Pilihlah keperluan pakaian asas, praktikal, bergaya serta ringkas untuk dibawa dalam bagasi anda. Namun begitu, sebelum mengemas pakaian, senaraikan terlebih dahulu aktiviti yang akan dilakukan sewaktu bercuti supaya ia bersesuaian dengan tempat dan acara yang dikunjungi.
Antara aspek penting yang perlu difikirkan sebelum anda buat pemilihan pakaian:
-Saiz beg atau bagasi yang sesuai dan muat untuk keperluan yang perlu dibawa (termasuk ruang untuk kelengkapan dandanan diri)
-Cuaca di tempat destinasi anda
-Apa perkara utama yang akan dilakukan di sana
-Durasi percutian
Kita perlu fokus tentang jenis pakaian dan aksesori yang diperlukan serta sesuai, praktikal tetapi masih menarik dan bergaya untuk aktiviti serta acara daripada mula menjejakkan kaki di tempat percutian hingga selamat pulang ke rumah.
Ingat, percutian adalah sesuatu yang ceria. Pastikan anda bawa pakaian dalam warna kegemaran. Kadangkala kita perlu berani mencuba pakaian reka corak atau motif dan tekstur yang baru atau warna terang sebagai salah satu cara untuk menyemarakkan lagi mood percutian.
Namun begitu, bagi mereka yang tidak berani bereksperimen, anda boleh memilih rona neutral seperti hitam, putih, kelabu, biru dan hijau zaitun (olive) yang juga sangat menarik digayakan dengan warna terang dan reka corak. Warna kasut yang paling mudah untuk disuai padan pula adalah hitam, putih ataupun perang (tan).
Tetapi semuanya adalah pilihan individu. Apa yang penting anda bijak serta berani bereksperimen. Pemilihan fabrik pakaian pula adalah untuk keselesaan. Pilih pakaian dalam fabrik yang mudah dijaga (low maintenance). Contohnya fabrik kapas (cotton), linen, denim dan khaki.
Ads
Perlindungan kulit dari matahari juga jangan diabaikan. Anda disarankan membawa topi, kaca mata hitam dan paling penting krim pelindung matahari. Kita semua tahu bahawa jika kulit terlalu lama di bawah panahan matahari, proses penuaan akan lebih mudah berlaku serta kesan-kesan sampingan yang lain.
Cadangan pakaian bagi percutian yang panjang
-2 helai jean – biru, kelabu, hitam atau putih
-Sehelai seluar pendek
-Sehelai chinos
-Sehelai seluar formal (dress pants)
-2 kemeja polo
-2 kemeja
Ads
-Sepasang but atau kasut untuk beriadah
-Sepasang loafers
-Sehelai blazer
-Sehelai sweater
-Stoking dan pakaian dalam (underwear) untuk 7 hari
-Sepasang stoking sukan
-Pakaian untuk ke gym
-Pakaian untuk berenang
Ads
Cadangan pakaian untuk cuti hujung minggu (3 hari)
-Sehelai blazer
-Sehelai kemeja jalur (striped shirt)
-2 helai kemeja kasual – polo atau kemeja-t
-Sehelai chinos
-Sehelai jeans
-But atau kasut untuk beriadah
-3 pasang stoking – sekurangnya sepasang stoking sukan
-2 helai pakaian dalam (underwear)
-Pakaian renang
-1 tali pinggang
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bercakap tentang denim ia merupakan salah satu bentuk material yang memang tak dapat dipisahkan dengan golongan lelaki.
Material denim yang tahan lasak, selesa serta membawa imej maskulin telah berjaya merentasi pelbagai era serta gaya selama berdekad-dekad lamanya.
Jika suatu ketika dahulu industri penghasilan jeans dipelopori pelbagai jenama dari Amerika Syarikat dan Jepun. Namun kini anak tempatan juga telah mampu berdiri sama tinggi dan bermegah dengan rekaan jenama sendiri.
Bagi anda pengikut trend denim pastinya pernah mengikuti tentang kisah 3 orang anak muda dari Besut melahirkan jenama jeans mereka sendiri dikenali sebagai Raw Denim House. Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin bersama abangnya Ahmad Syukri Kamarudin dan rakanya, Muhamad Aidil Akhyar pada suatu ketika tular dengan rekaan jeans berkualiti tinggi jenama mereka.
IDENTITI TERSENDIRI
Lambang ‘cakar ayam’ sebagai tanda jenama di poket belakang jeans mencerminkan mitos tempatan yang menceritakan bagaimana Besut menjadi satu daerah di negeri Terengganu, seiring dengan usaha berterusan untuk mengekalkan identiti asal yang menerapkan falsafah hidup anak-anak kelahiran Besut dalam hasil karya tempahan khas mereka.
“Saya memang berminat tentang jeans lebih-lebih lagi aspek artisan dalam pembuatan jeans.Kami memberi tumpuan mengekalkan keaslian mencipta jeans dengan menggunakan mesin klasik dari tahun 1940-an.
“Kami melihat usaha ini sebagai satu bentuk seni di mana setiap hasil kerja yang kami cipta adalah unik dan lain daripada yang lain dan kami mahu mengekalkan nilai artisan dalam pembuatan jeans,” ujar Ahmad Safuan Nizam Kamarudin, pengasas RDH yang baru-baru ini menerima ‘Anugerah Tokoh OKU Negeri Terengganu’sempena perayaan Maal Hijrah lalu.
SOKONGAN ILTIZAM
Mereka juga merupakan antara usahawan yang turut diberikan bantuan oleh ILTIZAM bagi menambah baik proses serta mencari jalan mengembangkan perniagaan. Menerusi program dimainkan oleh ILTIZAM, jenama Raw Denim House boleh dikembangkan ke peringkat lebih tinggi lagi.
