Bila sebuat sahaja tentang kasut putih mungkin ramai yang terus menganggapnya seperti kasut sekolah. Biasalah kerana kasut warna itulah yang dipakai kebanyakan daripada kita ketika berada di bangku sekolah.
Malah ramai juga yang mengelak daripada membeli dan menggayakan kasut putih kerana sebab di atas. Tidak kurang juga yang menjauhinya kerana bagi mereka kasut putih ini mudah kotor dan susah hendak dijaga.
Namun tahukah anda kasut putih terutamanya sneakers merupakan item pelengkap fesyen yang mampu membantu seleksi pakaian anda nampak lebih menyerlah!
Bagi MASKULIN, tidak sah bagi seorang lelaki tidak mempunyai sekurang-kurangnya sepasang sneakers putih. Paling mudah digayakan bersama shorts ialah sneakers putih daripada material kanvas.
Ia sesuai dipakai dengan pelbagai jenis gaya fesyen dan item pakaian. Jika anda tiada idea untuk suai padankan kasut putih dengan seleksi pakaian anda, ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah.
Shorts adalah antara pilihan yang paling mudah untuk digayakan dengan kasut putih. Namun kadangkala ia juga agak sukar untuk diserlahkan untuk nampak menarik. Apa penyebabnya?
Pilihan kasut terutamanya sneakers yang baik menjadi peranan penting. Untuk dipadankan dengan shorts pilihlah sneakers putih yang dipakai dengan stoking tidak kelihatan dan jenis low-cut.
Padanan hitam dan putih sememangnya sejak zaman-berzaman menjadi pilihan ramai. Umpana ‘ying dan yang’ kedua warna kontras ini saling melengkapi. Seluar jean yang hitam boleh dipadankan dengan kasut putih bagi menyerlahkan ketinggian pemakainya.
Padanan warna monokrom ini juga boleh digayakan pada waktu siang dan malam. Dan ia adalah padanan sempurna untuk majlis santai.
Penggayaan yang agak sukar untuk digayakan namun jika kena caranya pasti ramai yang cemburu dengan penampilan anda. Gaya yang diinspirasikan dari budaya sub Amerika moden ini menyerlahkan sisi anda yang lebih relaks dan out going.
Seluar chinos dengan potongan jogger merupakan antara padanan sesuai dengan kasut putih. Untuk nampak lebih serius, pakailah jaket atau hoodie untuk persona lebih urban.
Antara gaya potongan seluar yang masih relevan hingga kini. Namun biarlah sesuai dengan bentuk jenis badan anda agar tidak kelihatan pelik menggayakan jean potongan ini. Serlahkan gaya ‘rebel’ atau punk rock dengan skinny jeans yang dipadankan dengan sneakers putih.
Jika ingin nampak lebih sofistikated, pemilihan jaket denim atau kulit mampu menyerlahkan sisi maskulin anda.
Ia seakan padanan dari duan dunia berbeza. Namun percaya atau tidak padanan sut bersama sneakers putih boleh menjadi gaya yang cukup menarik.
Untuk ke majlis formal yang lebih santai anda boleh memilih sut dua butang dengan potongan slim dipadankan dengan sneakers low cut putih bersih. Material kasut dari kulit juga amat sesuai bagi imej lebih premium.
Jika anda ingin mencari sneakers putih yang berpatutan boleh dapatkan di sini!