
MASKULIN perhatikan ramai jugha lelaki yang seolah-olah mengabaikan perkara ini pada diri mereka. Tidakkah mereka tahu bahawa lelaki yang berbau harum merupakan antara karakteristik lelaki seksi di mata wanita?
Dengan sedikit semburan dan haruman di badan anda mampu memberikan persepsi pertama yang sangat baik terutamanya di mata wanita. Ingat, karakter lelaki MASKULIN bukan hanya pada fizikal dan otot ‘sado’ sahaja.
BACA: 9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu
Namun tahukah anda bahawa terdapat cara yang betul untuk menggunakan minyak wangi agar ia lebih tahan lama dan berbau lebih sedap?
Jangan main sembur saja kerana ia mungkin merugikan wang anda. Iyalah, harga minyak wangi pun bukanlah murah.
Jadi di bahagian manakah perlu kita semburkan minyak wangi pada badan? Badan kita mempunyai lokasi yang mempunyai denyutan nadi di mana ia berdenyut dekat dengan permukaan kulit. Di kawasan nadi inilah badan kita banyak mengeluarkan haba. Dan jika minyak wangi disembur di kawasan ini, ia pasti berbau lebih kuat.
Rujuk gambarajah di bawah untuk ketahui lokasi poin denyutan nadi sesuai untuk semburan minyak wangi;
Lokasi denyutan nadi:
- Belakang telinga
- Bawah leher
- Dada
- Bahagian dalam siku
- Pergelangan tangan
- Belakang lutut
TIP UNTUK MELAKUKAN SEMBURAN
- Spray minyak wangi terus ke bahagian kulit, bukan di pakaian
- Mulakan dengan 1/2 atau 1 semburan. Anda boleh tambah semburan kemudian
- Semburkan pada bahagian kulit yangh paling lembab
- Jangan gosokkan minyak wangi di atas kulit
Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Walaupun tumit kaki merekah sering dialami oleh wanita, lelaki pun tak terlepas daripada masalah ini. Jika tidak dirawat dengan segera, masalah tumit kaki merekah ini boleh menghilangkan keyakinan diri dan timbul rasa malu untuk membiarkannya terdedah kepada orang lain.
Bukan itu sahaja, tumit kaki merekah juga boleh dijadikan ukuran sejauh mana anda menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Jadi usah biarkan masalah tumit kaki merekah ini mencacatkan penampilan kaki anda.
Di bawah ini ada 10 petua mujarab yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah atau pecah-pecah.
1. Listerine dan cuka
Cara nak buat:
- Sediakan campuran 1 cawan Listerine, 1 cawan cuka putih dan 2 cawan air.
- Rendam kaki dalam campuran tersebut selama 15 minit.
- Keluarkan kaki dan gosokkan dengan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati.
- Bilas dengan air bersih.
- Keringkan kaki. Guna krim pelembap untuk melembapkan kaki.
- Ulangi cara ini setiap hari sehingga tumit kaki sembuh.
Bagaimana ia berfungsi: Listerine mengandungi thymol dan alkohol yang membantu melawan kulat pada kuku jari kaki, menyembuhkan tumit kaki merekah, menenangkan kulit dan merawat kutil. Asid ringan yang ada dalam cuka pula bertindak untuk melembutkan kulit kering dan mati sehingga menjadikannya mudah untuk mengelupas.
2. Tepung beras, madu dan cuka
Cara nak buat:
- Gosok tumit kaki yang merekah dengan campuran 3 sudu tepung beras, 1 sudu madu dan 2-3 sudu cuka sari epal.
- Kacau campuran tadi sehingga membentuk pes pekat.
- Rendam kaki dalam air suam selama 10 minit
- Gosok secara lembut dengan pes tadi untuk menghilangkan sel kulit mati.
- Ulangi cara ini 2-3 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Tepung beras dapat mengekalkan dan membersihkan kulit. Madu adalah antiseptik semula jadi yang membantu menyembuhkan tumit kaki merekah. Cuka adalah asid ringan yang melembutkan kulit kering dan mati sehingga menjadikannya ia mudah mengelupas.
3. Pisang
Cara nak buat:
- Hancurkan 2 biji pisang. Gunakan pisang yang telah masak kerana pisang belum masak mengandungi asid yang boleh mengeras kulit.
- Perlahan-lahan gosokkan pes tadi pada tumit kaki selama 20 minit.
- Bilas kaki dengan air bersih.
- Ulangi cara ini setiap malam sebelum tidur selama 2 minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
Bagaimana ia berfungsi: Pisang adalah pelembap kulit semula jadi. Ia mengandungi vitamin A, B6, dan C yang dapat membantu mengekalkan keanjalan kulit dan hidrasi.
4. Madu
Cara nak buat:
- Campurkan 1 cawan madu bersama air suam.
- Rendamkan kaki dalam campuran tadi dan urut perlahan-lahan selama 20 minit.
- Kemudian gosokkan tumit kaki dengan batu apung.
- Keringkan kaki. Sapu krim pelembap untuk melembapkan kaki.
- Ulangi cara ini secara berkala sebelum tidur sehingga menunjukkan hasil yang memuaskan.
Bagaimana ia berfungsi: Madu adalah humectant semula jadi. Ia dapat menarik air keluar dari dalam tisu hingga ke lapisan luar kulit. Peralihan bendalir ini dapat membantu menyembuhkan kulit luar.
5. Minyak sayuran
Cara nak buat:
- Bersihkan kaki terlebih dahulu.
- Kemudin keringkan kaki dengan tuala yang lembut.
- Sapukan minyak sayuran pada tumit kaki anda.
- Pakai sarung kaki yang bersih dan biarkan semalaman.
- Buat cara ini setiap hari sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Minyak sayuran mudah diserap oleh kulit. Kebanyakan minyak sayuran mengandungi vitamin seperti provitamin A, D, dan E, yang kesemuanya membantu menyuburkan kulit dan mencipta sel-sel baru.
6. Vicks VapoRub
Cara nak buat:
- Ambil sapuan Vicks VapoRub.
- Urutkan pada tumit kaki selama 5 minit. Kemudian pakai sarung kaki.
- Keesokan hari, basuh tumit kaki anda dengan air suam.
- Buat setiap hari sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Vicks VapoRub mengandungi kapur baring, kayu putih dan asas minyak turpentine yang dapat memerangkap kelembapan.
7. Serbuk penaik
Cara nak buat
- Tambah 3 sudu serbuk penaik dalam semangkuk air suam. Kacau campuran sehingga serbuk penaik larut.
- Rendam kaki selama 15 minit.
- Keluarkan kaki dan gosok perlahan-lahan dengan batu apung.
- Bilas dengan air bersih dan keringkan kaki dengan tuala bersih.
- Ulangi cara ini 2 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Baking soda adalah exfoliant. Ia membuang sel-sel kulit mati dan mempunyai ciri-ciri anti-radang. Malah serbuk penaik juga boleh meneutralkan bau busuk.
8. Gel lidah buaya
Cara nak buat:
- Rendam kaki dengan air hangat dan gosok dengan batu apung untuk menghilangkan kulit mati.
- Keringkan kaki. Kemudian sapukan lapisan lidah buaya secara tebal pada tumit kaki.
- Pakai sarung kaki.
- Keesokan harinya, basuh tumit kaki dengan air suam.
- Ulangi cara ini setiap malam selama 4-5 hari untuk melihat hasilnya.
Bagaimana ia berfungsi: Lidah buaya mengandungi vitamin A (beta-carotene), C dan E. Ini mempunyai sifat antioksidan. Kolesterol, campesterol, β-sitosterol dan lupeol bersifat anti-radang, manakala lupeol pula bertindak sebagai antiseptik dan analgesik. Auxins dan gibberellins yang ada dalam lidah buaya dapat membantu untuk menyembuhkan luka.
9. Vaseline dan jus lemon
Cara nak buat:
- Rendam kaki dalam air suam selama 20 minit. Bilas dan keringkan.
- Tambah 3-4 titisan jus lemon dalam 1 sudu teh Vaseline. Kacau campuran tadi.
- Gunakan campuran ini pada tumit kaki merekah.
- Pakai sarung kaki semalaman.
- Basuh kaki menggunakan air suam keesokan harinya di waktu pagi.
- Lakukan secara kerap sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Vaseline bertindak sebagai pelembap dan asid sitrik dalam jus lemon pula dapat menghilangkan kulit mengelupas serta menumbuhkan semula sel-sel kulit baru.
10. Garam Epsom
Cara nak buat:
- Tambah separuh cawan garam Epsom bersama air suam ke dalam besen.
- Kacau campuran hingga sebati.