“Pada permulaan kerjasama tersebut, ILTIZAM EMP menggunakan peralatan program untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh RDH. Berasaskan maklumat tersebut, ILTIZAM telah memulakan inisiatif untuk menambah baik proses perniagaan, pemasangan sistem kewangan dan membina laman web e-dagang interaktif untuk jeans tempahan ‘made-tomeasure’ untuk RDH.
“Kami sasarkan untuk sempurnakannya menjelang akhir tahun ini. Matlamat kami adalah untuk memastikan inisiatif-inisiatif ini akan menambah baik operasi dalaman RDH dan juga meningkatkan daya tarikan pasaran jenama dan produk mereka,” kata Hizwani Hassan, Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).
Jeans tempahan khas RDH dijual pada harga RM450 dan ke atas dan tempahan boleh dibuat menerusi laman Facebook, Instagram, talian mudah alih 013-580 5351 atau di studio RDH di Lot 373, Aras 2, Jalan Dato’ Haji Hussin, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu.
Dalam pada itu, ILTIZAM juga mengalu-alukan usahawan Bumiputera yang bertekad mahu mengembangkan perniagaan mereka dan menyertai ILTIZAM EMP. Pemohon yang berminat
boleh memohon untuk menyertai program menerusi e-mel di csr@ekuinas.com.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepetahannya berbicara dalam pelbagai bahasa menjadikan hos dan selebriti serba berbakat, Baki Zainal dipilih oleh jenama isi rumah popular, Eco-Shop sebagai duta terbaru mereka.
Menerusi kenyataan media dari Baki Zainal Entertainment, kolaborasi menarik antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd menyaksikan di mana dia akan memainkan peranan sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Sebagai seseorang yang sentiasa komited dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan kita dan memupuk perubahan positif dalam kebajikan masyarakat, komitmen Baki Zainal sejajar dengan visi Eco-Shop ke arah perubahan persekitaran yang lebih mampan dan positif.
Bukan itu sahaja, malah pengaruh dan kesungguhan beliau terhadap amalan mesra alam juga selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari.
Sebagai Duta CSR, Baki Zainal akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai inisiatif kelestarian, berinteraksi dengan komuniti, dan mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui kempen dan acara pendidikan.
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
“Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” jelasnya.
Dalam pada itu, pihak Eco-Shop turut memaklumkan bahawa sumbangan pelbagai aspek Baki Zainal dalam pemerkasaan gaya hidup berwawasan ini telah menjulang beliau sebagai duta utama.
Kedua-dua belah pihak juga amat mengharapkan agar inisiatif yang digerakkan ini mampu memberi impak dan mewujudkan legasi dalam perubahan positif untuk alam sekitar dan juga komuniti.
Dengan kerjasama baharu ini, Baki Zainal akan memimpin langkah pertama Eco-Shop ke arah kemampanan dengan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”
Langkah ini tidak hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Platform video terkenal Tiktok telah menjadi platform bagi pencipta kandungan untuk berkarya dan menyumbang manfaat kepada masyarakat. Maka, ramai pencipta kandungan berjaya menempa nama menjadi berpengaruh dalam bidang masing-masing melaluinya.
Tidak terhad kepada fesyen, kecergasan dan masakan sahaja, bidang pendidikan juga tidak ketinggalan apabila ramai guru turut terjun ke dalam arena penciptaan kandungan di media sosial.
Salah seorang daripadanya ialah Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Sir Asai yang aktif membuat video mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajarnya.
Walaupun sering menampilkan pelajar-pelajarnya di dalam video yang dihasilkan, Ahmad mengakui yang sebagai seorang guru beliau perlu mengutamakan privasi pelajar-pelajarnya.
JANGAN PAKSA, RAKAM CURI-CURI
“Kita tak boleh paksa, tak boleh buat candid atau ambil gambar dan video curi-curi,” katanya kepada Maskulin ketika ditemui di sidang media Tiktok Awards 2023 pada Selasa lalu.
“Kadang-kadang itu tak perlu pun guna pelajar, just muka sendiri… Whatever it is, gunakan daya kreativiti masing-masing asalkan tidak menganggu core business kita sebagai seorang guru”.
Menganggap pelajar ibarat anak sendiri, beliau percaya yang menyediakan suasana belajar yang aman juga merupakan salah satu tanggungjawab terpenting sebagai seorang guru.
BANTU ANAK KELANTAN KUASAI BAHASA INGGERIS
Mengulas lanjut, Ahmad berkata penglibatanya di platform Tiktok itu langsung tidak pernah mendapat halangan dari mana-mana pihak, bahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turut menyokong usahanya.
Hal ini kerana, hasil karyanya memberi impak yang ketara kepada pendidikan bahasa Inggeris bagi pelajar-pelajar di Kelantan yang sering menghadapi kesukaran menguasai mata pelajaran itu
“So far saya tiada masalah sebab saya dapat sokongan daripada pengetua saya, cikgu sekolah saya, even JPN dan PPD pun menyokong di belakang saya… Apa yang saya buat ini adalah satu inovasi untuk pelajar-pelajar di Kelantan untuk terus minat belajar bahasa Inggeris,” katanya.
TERCALON TIKTOK AWARDS 2023
Dengan lebih 1.2 juta pengikut di Tiktok, tidak hairanlah Ahmad tercalon bagi anugerah kategori “Best Of Education” di Tiktok Awards 2023 di samping pencipta kandungan berpengaruh lain yang juga di bidang pendidikan.
Temasya anugerah berprestij meraikan pencipta kandungan atas talian yang julung kali diadakan di Malaysia itu juga bakal disiarkan secara langsung di media arus perdana pada 27 Ogos ini, iaitu di TV3 bagi acara utama dan di TV9 bagi acara karpet merah.