Tip Panjangkan Hayat Bateri Kereta, Pandai Jaga Tiga Tahun Pun Masih Baik

Share

Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.

Bateri kereta berfungsi membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Bateri kereta turut menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi.

Kebiasaannya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun. Malah ada bateri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah terlalu sukar seperti mana yang anda bayangkan.

Pertama sekali kita kenal apakah jenis bateri yang digunakan dan ada di pasaran.

Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :

  • Sel kering (Free Maintenance)
  • Sel basah

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta anda :

Periksa Aras Air Bateri

Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri maintenance free. Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa. Cecair yang kurang dalam bateri dalam masa yang panjang akan mengakibatkan tempoh hayat bateri pendek daripada yang sepatutnya.

Foto: motorera.com

Pastikan air bateri mencapai tahap max. Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.

Bersihkan Terminal Bateri

Setiap bateri akan mempunyai terminal postif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan. Ini kerena keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan.

Cara untuk membersihkan terminal bater :Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri. Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat.

Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid. Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.

Sapukan Gris Tahan Panas

Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat

Pasang Voltmeter

Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi. Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik.

Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri. Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 Volt.

Foto: amainsider.com

Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat,namun ianya pasti memudahkan anda.

CIRI-CIRI BATERI KERETA YANG BAIK

  • Bateri kereta dicas secukupnya
  • Umur bateri bertahan lama
  • Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal
  • Tiada perlukan kerap menambah air suling

Jangan lupa subscribe Telegram MASKULIN untuk update paling terkini dari kami!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim