Tip Penjagaan Jeans Elak Cepat Lusuh, Tak Mudah Koyak & Tahan Lama!

1438

Semua orang suka memakai jeans. Tidak dinafikan kalau kerap pakai, jeans akan cepat rosak. Oleh itu, bagi memastikan jeans tahan lama dan tak mudah lusuh, anda kena menjaganya dengan baik.

Kalau nak berjimat, ini 9 cara penjagaan yang harus anda buat kalau nak jeans tahan lama dan tak mudah lusuh.

BACA: Sebelum Beli Jeans Kena Tahu Potongan & Jenisnya, Barulah Selesa Nak Pakai & Ada Gaya!

1. Tambahkan garam atau cuka

Garam sangat berguna untuk membuatkan warna jeans tidak pudar ketika mencuci. Begitu juga dengan garam, penggunaan cuka saat membasuh jeans boleh dikatakan wajib agar warna jeans anda kekal cantik dan tidak nampak pudar.

2. Suhu air yang betul

Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan. Jika membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh, periksa suhu air pada kadar yang bersesuaian.

3. Zip jeans ketika cuci dengan mesin

Sekiranya anda mencuci jeans dengan menggunakan mesin pembasuuh, pastikan anda zip jeans anda. Ia penting dilakukan supaya bentuk jeans anda tidak berubah, selain menjaga zip daripada cepat rosak.

4. Cuci secara berasingan

Please, jangan sesuka hati campurkan seluar jeans dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya cuci jeans anda secara berasingan dengan pakaian yang lain. Pastikan juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama.

5. Wapkan saja dengan air panas

Jika anda gemar pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena air laut serta pasir-pasir halus tersebut telah melekat pada jeans, pastikan anda tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa. Sebaliknya cuba ambil sebaldi air yang mendidih, kemudian wapkan sahaja bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama kira-kira 10 minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat itu akan tertanggal dengan mudah.

6. Jangan rendam terlalu lama

Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput. Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi, bagaimana baunya?

7. Elakkan mesin pengering

Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menggunakan mesin pengering atau seterika pada suhu tinggi untuk mengeringkan seluar jeans yang di basuh. Tindakan ini akan merosakkan fabrik kain pada seluar jeans anda. Gantung dan anginkan sahaja supaya ia tidak renyuk atau berkedut.

8. Elak jemur di bawah sinar matahari

Untuk memastikan warna seluar jeans kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans tersebut di bawah terik matahari. Namun begitu, jemurlah di kawasan atau tempat yang terdapat perlindungan dari sinar matahari yang memancar terus ke arah jeans anda.

9. Pilih bahan pencuci yang sesuai

Jangan sebarangan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia untuk mencuci jeans. Jika terdapat kotoran degil yang melekat seperti karat atau minyak hitam, gunakan alternatif lain atau bahan pencuci yang selamat. Bahan pencuci yang kuat seperti Bleach akan mengakibatkan kualiti warna jeans anda mudah luntur dan koyak.