanita (89,635).
Apa itu tekak?
Perkataan tekak atau throat dalam bahasa Inggeris ialah satu istilah yang terlalu umum dan tidak jelas. Dalam perubatan, tekak merangkumi dua bahagian utama bermula dari tiub di belakang hidung hingga kerongkong (esofagus) dan trakea. Bahagian tersebut disebut sebagai:
Faring/pharynx (terdiri kepada 3 bahagian; nasopharynx, oropharynx, laryngopharynx)
Laring/larynx
Fungsi utama faring ialah menghubungkan antara mulut dan tiub pemakanan esofagus manakala laring pula berhubung dengan tiub pernafasan trakea dan mengandungi peti suara yang bertanggungjawab menghasilkan suara untuk bercakap.
Lebih separuh daripada kanser tekak berlaku di faring.
Simptom kanser tekak berkait dengan fungsi faring dan laring
Kanser ini cenderung untuk berkembang dengan cepat. Oleh itu, rawatan awal adalah sangat penting demi memastikan pesakit mampu sembuh dan bebas kanser.
Apabila terdapat ketumbuhan pada tekak, fungsinya akan terganggu.
Simptom yang mungkin berlaku ialah:
1. Perubahan pada suara seperti suara pecah atau serak.
2. Menghadapi masalah untuk menelan atau bernafas.
3. Sakit tekak, batuk, atau sakit telinga yang berlarutan.
4. Sakit kepala.
5. Ketulan pada leher.
6. Berat badan hilang tanpa dirancang.
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas dan ia berlarutan beberapa minggu, jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat perubatan di pusat kesihatan berhampiran. Kebanyakan kanser tekak tidak menunjukkan simptom yang spesifik. Doktor perlu menjalankan beberapa ujian dan pemeriksaan untuk membuat penilaian.
Tetapi jangan pula anda terlalu bimbang jika berlaku mana-mana simptom yang disebutkan. Ia tidak bermakna anda menghidap kanser tekak. Doktor akan melihat kepada sebab-sebab yang lebih kerap berlaku (seperti jangkitan virus atau bakteria) sebelum pergi kepada kanser.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.