Pertama sekali anda perlu buang jauh-jauh perasaan bahawa lelaki tak semestinya kena menjaga kulit wajah dan melakukan grooming secara keseluruhannya.

Tanggapan begitu sebenarnya sangat salah dan hanya membawa keburukan kepada anda. Zaman sekarang lelaki mempunyai puluhan jenis potongan rambut yang boleh digayakan. Malah produk-produk penjagaan muka, jambang dan rambut.

Tip Penjagaan Rambut, Janggut & Jambang Agar Anda Sentiasa Segak, Barulah Dijeling Wanita

IKLAN

Jadi sudah semestinya anda seorang lelaki harus tahu bagaimana untuk menjaga penampilan wajah agar sentiasa tampil segak dan kacak.

Untuk rambut contohnya kenal pasti jenis rambut sama ada lurus, kerinting, tebal atau ikal. Apabila tahu jenis rambut maka lebih mudah untuk mencari produk yang sesuai dengan jenis rambut anda.

IKLAN

Manakala bagi anda yang berjanggut dan berjambang pula jangan biarkan ia menjadi serabai dan kering. Berikut beberapa tip penjagaan rambut, janggut dan jambang yang boleh anda lakukan.

TIP PENJAGAAN RAMBUT

  • Cuci rambut setiap hari atau selang sehari. Lebih elok jika anda menggunakan syampu lembut yang bebas paraben (bahan pengawet)

Tip Penjagaan Rambut, Janggut & Jambang Agar Anda Sentiasa Segak, Barulah Dijeling Wanita

IKLAN
  • Jangan lupa untuk guna kondisioner 2 atau 3 kali dalam seminggu
  • Multivitamin juga baik untuk rambut
  • Suplemen biotin yang oleh membantu melebatkan dan menebalkan rambut
  • Jangan biar rambut rambut sentiasa basah dan terperap dalam tuala
  • Keringkan rambut secara manual dan kurangkan penggunaan hair dryer

BACA: 5 Kelebihan Lelaki Berjanggut, Salah Satu Boleh Rangsang Wanita

TIP PENJAGAAN JANGUT & JAMBANG

  • Cuci dengan syampu sebanyak dua kali seminggu
  • Untuk melembutkan anda boleh guna kondisioner dua kali seminggu
  • Lakukan trim yang bersesuaian sebanyak satu atau dua kali seminggu
  • Sapukan minyak jambang sekali sehari atau selang sehari

Tip Penjagaan Rambut, Janggut & Jambang Agar Anda Sentiasa Segak, Barulah Dijeling Wanita

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI