Bila sebuat sahaja tentang kasut putih mungkin ramai yang terus menganggapnya seperti kasut sekolah. Biasalah kerana kasut warna itulah yang dipakai kebanyakan daripada kita ketika berada di bangku sekolah.
Malah ramai juga yang mengelak daripada membeli dan menggayakan kasut putih kerana sebab di atas. Tidak kurang juga yang menjauhinya kerana bagi mereka kasut putih ini mudah kotor dan susah hendak dijaga.
Namun tahukah anda kasut putih terutamanya sneakers merupakan item pelengkap fesyen yang mampu membantu seleksi pakaian anda nampak lebih menyerlah!
Bagi MASKULIN, tidak sah bagi seorang lelaki tidak mempunyai sekurang-kurangnya sepasang sneakers putih. Paling mudah digayakan bersama shorts ialah sneakers putih daripada material kanvas.
Ia sesuai dipakai dengan pelbagai jenis gaya fesyen dan item pakaian. Jika anda tiada idea untuk suai padankan kasut putih dengan seleksi pakaian anda, ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah.
SELUAR PENDEK
Shorts adalah antara pilihan yang paling mudah untuk digayakan dengan kasut putih. Namun kadangkala ia juga agak sukar untuk diserlahkan untuk nampak menarik. Apa penyebabnya?
Ads
Pilihan kasut terutamanya sneakers yang baik menjadi peranan penting. Untuk dipadankan dengan shorts pilihlah sneakers putih yang dipakai dengan stoking tidak kelihatan dan jenis low-cut.
JEAN HITAM
Padanan hitam dan putih sememangnya sejak zaman-berzaman menjadi pilihan ramai. Umpana ‘ying dan yang’ kedua warna kontras ini saling melengkapi. Seluar jean yang hitam boleh dipadankan dengan kasut putih bagi menyerlahkan ketinggian pemakainya.
Padanan warna monokrom ini juga boleh digayakan pada waktu siang dan malam. Dan ia adalah padanan sempurna untuk majlis santai.
Ads
SELUAR CHINOS
Penggayaan yang agak sukar untuk digayakan namun jika kena caranya pasti ramai yang cemburu dengan penampilan anda. Gaya yang diinspirasikan dari budaya sub Amerika moden ini menyerlahkan sisi anda yang lebih relaks dan out going.
Seluar chinos dengan potongan jogger merupakan antara padanan sesuai dengan kasut putih. Untuk nampak lebih serius, pakailah jaket atau hoodie untuk persona lebih urban.
SELUAR JEAN SKINNY
Ads
Antara gaya potongan seluar yang masih relevan hingga kini. Namun biarlah sesuai dengan bentuk jenis badan anda agar tidak kelihatan pelik menggayakan jean potongan ini. Serlahkan gaya ‘rebel’ atau punk rock dengan skinny jeans yang dipadankan dengan sneakers putih.
Jika ingin nampak lebih sofistikated, pemilihan jaket denim atau kulit mampu menyerlahkan sisi maskulin anda.
PADANAN DENGAN SUT
Ia seakan padanan dari duan dunia berbeza. Namun percaya atau tidak padanan sut bersama sneakers putih boleh menjadi gaya yang cukup menarik.
Untuk ke majlis formal yang lebih santai anda boleh memilih sut dua butang dengan potongan slim dipadankan dengan sneakers low cut putih bersih. Material kasut dari kulit juga amat sesuai bagi imej lebih premium.
Jika anda ingin mencari sneakers putih yang berpatutan boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama jam terkemuka CASIO mengumumkan kerjasama pertamanya dengan TITAN 22, kolektif bola keranjang dari Manila, Filipina.
Kerjasama yang menggabungkan gaya bandar, inovasi dan semangat dinamik budaya jalanan, maka terhasillah G-SHOCK x TITAN22 DW-5600TIT yang bakal menarik minat pencinta sukan tersebut.
Sebagai penghormatan kepada semangat For Love of the Game TITAN 22, jam tangan kolaboratif ini menyepadukan logo genggaman kilat ikonik jenama itu ke dalam reka bentuk DW-5600, menghiasi kedua-dua muka jam dan tali dengan corak kilat asli.
Ia merupakan perwakilan yang nyata bagi mengejar kecemerlangan tanpa henti, suatu penghormatan kepada mereka yang mengamalkan nilai TITAN 22.
Dipersembahkan dalam logam bulat yang sinonim dengan CASIO, jam tangan itu menyerupai mentaliti kejuaraan TITAN 22, dicerminkan melalui kemasan rona emas.
Ia didatangkan dalam pembungkusan berbeza yang mempamerkan logo tersuai yang menggabungkan garis muka jam tangan G-SHOCK DW-5600 dan lambang serpihan kilat TITAN 22, dilengkapkan dengan tulisan berani “World Champions” iaitu satu kenyataan yang juga elegan terukir pada bahagian belakang dan tali jam tangan.
Jam tangan G-SHOCK x TITAN 22 berharga RM 695 ini boleh didapati secara atas talian di laman web rasmi G-Shock, serta semua cawangan G-SHOCK Stores, G-Factory dan pengedar sah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Membazirkan duit sangat mudah, berbanding dengan mendapatkannya. Namun, dengan menggunakan cara dan kaedah yang betul, anda boleh mengelakkan daripada berbelanja secara berlebihan. Lantas menjimatkan duit anda. Jika anda sedang mencari bagaimana untuk mengelakkan pembaziran duit, ataupun bagaimana untuk berjimat cermat di dalam perbelanjaan harian, anda berada di tempat yang betul!
Ketahui 8 langkah mudah elak pembaziran duit yang anda perlu patuhi di bawah!
Kenal pasti perbelanjaan
Membayar dengan menggunakan tunai memudahkan anda mencatat dan kenal pasti perbelanjaan. Daripada anda menggunakan kad kredit dengan kerap, anda dinasihatkan untuk menggunakan tunai. Anda banyak membazirkan duit jika menggunakan kad kredit, kerana anda terpaksa membayar kadar faedah.
Kenapa perlu berhutang, kemudian membayar dengan kadar yang lebih tinggi sekiranya mempunyai wang tunai?
Walaupun begitu, bukanlah saya nak kata penggunaan kad kredit itu tidak perlu. Bahkan sesetengah barangan seeloknya di lakukan dengan kad kredit untuk tujuan jaminan (warranty), bonus dan lain-lain. Cuma, tengok keadaanlah, kalau anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli belah di super market, apa kata kalau gunakan tunai.
Batalkan Langganan/Keahlian
Kadang-kala anda melangan atau menjadi ahli kepada sesuatu yang anda tidak guna dengan kerap, ada sesetengah itu anda gunakan sekali sahaja. Oleh itu, anda hendaklah memikirkan sekali lagi, adakah langganan anda itu tadi berbaloi. Jika anda rasa ianya berbaloi, teruskan melanggan dan jika tidak, cepat- cepat berhenti daripada melanggan.
Berhati-hati jika anda bercadang untuk memulakan langganan sesuatu dengan “hanya RMX setiap bulan”! Jika anda kerap melanggan sesuatu, tidak kiralah majalah, surat khabar ataupun shopping, anda akan dapati anda dibebani dengan jumlah yang bertimbun. Lebih malang jika anda tidak dapat kenal pasti apa yang anda terpaksa bayar setiap bulan – anda sudah hilang track. Oleh itu, anda mahu melanggan sesuatu, pastikan ianya akan memberikan manfaat kepada anda, biarlah padan dengan apa yang anda bayar.
Jika anda merasakan langganan anda itu tidak bermanfaat lagi, dan membazirkan duit, pastikan anda membatalkan langganan ataupun keahlian dengan segera, agar tidak akan dikenakan bayaran untuk bulan hadapan.
Berhenti Melakukan Pembelian Impuls (Impulse Purchases)
Pembelian Impuls merujuk kepada pembelian yang dilakukan tanpa perancangan awal dan pembelian tanpa keperluan, biasanya ia didorong oleh perasaan untuk memliki sesuatu (terutama jika ada jualan) ataupun ingin mencontohi seseorang.
Pada mulanya, anda mungkin akan rasa berpuas hati, gembira dengan pembelian anda itu. Namun, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat buruk yang anda patut elak. Bertanya kepada diri sendiri, adakah aku perlukan barang itu, dan adakah aku mampu memilikinya? Jika anda mampu tetapi tidak perlukannya, elakkan daripada membelinya. Sebaliknya, berbelanjalah duit itu dengan cermat, membeli barangan keperluan anda bukannya membeli barangan kemahuan.
Jika anda sukar untuk menahan nafsu membeli, apa kata anda pergi shopping dengan berteman, tidak kiralah kawan, ahli keluarga ataupun suami/isteri. Beritahu mereka agar memantau barangan yang anda nak beli dan ingatkan anda agar tidak membazir ke atas sesuatu yang tidak perlu.
Membeli Mengikut Kuantiti Keperluan Yang Sesuai
Belilah barangan secara borong, jika anda perlukan barang dengan banyak, boleh tahan lama (kalau makanan) ataupun ingin berkongsi dengan pembelian dengan orang lain. Jangan sesekali membeli sesuatu dengan banyak, melebihi apa yang anda perlu – sehinggakan barangan tersebut tidak digunakan ataupun basi (makanan). Akhir sekali anda terpaksa membuang semua barangan tersebut begitu sahaja, tiada bezanya dengan membuang duit kertas anda begitu sahaja. Ini sudah kira pembaziran duit!
Jika anda memiliki keluarga yang besar, ataupun jagaan yang ramai dan anda tahu bahawa barang (contohnya makanan yang dibeli borong, banyak) boleh dihabiskan sebelum tarikh luput, maka membelinya secara borong lebih jauh menguntungkan. Ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan anda untuk masa hadapan.
Namun, jika tidak, berpeganglah dengan membeli barangan ataupun makanan dalam kuantiti yang sedikit, yang memadai dengan keperluan.
Berjimat Semasa Membeli Barangan Runcit
Semasa membeli belah barangan runcit ataupun di pasar raya, pastikan anda membuat senarai barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Membeli belah tanpa ada perancangan awal boleh menyebabkan anda berbelanja secara berlebihan – dan mungkin juga melakukan pembelian impuls.
Lekatkan senarai barangan di peti sejuk, agar setiap kali anda terlintas untuk membeli sesuatu, tuliskannya di berjimat semasa membeli barangan runcitsenarai tersebut. Kemudian bawanya sebelum pergi ke pasar raya. Rancang menu dan sajian untuk seminggu ataupun minggu depan dan membeli barangan keperluan semasa membeli belah.
Elakkan membeli belah semasa anda lapar. Ia mendorong anda berbelanja secara berlebihan. Tidak percaya? Cuba anda ingat, bagaimana keadaan anda semasa membeli juadah berbuka puasa.. kalau boleh, anda nak rasakan semua sajian yang diual bukan? Perkara yang sebaliknya pula akan berlaku jika anda sudah berbuka puasa.
Berpegang kepada bajet asal anda. Pilih produk yang sesuai dengan bajet perbelanjaan anda. Elakkan membeli barangan yang terlalu mahal, diluar kemampuan anda. Lakukan pengiraan secara kasar semasa anda membeli belah agar tidak melebihi bajet yang sudah ditetapkan.
Manfaatkan Kemudahan Awam
Di Malaysia, terdapat banyak kemudahan awam yang disediakan, yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda. Antaranya adalah:
Perpustakaan. Sebalik membeli buku, apa kata anda memanfaatkan perpustakaan untuk menjimatkan perbelanjaan. Selain membaca/meminjam buku, anda juga boleh melayari internet dengan kemudahan WiFi percuma dikebanyakan perpustakaan.
Gunakan fasiliti awam utuk sukan. Sebagai contoh kolam renang, maka anda tidak perlulah membuatnya sendiri. Ataupun menggunakan alat senaman yang sudah disediakan di taman, daripada membelinya sendiri.
Kemudahan awam tidaklah terhad seperti di atas sahaja, terdapat banyak lagi yang anda boleh manfaatkan.
Jimatkan Tenaga
Hadkan penggunaan pendingin hawa, matikan lampu ataupun kipas jika tidak digunakan/perlu digunakan. Selain elektrik, anda juga perlu menjimatkan penggunaan air. Pastikan anda tutup paip semasa memberus gigi, elakkan air mengalir begitu sahaja tanpa tujuan. Banyak lagi cara-cara untuk menjimatkan elektrik dan air yang anda boleh amalkan, konsepnya “kalau tidak perlu, jangan guna”.
Raikan Kejayaan Anda!
Kadang-kala anda juga perlu berehat dan menikmati apa yang anda sudah berjaya kecapi. Samalah juga dengan berjaya berjimat cermat dalam tempoh tertentu, contohnya dalam seminggu anda berjaya berjimat sebanyak RM100, dalam sebulan RM400.
Sambutlah kejayaan anda ini dengan berbelanja sedikit kepada makanan yang anda craving, ataupun membeli pakaian yang baharu. Namun, perlu ingat bahawa ini adalah pilihan sahaja – dan jangan membazir pula di saat ini!
Tips Tambahan
Pertimbangkan menjual barangan hobi anda. Contohnyan anda suka melukis, membuat kraf tangan ataupun apa-apalah. Dengan menjual hasil anda, secara tidak langsung dapat memberikan sedikit pulangan kepada masa dan usaha anda, selain dapat menikmati apa yang anda suka lakukan.
Elak membeli kereta baharu. Sesetengah kereta mudah susut harga dan nilainya, dan kereta second-hand selepas beberapa tahun ia dilancarkan boleh dibeli dengan harga yang lebih murah. Seeloknya, anda dapatkan jenama kereta yang memang berkualiti, yang diyakini daya tahan, keselamatan, kos pembaikian dan lain-lain.
Menggunakan pengangkutan selain kereta. Selain elakkan daripada membeli kereta baharu, anda juga perlu menilai adakah perlunya mempunyai kereta. Jika anda menetap di kawasan yang banyak pengangkutan awam seperti KTM, LRT, MRT, bas dan teksi, apa kata anda memanfaatkannya. Jika tempat yang anda ingin pergi itu tidak terlalu jauh, anda boleh memilih menaiki basikal – lebih sihat dan tidak perlukan minyak!
Kurangkan penggunaan kad kredit sekiranya anda mampu membayar sesuatu dengan tunai. Biasanya semasa membeli belah.
Anda boleh berjimat dengan membeli barangan di pasar malam. Namun, perlu tahu bahawa kualiti barangan mungkin tidak setanding dengan barangan mahal.
Hadkan kos kepada hobi. Bagi sesetangah orang, hobi boleh memakan banyak duit, sebagai contoh hobinya fotografi – mereka pasti ingin memiliki kamera DSLR yang terbaik untuk mendapatkan suntingan yang terbaik, dan kos kamera sangat tinggi. Oleh itu, perlulah menghadkan sejauh mana hobi anda. Jika anda boleh menjual hasil hobi anda, teruskan (rujuk tips #1 di atas).
Jika anda kerja bermajikan, carilah peluang untuk melabur ataupun memulakan perniagaan.
Dapatkan nasihat berkaitan dengan kewangan daripada Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). Ketahui maklumat lanjut berkaitan dengan agensi ini di laman web rasmi mereka di http://www.akpk.org.my.
sumber: panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.