Pernah tak anda pakai produk ubat gigi yang berjenama dan kurang berjenama tapi gigi anda masih kurang putih. Lagi sedih kalau ubat gigi tu mahal, dan bahaya! Sebenarnya, ada banyak ramuan yang boleh menjadikan gigi anda putih dan bersinar. Antaranya:

 

 

Kulit Pisang

Tip Mudah Untuk Buang Gigi Kuning Dan Berkarat

Kulit pisang mampu memutihkan gigi anda. Caranya sangat mudah, pilih pisang yang dah masak namun jangan ambil terlalu masak sehingga hitam.. Gosok kulit pisang ke seluruh gigi, biarkan selama 10 minit. Selepas 10 minit, bilas dengan berus gigi anda dengan air biasa. Setelah itu, berus gigi anda dengan ubat gigi seperti biasa untuk menyegarkan kembai nafas anda. Taklah berbau pisang. Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi mendapatkan hasil yang cepat.

 

Arang

Tip Mudah Untuk Buang Gigi Kuning Dan Berkarat

Ads

Sebenarnya Arang sudah pun dijadikan ubat gigi untuk anda yang tahu akan keberkesanan arang terhadap diri anda. Abu kayu mengandungi kalsium hidroksida yang bertindak sebagai agen pembersihan. Jadi, ia boleh membantu apabila anda ingin gigi yang putih dan berkilau. Tetapi, anda juga perlu ingat bahawa kayu abu boleh merosakkan gigi jika digunakan untuk tempoh yang lama. Kami sarankan anda memakai dua minggu sekali.

 

Garam

Tip Mudah Untuk Buang Gigi Kuning Dan Berkarat

Anda juga boleh gunakan benda paling senang untuk anda jumpa dalam kawasan dapur anda tu iaitu Lemon dan Garam. Ini adalah cara yang sangat berkesan dan mudah diperolehi. Taburkan sedikit garam di atas sepotong lemon dan gosok gigi anda dengannya. Cuci mulut dengan air yang banyak.

 

Ads

 

Kulit Limau

Tip Mudah Untuk Buang Gigi Kuning Dan Berkarat

 

Tahukah anda kulit limau yang biasa anda buang itu boleh digunakan untuk memutihkan gigi? Caranya mudah sahaja, Gosokkan kulit limau tersebut pada gigi anda selama 5-10 minit kemudian berus gigi anda seperti biasa. Lakukannya sehingga nampak perubahan warna gigi anda.

Ads

 

Baking Soda

Common sense jugak kan, bila anda gunakan baking soda utnuk memutihkan periuk atau apa-apa perkakas, pasti ia juga boleh memutihkan kulit. Ambil apa-apa tiub ubat gigi dan lihat apa kandungan yang termasuk dalam kebanyakan jenama baking soda! Jika digabungkan dengan peroksida ia memberikan kesan pemutihan. Satu-satunya kelemahan menggunakan hanya baking soda adalah jika ia digunakan terlalu kerap, ia boleh merosakkan gusi anda. Jika digunakan sekali seminggu, ia tidak berbahaya dan sempurna dalam menghilangkan kotoran dan plak.

 

 

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI