Dengan motor, anda boleh bergerak sedikit bebas dan masih boleh tiba di destinasi yang hendak ditujui walaupun ada kalanya, golongan riders sering terdedah kepada bahaya.
Lebih menyeronokkan, kalau berdepan dengan jalan raya yang sesak, anda dengan sebegitu mudahnya boleh ‘mencilok’ ke sana ke mari untuk meneruskan perjalanan.
Namun begitu, ada satu perbahasan turun-temurun sering timbul kepada mereka yang ingin dan sedang merancang untuk membeli motor baharu.
Persoalan itu adalah apa yang lebih penting? Design yang lawa dan seksi atau spare partnya mudah dicari di mana-mana kedai baik pulih motorsikal jika berlaku kerosakan?
Ads
Menurut pandangan penulis, perbahasan ini akan menjurus kepada persoalan-persoalan lain seperti apa tujuan sebenar anda untuk membeli motor tersebut?
Selain itu, berikut adalah soalan-soalan lazim yang perlu anda tepuk dada, tanya diri terlebih dahulu untuk mengenal pasti bakal ‘buah hati’ baharu anda itu :
1) Berapa jauh motor ini boleh pergi dalam KM/jam?
2) Spare part dia ada banyak atau tidak?
3) Berapa harganya?
4) Maintenance pula bagaimana?
5) Minyak dia kuat tak?
Ads
Untuk kesemua jawapan itu, ia memiliki pelbagai persepsi yang tersendiri namun apa yang boleh dikongsikan,jika anda membeli motor yang design lawa tetapi sukar cari spare part :
a) Jika motor rosak, anda terpaksa tanggung kos baik pulih yang agak tinggi
b) Pergilah ke kedai motor mana pun, mereka akan geleng kepala dan cakap, “Ini spare part mau kena order dulu maa..”
c) Motor terpaksa ‘berkampung’ dalam bengkel lebih lama daripada biasa.
Ads
Jika cari motor yang designnya boleh tahan tetapi ada banyak spare part :
a) Kos baik pulih lebih murah
b) Pergilah ke mana-mana sekali pun, setiap bengkel ada menyediakan spare part yang anda kehendaki
c) Motor dapat dibaiki dengan lebih cepat dalam erti kata lain, hari itu juga boleh siap!
Apa-apa pun, Maskulin menegaskan pembelian motor baharu ini sebenarnya terpulang kepada apa hajat anda.
Adakah untuk merempit (bawa laju-laju), menjadikan pengangkutan ke tempat kerja, untuk mengangkat barang, kerana limited edition dan anda sememangnya pengumpul motor atau gemar mengikut trend terkini? Semua terpulang kepada anda.
P/s : Tepuk poket, pulas enjin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang tidak biasa berdepan masalah ini pastnya terpinga-pinga di tepi jalan sambil membuka bonet yang besar kemungkinan sudah berasap.
Segera berhentikan kereta jika lampu suhu panas menyala!
Ya, itulah sebaiknya anda lakukan apabila enjin menjadi terlalu panas. Ini bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk.
Anda mungkin tertanya mengapa ini boleh berlaku. Terlebih dahulu apa yang perlu anda faham adalah masalah dasar overheat ini. Overheat adalah satu masalah di mana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi dengan baik.
Punca Enjin Panas
Terdapat beberapa punca yang mungkin boleh membawa masalah suhu enjin kereta anda naik mendadak. Suhu normalnya adalah sekitar 70 ke 80 darjah Celcius. Jadi bila suhu terlalu tinggi maka berlakulah overheat.
BEBERAPA PUNCA BERLAKUNYA OVERHEAT
Kondisi menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Kurang atau tiada langsung air di dalam radiator
Motor kipas rosak atau bermasalah
Kipas penyejuk radiator rosak dan tidak berfungsi dengan baik
Masalah pendawaian, relay atau coolant temperature switch
Radiator bocor
Radiator tersumbat
Hos getah penyambungan berkaitan sistem penyejukan pecah atau bocor
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat. Ikuti artikel seterusnya untuk mengikuti bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat kereta khususnya perkara paling ‘basic’ mereka boleh tukar penampilan kereta mereka ialah dengan menggunakan sport rim mengikut trend terkini. Menukar sport rim ini seumpama kitalah yang menukar kasut untuk tampil lebih bergaya.
Akan tetapi harus kita ingat dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen sekali pun ia perlu selari dengan beberapa faktor atau pertimbangan melibatkan kesesuaian dan paling penting keselamatan.
Ini kerana jika anda tersilap pasang atau pulih ia boleh menyebabkan bencana kemudian hari. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
SAIZ LUBANG RIM DAN PCD
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
KENAL PASTI ET ATAU OFF SET RIM
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.
SAIZ & WARNA SESUAI
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda! Jangan lupa subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MINI bukanlah jenama automotif yang cukup asing di Malaysia. Ia telah menjadi ikon permotoran automotif yang cukup terkenal dan berpengaruh terutamanya di United Kingdom. Tempiasnya juga turut di rasai di Malaysia dengan popularitinya masih relevabn hingga sekarang.
Mereka juga sentiasa mendekatkan diri dengan pelbagai kempen yang bersifat lokaliti bersama pelanggan mereka. Ini dapat disaksikan dengan kempen terbaru yang pastinya memberikan satu nilai tambah menarik buat pengguna di Malaysia.
Terbaru, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia ini telah memperkenalkan kempen ‘Add Independence’ bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 yang bakal menjelang. Ia merupakan satu kempen penghargaan buat pelanggan mereka di negara ini dengan tawaran yang cukup hebat.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl turut mengambil peluang untuk berkongsi, “MINI Malaysia teruja untuk mempelawa warga MINIacs kembali menyusuri jalan raya dengan kempen ‘Add Independence’ ketika kita melangkah masuk ke era normal baharu dan menyambut bulan Kemerdekaan tahun ini.
“Program-program menarik yang disediakan turut dirumus khas buat warga MINIacs yang mendahagakan pengembaraan baharu, dan tiada jentera yang lebih sempurna daripada MINI Countryman untuk memenuhi citarasa mereka. Tidak kira apa jua destinasi pengembaraan anda, terdapat aneka varian MINI Countryman yang dapat memenuhi setiap keperluan.”
Kempen ‘Add Independence’ memperkenalkan pelbagai tawaran menarik, ia meliputi kadar faedah serendah 0%, pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,315, bantuan pembayaran ansuran sebanyak RM5,000, serta rebat tunai sehingga RM22,000 bagi pembelian model-model MINI terpilih. Tawaran ‘Add Independence’ telah mula dibuka mulai hari ini sehingga 30 September 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.