- Rendam tumit kaki selama 15 minit.
- Gosok kaki untuk membuang kulit mati.
- Lakukan cara ini 2-3 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Garam Epsom mampu mengurangkan keradangan dan melembutkan kulit. Sulfat pula membantu melepaskan toksin dan logam berat dari sel-sel, mengurangkan kesakitan dan membantu tubuh untuk menghilangkan bahan-bahan yang berbahaya.
Sumber: Era Baru
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Yang Mahal, Skrub Muka Bawah RM30 Pun Boleh Buat Wajah Nampak Muda Dari Usia!

Selain pembersih wajah, skrub muka juga penting dalam penjagaan kulit. Ramai yang tidak mementingkan penggunaan skrub muka kerana merasakan pembersih wajah sudah cukup untuk membersihkan kekotoran.
Sebenarnya penggunaan skrub muka ada manfaatnya kerana ia boleh membantu menyingkirkan kulit mati, mencerahkan wajah, mengelak pori-pori tersumbat dan membuatkan wajah kusam kembali glowing.
Penting nak pilih skrub muka yang ada di pasaran? Mungkin 4 produk skrub muka ini anda boleh jadikan pilihan.
BACA: Lelaki Pun Kena Amalkan Skrub Muka, Kalau Nak Wajah Nampak Muda Dari Usia!
1. Garnier Men Powerwhite Whitening Scrub
Lelaki juga perlu memakai skrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini sesuai untuk lelaki kulit berminyak. Ia dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
BACA: Patutlah Muka Macam Kilang Minyak & Jerawat Mudah Naik, Rupanya Sebab 4 Perkara Ini!
2. HIMALAYA Apricot Scrub
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
3. St Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
BACA: Kena Rajin Amalkan Vaseline Kalau Lelaki Nak Tampil Kacak & ‘Smart’ Cara Bajet!
4. Garnier Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub
Ini ialah rekomendasi terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
BACA: Tak Perlu Picit! Blackhead & Whitehead Akan Hilang Dengan Mudah Guna 9 Cara Ini
Sumber: ProductNation.co
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Produk Kulit Lelaki Menghalang Jerawat

Garnier Men Acno Fight Serum
Skin care terbaik untuk lelaki dengan kulit berjerawat
Masalah jerawat sering dihadapi oleh perempuan mahupun lelaki. Oleh sebab itu, para lelaki yang menghadapi masalah jerawat perlu menggunakan serum ini untuk merawat masalah tersebut. Serum ini mengandungi buah lemon dan peppermint ekstrak yang dapat menghapuskan jerawat dengan sekelip mata. Selain itu, ia juga sangat sesuai digunakan bagi para lelaki yang mempunyai kulit berminyak.
Sulwhasoo Snowise Brightening Cream (5ml)
Krim malam terbaik untuk kulit berminyak
Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat anda perlu menggunakan krim malam. Ini kerana ia mengandungi ekstrak ginseng yang boleh diserap oleh kulit. Justeru itu, kulit akan nampak lebih berseri dan secara tidak langsung menyelesaikan masalah tona kulit yang tidak sekata. Kulit pasti nampak lebih lembap dan sihat dengan menggunakan krim ini.
Innisfree Olive Cream
Skin care terbaik untuk kulit kering
Krim ini sangat sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai masalah kulit kering. Ia mengandungi vitamin E yang dapat membantu memulihkan kulit yang rosak serta melembapkan kulit wajah. Kulit akan kelihatan lebih cantik dan selepas ini, anda tidak akan mempunyai masalah kulit kering lagi.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (500ml)
Cleanser terbaik untuk kulit sensitif
Ini adalah produk cleanser yang menjadi pilihan ramai tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ia sangat sesuai digunakan bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Pencuci muka Cetaphil diyakini tidak memedihkan mata seperti produk-produk cleanser yang lain. Dengan menggunakan produk ini, kulit muka pasti nampak lebih mulus dan sihat.
Innisfree Orchid Cream (50ml)
Produk anti-aging dari Korea yang terbaik
Inginkan kulit lebih sihat dan awet muda? Ini adalah produk anti-aging yang membantu kulit nampak lebih muda daripada usia sebenar. Nutrisi yang ada didalam produk ini dapat mengurangkan kedutan dan menambahkan keanjalan wajah. Selain itu, ia juga membuatkan wajah nampak lebih sihat dan berseri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI