MASKULIN perhatikan ramai jugha lelaki yang seolah-olah mengabaikan perkara ini pada diri mereka. Tidakkah mereka tahu bahawa lelaki yang berbau harum merupakan antara karakteristik lelaki seksi di mata wanita?
Dengan sedikit semburan dan haruman di badan anda mampu memberikan persepsi pertama yang sangat baik terutamanya di mata wanita. Ingat, karakter lelaki MASKULIN bukan hanya pada fizikal dan otot ‘sado’ sahaja.
BACA: 9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu
Namun tahukah anda bahawa terdapat cara yang betul untuk menggunakan minyak wangi agar ia lebih tahan lama dan berbau lebih sedap?
Jangan main sembur saja kerana ia mungkin merugikan wang anda. Iyalah, harga minyak wangi pun bukanlah murah.
Jadi di bahagian manakah perlu kita semburkan minyak wangi pada badan? Badan kita mempunyai lokasi yang mempunyai denyutan nadi di mana ia berdenyut dekat dengan permukaan kulit. Di kawasan nadi inilah badan kita banyak mengeluarkan haba. Dan jika minyak wangi disembur di kawasan ini, ia pasti berbau lebih kuat.
Rujuk gambarajah di bawah untuk ketahui lokasi poin denyutan nadi sesuai untuk semburan minyak wangi;
Lokasi denyutan nadi:
- Belakang telinga
- Bawah leher
- Dada
- Bahagian dalam siku
- Pergelangan tangan
- Belakang lutut
TIP UNTUK MELAKUKAN SEMBURAN
- Spray minyak wangi terus ke bahagian kulit, bukan di pakaian
- Mulakan dengan 1/2 atau 1 semburan. Anda boleh tambah semburan kemudian
- Semburkan pada bahagian kulit yangh paling lembab
- Jangan gosokkan minyak wangi di atas kulit
Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Inspirasi Potongan & Gaya Rambut Moden Paling Trendy Pada Masa Kini!
Gaya dan trend potongan rambut merupakan satu perkara yangs ering berubah-ubah di kalangan lelaki. Apa yang lebih menarik tiada siapa pun yang mampu menjangka apakah gaya rambut yang akan menjadi ikutan ramai dan popular.
Namun sebenarnya jika anda selalu melihat gaya-gaya selebriti luar negara, dalam negara dan juga majalah fesyen terkemuka, pastinya ada akan boleh dapat agak gaya rambut manakah yang sedang menjadi kegilaan ramai.
Salah satu gaya rambut yang kini yang sangat popular ialah gaya unik, moden dan edgy. Bukan mudah untuk menggayakan potongan rambut yang sedikit berbeza dari gaya tradisional. Akan tetapi ada satu perkara yang anda perlu ingat sebelum memotong rambut.
Setiap orang mempunyai tekstur rambut, warna, kepanjangan dan jenis yang berbeza. Jadi pastikan trlebih dahulu rambut anda sesuai digayakan mengikut potongan yang anda mahu.
Jika anda seorang yang berani mungkin anda boleh cuba salah satu 10 potongan rambut moden di bawah!
TECTURED FRINGE HAIRSTYLE
Sesuai untuk anda yang bermabut ikal dan kerinting. Boleh menonjolkan warna dan tekstur rambut serta memberikan frame kepada wajah anda.
QUIFF HAIRSTYLES
Mempunyai gaya kelihatan lebih ‘mahal’. Hakikatnya gaya rambut ini memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan anda berbelanja untuk bagi menggunakan produk rambut.
THE FAUX HAWK HAIRSTYLE
Mempunyai elemen lebih kurang sama dengan mohawk tetapi tampil dengan sentuhan lebih moden.
BACA: Tip Penjagaan Rambut, Janggut & Jambang Agar Anda Kelihatan Sentiasa Segak
COMB OVER HAIRSTYLES
Suatu ketika dahulu rambut sikat tepi dikaitkan dengan mereka yang skema dan nerd. Namun dengan perubahan baru ini ia lebih bergaya serta bersifat universal.
FRENCH CROP HAIRSTYLE
Tampil dengan inspirasi klasik rambut Caesar. Ia lebih pendek dan senang untuk digayakan terutama dengan potongan fringe depan yang merentasi dahi.
FADE HAIRSTYLES
Potongan fade pernah menjadi antara gaya yang paling popular di kalangan semua orang. Kini ia muncul dan kembali popular di kalangan lelaki.
UNDERCUT HAIRSTYLES
Berbeza dengan potongan fade, gaya undercut membuatkan rambut anda kelihatan lebih tebal dan sihat!
POMPADOUR HAIRSTYLES
Suatu ketika dahulu istilah pampadour menjadi sangat asing buat ramai penggemar potongan rambut. Tapi tidak lagi sekarang kerana ia menjadi salah satu potongan rambut paling popular!
BRAIDED RAZOR PART
Antara gaya edgy yang paling trendy masa kini! Anda boleh melakukan potongan ini di mana-mana bahagian rambut dan ia masih kelihatan hebat!
SHORT SIDES
Gaya rambut ini terhasil dengan gaya yang cukup lengkap. Selain selesa ia juga menempatkan pelbagai makanan sendiri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bersihkan Wajah & Gunakan Pisau Pencukur Yang Betul, Ini Tip Asas Lelaki Untuk Nampak Lebih Kacak
Ramai yang beranggapan bahawa lelaki tidak memerlukan alat solek atau panduan kecantikan dalam penjagaan tubuh badan.
Lelaki juga seperti wanita, kaum Adam ini harus memberi layanan istimewa kepada tubuh badan mereka kerana ia merupakan aset penting dalam kehidupan harian.
Banyak produk baharu yang sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kecantikan namun tidak berkesempatan kerana faktor masa. Paling utama, lelaki harus menumpukan perhatian pada cara pencukuran.
Lelaki harus pakar dalam soal ini kerana untuk tampil menarik, seorang lelaki harus bijak menggunakan pisau cukur dengan baik. Jambang, misai dan kumis mencerminkan keperibadian seorang lelaki.
Ini menurut perspektif wanita. Berikut merupakan tip untuk anda mencukur dengan baik.
Bersihkan wajah
.
Kekangan masa menyebabkan anda kurang meneliti setiap langkah untuk mencukur. Ada antara anda terus sapu krim ke muka. Seperti wanita, permukaan muka lelaki juga harus dijaga.
Jika anda terlalu malas untuk membasuh muka dengan pencuci muka, anda hanya perlu basuh muka anda dengan air suam saja.
Kulit muka anda lebih bersedia untuk menerima perubahan jika anda tidak terburu-buru dalam mencukur. Dalam pada masa yang sama, pembersih muka dan air suam boleh menghindari wajah anda dari kusam dan rosak. Jadi, jangan ambil mudah dengan bahagian muka ini.
Cara mencukur
.
Mulakan mencukur dari bahagian rahang, leher dan pipi. Bahagian ini menjadi keutamaan atas beberapa sebab.
Salah satunya ia dapat mengelakan kulit anda dari terluka. Tidak seperti wanita, mereka boleh menutup bahagian terluka selepas mencukur kerana mereka biasanya mencukur di bahagian kaki.
Wajah yang penuh dengan luka dan berparut, tidak akan membolehkan wanita mendekati anda. Jadi harus diambil perhatian lebih.
Kumis dan janggut perlu mendapat perhatian khusus kerana anda mungkin ingin mengikut pola dan gaya yang ada inginkan.
Cukur searah dengan tumbuhnya anak rambut. Tarik pisau cukur dengan jalur searah supaya kulit anda tidak luka. Hati-hati dalam mencukur.
Pilih pisau cukur yang bagus
.
Pencukur elektrik mudah digunakan dan menjimatkan masa, dan memerlukan kurang penyediaan daripada pencukur tradisional, dan sedikit lebih lembut bagi kulit sensitif.
Walau bagaimanapun, untuk beberapa jenis rambut, alat cukur elektrik cenderung untuk meninggalkan keputusan yang tidak rata atau sisa pada wajah.
Kerana itu, pisau cukur tradisional berfungsi dengan baik pada semua jenis kulit dan untuk semua jenis rambut.
Kepada anda yang mengalami masalah berterusan apabila bercukur, boleh menggunakan pisau cukur yang direka khas, biasanya dipasarkan untuk lelaki yang mempunyai rambut kasar.
Kuncinya adalah pisau cukur tidak boleh dipotong terlalu dekat, jadi rambut tidak tumbuh ke dalam kulit. Penggunaan cecair pra-dicukur atau serbuk khas, dan penjagaan selepas mencukur pada pencukur juga boleh membantu.
Jika anda mempunyai jerawat dan perlu mencukur kawasan tersebut, cuba gunakan pencukur elektrik dan pisau cukur yang mempunyai peranti keselamatan yang terletak pada pinggir bilah untuk menentukan keselesaan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bangun Pagi Masih Kekal Kacak, Ini Kelebihan Rutin Cuci Muka Sebelum Tidur
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk mejaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda seselum tidur, bukan?
BERSIHKAN WAJAH
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
HALANG BAKTERIA
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
BACA: Dari Muka Berjerawat Teruk, Lelaki Kongsi Cara Dia Pulihkan Wajah Dengan Produk Ini!
PROSES BAIK PULIH
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
BANTU REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KEKALKAN KELEMBAPAN
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI