Tak dapat dinafikan orang kita memang suka makan buah. Kita memang beruntung kerana menjadi anak kelahiran Malaysia yang kaya dengan pelbagai buah-buahan tropika.

Jika dalam tempoh sebulan dua ini durian menjadi tumpuan utama, kemunculan musim buah cempedak juga tidak kurang hebatnya.

Keenakan buah cempedak yang lebih popular dimakan dengan cara goreng ini menjadikan ia sebagai masakan kegemaran ramai terutama untuk minum petang. Kalau anda biasa membelinya sudah pasti anda tahu bahawa harga cempedak goreng ini bukanlah murah. Malah ada yang dijual dengan harga RM1 seulas yang digoreng dengan tepung.

Tip Pilih Buah Cempedak Yang Masak, Manis, Sedap & Banyak Isi Ulasnya
Sekali musimnya datang buah memang akan menjadi!

BACA: Lelaki Ini Kongsi Tip Pilih Durian Agar Tak Kena Tipu Beli Buah Busuk

Sebiji sahaja harganya boleh mencecah RM20 hingga RM30. Tapi ia lebih jauh murah kalau digoreng dan dimasak sendiri.

Ads

Jadi bagaimanakah untuk memilih buah cempedak yang benar-benar masak, sedap dan banyak ulas. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan sedikit tip yang boleh anda praktikkan sebelum membelinya di pasaran.

KONDISI KULIT

Pertama sekali perhatikan kulitnya. Sebaiknya anda pilihlah buah yang mempunyai kondisi kulit yang elok tanpa ada lubang atau kesan gigitan haiwana atau serangga. Kalau itu berlaku kita risau isinya tak elok, masam dan juga mungkin ada ulat.

KULIT KUNING

Buah cempedak yang masak dan matang mempunyai warna kulit yang kuning kehijauan. Jika anda nampak buah itu lebih banyak warna hijau maka baik elak. Ini kerana isi di dalamnya pasti banyak yang belum masak sepenuhnya dan rasanya pasti hambar. Selain itu anda juga boleh perhatikan kondisi tangkainya. Pilih tagkai berwarna coklat kerana itu indikasi buah yang baik.

Ads

Tip Pilih Buah Cempedak Yang Masak, Manis, Sedap & Banyak Isi Ulasnya

DURI TUMPUL DAN MELEBAR

Ketika anda nak pilih buah cempedak, sentuh sedikit bahagian permukaan kulit dan lihat keadaan durinya. Kalau anda rasa tumpul dan bentuknya lebar itu menunjukkan buah sudah masak. Kaedah sama juga boleh dipraktikan untuk buah nangka.

Tip Pilih Buah Cempedak Yang Masak, Manis, Sedap & Banyak Isi Ulasnya

Ads

TEKAN KULIT

Anda juga boleh tekan bahagian kulit luar buah. Tekan perlahan-lahan dan jika dapati ia keras itu menandakan buah masih belum masak sepenuhnya. Pilihlah buah yang bila ditekan kulitnya lembut dan empuk.

Tip Pilih Buah Cempedak Yang Masak, Manis, Sedap & Banyak Isi Ulasnya

BAU WANGI

Ini ciri-ciri yang wajib ada pada buah cempedak. Kewangian buah cempedak memang menjadi tarikan utama buah ini. Cempedak yang benar-benar masak akan mengeluarkan bau manis yang sangat harum.

BUAH BERAT

Mungkin disebabkan harganya yang mahal ramai yang ingin berjimat dan pilih buah yang kecil. Anda harus waspada kerana buah yang kecil mungkin mengandungi ulas yang sedikit, malah ada yang kosong! Pilihlah buah yang berat dan memiliki kesemua ciri-ciri yang MASKULIN kongsi di atas ya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI